Wednesday, July 31, 2019

6) SIFAT MAHMUDAH DAN MAZMUMAH {BHGN # 6} - KEKAL ISTIQAMAH BERAMAL




KULIAH SUBUH :
AHAD 14HB JULY 2019
========================
Bahagian # 6 : Amalan Bersedekah :- 
Ganjaran sedekah 700 kali ganda
Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.

Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Contohnya, ada orang memberi sumbangan atau infaknya untuk pembinaan sebuah masjid. Walaupun nilai yang dilaburkan untuk tujuan itu hanya sebiji batu bata, tetapi Allah SWT akan membalasnya dengan sebuah istana di dalam syurga pada hari akhirat kelak atas kejujuran serta keikhlasannya.

Apabila seseorang mendapat nikmat sedekah, dia tidak kisah lagi berapa wang yang dikeluarkan. Ibnu Abbas apabila membicarakan mengenai sifat dermawan, beliau tidak sebut nama-nama sahabat yang mahsyur seperti Uthman bin ‘Affan, Abdul Rahman bin ‘Auf atau Abu Bakar As-Siddiq, sebaliknya menyebut Rasulullah SAW.

Para sahabat Rasulullah SAW menyatakan, baginda adalah individu paling dermawan berbanding sahabat lain. Rasulullah SAW apabila bersedekah baginda akan memberikan apa sahaja termasuk pada tubuh badannya.

Contohnya, apabila Rasulullah SAW memakai ridak baru lalu ada orang yang tegur, maka nabi akan ambil dan meletakkan ridak itu di atas bahu orang yang bertanya berkenaan.

Para sahabat sangat mengerti perihal itu. Apabila nabi memakai apa sekalipun mereka tidak akan bertanya, puji atau tegur di hadapannya kerana pasti baginda akan memberikan barang itu.

Malah, dalam satu hadis Riwayat Abu Hurairah dinyatakan bagi seorang Muslim yang mantap amalan sedekahnya akan mendapat sanjungan di bumi serta didoakan para malaikat.

Manakala bagi yang kedekut dan kikir, mereka didoakan malaikat dengan kemusnahan. Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru, setiap Mukmin perlu yakin amalan bersedekah memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa sekiranya ia sentiasa diamalkan dalam hidup mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.” (Surah Saba’, ayat 34)

Setiap Mukmin juga perlu sentiasa ingat, sedekah paling besar pahalanya adalah apabila dia berada dalam keadaan sihat dan berasa sayang terhadap hartanya, maka pada waktu itu jangan bertangguh lagi untuk bersedekah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Disember 2018 @ 1:25 PM
=======================

Banyak sedekah dapat doa malaikat
SEORANG Muslim yang hebat amalan sedekahnya bukan saja mendapat sanjungan di atas muka bumi ini, malah turut mendapat doa malaikat!

Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Manakala dalam hadis lain daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa bersedekah dengan sebutir kurma hasil daripada usahanya sendiri yang baik (halal), sedangkan Allah tidak menerima kecuali yang baik saja, maka sungguh Allah akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, kemudian Dia akan mengembangkan sedekah itu untuk pemiliknya sebagaimana seseorang mengembangkan anak kuda miliknya hingga menjadi besar seperti gunung.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa yang pasti setiap amalan sedekah yang dilaburkan akan ada gantinya daripada Allah SWT. Setiap sedekah akan digantikan dengan ganjaran pahala, limpahan rezeki berganda, menyihatkan tubuh badan dan mendapat keberkatan hidup.

–– ADVERTISEMENT ––



Allah SWT berfirman di dalam surah Saba’, ayat 34 yang bermaksud: “Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.”

Selain dicintai malaikat, amalan sedekah juga akan menjadi kekesalan terhadap orang yang sudah meninggal dunia. Jika golongan itu diberi peluang kedua untuk merasai hidup di dunia, peluang itu akan digunakannya untuk bersedekah semahunya.

Hal itu dinyatakan di dalam surah al-Munafiqun, ayat 10, yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu, Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau melambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat menjadi orang-orang yang soleh.”

Bagaimanapun, ketika itu segala-galanya sudah tidak berguna lagi dan harapan itu tidak akan diperkenankan Allah SWT. Bilakah ganjaran sedekah menyebabkan pahalanya cukup besar di sisi Allah?

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”

Baginda menjawab: “Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan menjadi orang kaya. Maka janganlah kamu menunda-nundanya hingga tiba ketika nyawamu berada di kerongkongmu. Lalu kamu berkata, si fulan punya ini dan si fulan punya itu. Padahal harta itu milik si fulan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis itu, sedekah yang paling besar pahalanya dilaksanakan ketika seseorang sedang sihat dan berasa sayang terhadap harta itu. Justeru, jangan ditunda untuk bersedekah sebelum ajal datang menjemput!

Malah, segala harta yang dikumpul dan dimiliki akan ditinggalkan untuk difaraidkan. Apabila ia menjadi hak milik orang lain, bermakna ia tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada si mati.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Oktober 2018 @ 1:20 AM
===========================




5) SIFAT MAHMUDAH DAN MAZMUMAH {BHGN # 5} - KEKAL ISTIQAMAH BERAMAL




KULIAH SUBUH :
AHAD 14HB JULY 2019
========================
Bahagian # 5 : Allah Beri Peluang :- 

Sunday, July 28, 2019

Foto Warna TOK KENALI

Photo ini telah di kemaskini dan dinaikkan warnanya di Hong Kong untuk mendapatkan warna sebenar pakaian Tok Kenali.. Ini adalah pakaian Tok Kenali dlm Safar diambil semasa Tok Kenali bersiap utk ke Pahang.. antara paling rare photo di dunia. Kita selalu tgk gmbar Tok Kenali waktu tubuh beliau gempal.. gambar asal kepada gmbar ni tidak jelas dan lusuh.. sbb itu ia dihantar ke Hong Kong untuk dibaikpulih pasal Tok Kenali kalau hari2 biasa Tok Kenali tidak berbaju.. baju beliau akan diletakkan di bahu dan berkain pelikat singkat. Moga Allah Taala menempatkan Tok Kenali di kalangan para Syuhada dan Solihin.. Amin. Photo wajah akhir Al Alim Al Alamah Tok Kenali.

*kredit dpd grup Islam Itu Indah 02*

Friday, July 26, 2019



Abdullah Bukhari berkata, banyak ganjaran daripada Allah SWT atas usaha yang dilakukan. Bersedekah bukan hanya terhad dalam bentuk wang, tetapi juga dengan memberi makanan.

“Makanan yang pelajar terima akan membuahkan tenaga dan ia berguna dalam usaha mereka menuntut ilmu. Bayangkan ganjaran pahala yang diberikan Allah SWT kepada orang yang membantu mereka,” katanya.

Nas sedekah

Abdullah Bukhari berkata, dalam al-Quran dan hadis juga banyak nas yang menyokong usaha murni ini justeru, ia sebenarnya boleh mendorong umat Islam turut bersedekah dalam bentuk makanan kepada yang memerlukan.

Allah SWT berfirman: “(Mereka juga memberi makan benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan. Sesungguhnya kami memberi makan kepadamu kerana Allah semata-mata. Kami tidak menghendaki sebarang balasan daripadamu atau ucapan terima kasih.” (Al Insaan: 8-9)

Rasulullah SAW juga bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkan (ucapan) salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR Ibn Majah).

Tambah Abdullah Bukhari, hadis seorang pelacur yang diberikan keampunan kerana memberi minum kepada anjing yang dahaga boleh dijadikan iktibar dan teladan kepada umat manusia .

“(Ada suatu hari) seekor anjing terjelir lidahnya kerana kehausan yang hampir membunuhnya. (Kelakuan si anjing diperhatikan) seorang pelacur Bani Israel. Pelacur itu pun menanggalkan kasutnya lalu menceduk air untuk anjing itu. Dia diampunkan disebabkan kejadian berkenaan.” (HR al-Bukhari).

Bagaimanapun pada masa sama, tambah Abdullah Bukhari, bersedekah makanan ada adab yang perlu dipatuhi, iaitu mesti memberikan yang terbaik.

Allah SWT berfirman: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali Imran: 92)

Allah SWT juga berfirman: “Wahai orang yang beriman! berbelanjalah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik, dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya, lalu kamu nafkahkan padahal kamu sendiri tidak akan mengambilnya, kecuali memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” (Al Baqarah: 267)

Jelas Abdullah Bukhari, apabila memberi bantuan atau sedekah, jangan sesekali menyakiti hati penerima dan mengungkit kembali pemberian itu.

Perkara ini ditegaskan Allah SWT dalam firman bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan menyebut dan menyakiti perasaan si penerima seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana riak kepada manusia dan tidak beriman kepada Allah SWT serta hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin. Mereka tidak mendapat sesuatu pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” (Al Baqarah: 264)

Harap doa penerima sedekah

Ditanya berkenaan mengharapkan doa penerima sedekah, Abdullah Bukhari berkata, tiada masalah kerana ia termasuk dalam tawassul dengan amal salih atau menggunakan amal salih kita sebagai perantara menyampai hasrat dan harapan kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman: “Hai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah SWT dan carilah jalan yang mendekatkan (diri) kepada-Nya dan berjuanglah pada jalan Allah SWT (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” (Al Maaidah: 35)

“Memberi makan adalah perbuatan baik yang ada nilai pahala di sisi Allah SWT. Amal salih itu berguna dalam memudahkan Allah SWT memakbulkan doa kita.

“Kita boleh mengambil pengajaran daripada kisah tiga pemuda yang terperangkap dalam gua. Selepas mereka bertawassul dengan amal salih masing-masing, Allah SWT menyelamatkan mereka,” katanya.

Menyentuh sikap golongan atau individu berkemampuan yang sering menunaikan umrah dan menyumbang untuk pembinaan masjid, namun dalam aspek bersedekah kurang memberi perhatian, Abdullah Bukhari berkata, Muslim sebegini sebenarnya salah memilih keutamaan.

Katanya, perkara ini juga ditegur ulama tersohor, Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya al-Rasul Wa al-‘Ilm (Rasulullah dan ilmu pengetahuan).

“Orang sebegini sibuk berbelanja membina bangunan, tapi lupa membina modal insan. Jika modal insan yang berilmu tidak dibantu, kelak bangunan masjid yang gah dibina tetap kosong kerana tiada insan yang membuat pengisian atau memajukannya.

“Sikap ini perlu diubah. Jangan hanya suka makan telur sehingga lupa mengeramkan telur supaya menetaskan lebih banyak anak ayam yang akan menggandakan jumlah telur pada masa hadapan,” katanya.

Monday, July 22, 2019

11. PENGENALAN ILMU HAKIKAT : ULAMA NUSANTARA - TOK KENALI





THURSDAY, OCTOBER 05, 2006
TOK KENALI
Ulama Peringkat Wali
Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

================

DALAM sekian banyak e-mel yang saya terima, ada orang memprotes kenapa sudah sekian banyak ulama Nusantara yang diperkenalkan dalam halaman Agama Utusan Malaysia, namun cerita tentang Tok Kenali tidak muncul?. Pada prinsipnya kisah semua ulama Nusantara akan saya muatkan dalam akhbar ini, hanya gilirannya belum sampai. Ada ulama kisahnya disegerakan dan ada yang artikelnya masih dalam pemerosesan.

Tok Kenali ialah satu nama yang paling terkenal dalam dunia pengajian Islam menggunakan sistem pondok di Malaysia. Bahkan beliau juga terkenal di seluruh alam Melayu. Oleh itu, memang riwayat beliau perlu diketahui oleh masyarakat. Dalam dua keluaran terakhir perbicaraan tentang ulama, telah disentuh perjuangan tokoh yang antipenjajah (Tok Ku Paloh Terengganu dan Haji Sulong al-Fathani). Ada orang berpendapat bahawa Tok Kenali tidak pernah terlibat dalam perjuangan yang bercorak demikian.
Bagi saya, pendapat seperti demikian itu adalah hanya ditinjau dari satu sudut yang belum menyeluruh.

Tok Kenali ialah murid yang paling dipercayai oleh Syeikh Ahmad al-Fathani, oleh itu hampir-hampir tidak ada satu rahsia perjuangan Syeikh Ahmad al-Fathani yang tidak diketahui oleh Tok Kenali. Di sini saya sentuh sedikit saja. Syeikh Ahmad al-Fathani ialah tokoh pertama dari lingkungan dunia Melayu sejagat yang secara diplomatik pergi ke Istanbul, Turki untuk melaporkan perbuatan tiga bangsa yang menjajah di dunia Melayu ketika itu. Bangsa-bangsa itu ialah Inggeris, Belanda dan Siam. Walau bagaimanapun, supaya suasana tidak selalu keras dan tegang dalam corak pemikiran jihad zhahiri, kisah Tok Kenali saya fokuskan kepada pemikiran jihad shufi. Jihad zhahiri lebih menitikberatkan perjuangan secara fizikal, sedang jihad shufi lebih mengutamakan pembinaan dalaman, qalbi atau hati dan rohani. Kedua-dua jenis jihad itu adalah penting dikombinasikan secara sepadu. Selain itu dalam disiplin ilmu akidah dan tasawuf ia dikenali dengan istilah ‘Wali Allah’ dan ‘karamah’ (istilah Melayu: keramat).

Tradisi penulisan para ulama Islam juga banyak menceritakan tentang ‘karamah’ para Wali Allah. Tulisan saya dalam Utusan Malaysia yang telah lalu (133 siri) tentang ‘karamah’ sengaja tidak saya sentuh kerana saya lebih mengutamakan riwayat yang berdasarkan fakta. Oleh kerana ramai yang minta kepada saya supaya menulis tentang karamah yang pernah berlaku pada Tok Kenali maka permintaan itu saya paparkan berdasarkan cerita yang telah saya kumpulkan daripada pelbagai sumber sejak tahun 1950-an lagi.

Karamah Tok Kenali

Nama sebenar Tok Kenali ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871 M, wafat Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Yang saya riwayatkan ini adalah berdasarkan pelbagai cerita yang saya dengar, oleh itu tidak terikat sangat dalam sistem penulisan ilmiah.

Yang saya ingat pada tahun 1953, ibu saya Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani hanya menyebut nama murid ayahnya itu dengan istilah Awang Kenali. Menurutnya, Syeikh Ahmad al-Fathanilah yang pertama menggunakan istilah ‘Awang’ itu. Riwayatnya, sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani menjadi utusan ulama Mekah ke Beirut dan Mesir untuk menyelesaikan pertikaian pendapat antara Saiyid Yusuf an-Nabhani (Beirut) dengan Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) dalam rombongan itu, Awang Kenali ikut serta.
Ketika sampai di Bukit Tursina, kerana di tempat itulah Nabi Musa mendengar ‘Kalam Allah’, Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruh murid-muridnya munajat secara khusus. Awang Kenali ditugaskan supaya minta menjadi ulama. Nik Mahmud ditugaskan munajat minta menjadi seorang pembesar Kelantan. Setelah Tok Kenali munajat, Syeikh Ahmad al-Fathani menyatakan bahawa ilmu Awang Kenali tinggi hanya mencapai ‘awan’ tidak menjangkau kepada langit. Ilmu yang sampai ke peringkat ‘awan’ itulah yang dapat dijangkau oleh kebanyakan ulama di tanah Jawi.

Daripada perkataan ‘awan’ itulah kemudian bertukar menjadi ‘Awang’. Cerita yang sama juga saya dengar daripada Haji Wan Ismail bin Hawan, Qadhi Jala (cerita didengar pada tahun 1970). Dalam surat-surat Syeikh Ahmad al-Fathani kepada pihak lain, termasuk kepada orang Arab dan Turki, apabila melibatkan muridnya itu, beliau mengekalkan tulisan dengan istilah ‘Awan Kenali’ saja tanpa menyebut nama lainnya.
Pada tahun 1969 saya dengar cerita bahawa Tok Kenali pertama-tama datang ke Mekah penuh dengan peristiwa yang pelik-pelik (ajaib). Kehidupan sehari-harinya penuh dengan tawakal. Beliau tidak mempunyai pakaian yang lebih daripada sehelai, tidak memiliki wang, tidak siapa mengetahui beliau makan ataupun tidak pada setiap hari siang ataupun malam. Hampir-hampir tidak ada orang yang mengenalinya di Mekah ketika itu.

Orang yang tidak mengenalinya hanya memperhatikan keanehannya berada dari satu halaqah ke satu halaqah yang lain dalam Masjid Haram, Mekah. Keberadaannya dalam sesuatu halaqah tidak pula membawa sesuatu kitab seperti orang lainnya. Pada kebanyakan masa ketika duduk dalam halaqah beliau memejamkan mata, orang menyangka beliau bukan mendengar pelajaran tetapi tidur. Antara ulama yang mengajar dalam Masjid al-Haram ketika itu ada yang tembus pandangannya, diketahuinyalah bahawa pemuda yang aneh itu bukanlah sembarangan orang, martabatnya ialah seorang ‘Wali Allah’.

Walau bagaimanapun, tidak seorang ulama peringkat Wali Allah di Mekah mahu membuka rahsia itu kepada murid-muridnya. Ketika Tok Kenali sampai di Mekah, Syeikh Ahmad al-Fathani telah mengetahui pemuda yang berasal dari Kelantan itu, tetapi sengaja tidak dipedulikannya kerana pada firasat Syeikh Ahmad al-Fathani pemuda Kelantan itu sama ada lekas ataupun lambat akan datang juga kepada beliau.

Dalam masa berbulan-bulan peristiwa seperti di atas, pada satu ketika Tok Kenali mengunjungi halaqah Syeikh Ahmad al-Fathani. Tok Kenali duduk jauh di belakang pelajar-pelajar lain. Syeikh Ahmad al-Fathani telah mempersiapkan sekurang-kurangnya tiga kemusykilan atau masalah, yang pada pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani tidak akan dapat dijawab oleh siapa pun yang hadir dalam majlis pengajiannya, kecuali seseorang itu memiliki pandangan ‘kasyaf’ ataupun telah memperoleh ‘ilmu ladunni’.

Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani melemparkan pengujian atau pertanyaan kepada semua pelajar, Tok Kenali seperti orang tidur-tidur saja. Semua pelajar terdiam, tidak seorang pun berkemampuan menjawab masalah yang dikemukakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Tiba-tiba Syeikh Ahmad al-Fathani menyergah pemuda Kelantan yang sedang tidur. Pemuda itu terkejut. Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruhnya supaya datang ke hadapan duduk bersama beliau. Disuruhnya pemuda Kelantan itu menjawab masalah ujian yang dikemukakan lalu semuanya dijawab dengan sejelas-jelasnya.

Setelah peristiwa itu Tok Kenali menjadi murid yang paling mesra dengan Syeikh Ahmad al-Fathani. Bahkan Tok Kenali menjadikan dirinya sebagai ‘khadam’ kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Seluruh gerak dan diam Tok Kenali hanyalah berkhidmat kepada gurunya itu, kerana diketahuinya bahawa seluruh kerja Syeikh Ahmad al-Fathani semata-mata untuk kepentingan agama Islam dan bukan kepentingan peribadinya. (Cerita yang sama juga didengar daripada Tuan Guru Haji Mahmud bin Yusuf Juani di Pondok Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970. Beliau ialah murid Tok Bermin, sahabat Tok Kenali).

Hampir semua murid Tok Kenali yang pernah saya temui meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam masyarakat. Apabila seseorang murid itu lebih berkhidmat kepada beliau maka ternyata akan lebih pula ilmu yang diperolehnya. Demikian juga kedudukan dalam masyarakat. Yang dimaksudkan berkhidmat di sini ialah ada yang pernah menyiram Tok Kenali ketika mandi. Bahkan ada murid yang pernah membasuh beraknya sesudah buang air besar.

Murid yang sampai kepada kedua-dua peringkat ini saja yang menjadi ulama besar, antara mereka termasuk Syeikh Idris al-Marbawi dan Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti. (Sumber cerita ini daripada murid beliau, Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, Mufti Mempawah, yang didengar pada tahun 1969 di Mempawah; Tuan Guru Haji Mahmud di Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970; Qadhi Haji Wan Ismail bin Hawan di Jala pada tahun 1970; Tuan Guru Haji Abdur Rahim Kelantan di Mekah pada tahun 1979, dan masih ada yang lain yang belum perlu disebutkan.)

Walaupun telah diketahui umum Tok Kenali berasal dari Kelantan tetapi sewaktu saya mengembara ke negeri Caiyya (nama asalnya Cahaya) yang terletak jauh ke Utara Patani dan Senggora, orang tua-tua bercerita bahawa asal usul datuk nenek Tok Kenali adalah dari Cahaya. Diriwayatkan ada dua atau tiga kali Tok Kenali pernah datang ke negeri Cahaya. Setiap kali Tok Kenali datang beliau dimuliakan orang. Tempat yang menjadi laluan Tok Kenali dihamparkan dengan kain kuning, demikian juga tempat duduknya. Orang ramai datang berduyun-duyun menziarahi Tok Kenali kerana mengambil berkat keramatnya. Ada orang tertentu yang didoakan oleh Tok Kenali ternyata dikabulkan oleh Allah sebagaimana doa yang beliau ucapkan (riwayat ini didengar di Caiya (Cahaya) pada 1992).

Penulisan

Penglibatan Tok Kenali dalam penulisan adalah sebagai bukti beliau seperti juga ulama-ulama terkenal lainnya. Beliau ialah Ketua Pengarang majalah Pengasuh yang pertama ketika majalah itu mula-mula diterbitkan. Dari sini dapat kita buktikan bahawa majalah Pengasuh merupakan majalah Islam yang paling lama dapat bertahan di Nusantara. Majalah Pengasuh masih kekal diterbitkan hingga sekarang ini (1427 H/2006 M) oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Semua majalah Islam di Nusantara yang diterbitkan peringkat awal, bahkan termasuk yang agak terkebelakang, semuanya tidak diterbitkan lagi.

Karya-karya Tok Kenali yang ditulis dalam bentuk risalah atau kitab pula antaranya ialah Risalatud Durril Mantsur, yang selesai ditulis pada bulan Jumadil Akhir 1310 H/Disember 1892 M. Kandungannya merupakan terjemahan dan penjelasan fadhilat Burdah Bushiri. Dicetak dalam bentuk huruf batu/litografi oleh Syeikh Abdullah Mujallid, Mekah pada Jumadilakhir 1310 H.

Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu sharaf pula ialah Madkhal Kamil fi 'Ilmis Sharfi, selesai penulisan pada 15 Rabiulawal 1351 H. Kandungan merupakan karya tashhih tentang ilmu sharaf. Kemungkinan maksud daripada gurunya Syeikh Ahmad al-Fathani, iaitu karya berjudul Abniyatul Asma' wal Af'al. Dicetak oleh Mathba'ah al-Asasiyah al-Kalantaniyah atas perbelanjaan Haji Wan Daud bin Haji Wan Sufyan.

Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu nahu pula ialah Mulhiq li Miftahit Ta'allum fi I'rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah 'ala Ratbih, selesai penulisan pada 29 Sya’ban 1354 H. Membicarakan ilmu nahu merupakan huraian kitab Matn al-Ajrumiyah. Kitab ini dikumpulkan atau ditulis kembali oleh salah seorang muridnya iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Thahir bin Ahmad, Bunut Payung. Dicetak oleh Persama Press, Pulau Pinang atas kehendak Tuan Guru Abdullah Thahir bin Ahmad bin Muhammad Zain pada 9 Safar 1356 H.






=================================


2) SIFAT MAHMUDAH DAN MAZMUMAH {BHGN # 2} - PRASYARAT MAHU BERJUMPA ALLAH




KULIAH SUBUH :
AHAD 14HB JULY 2019
========================
Bahagian # 2 : Jaga Ibadah Dan Jaga Hati :- 



MENCONTOHI RASULULLAH 

Setiap orang yang beriman itu dituntut untuk mencontohi sifat-sifat yang terpuji. Ini kerana, agama Islam amat menitikberatkan keindahan akhlak. Disebabkan itu, antara sebab Nabi  diutuskan kepada umat manusia adalah untuk menyempurnakan keindahan akhlak. Hal ini disebut berdasarkan sebuah hadith yang sahih daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi  bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” 
[Riwayat Ahmad (8952)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya kuat]

Di dalam al-Quran juga, Allah   telah mengakui bahawa kekasih-Nya Rasulullah  adalah merupakan contoh teladan yang terbaik untuk diikuti sebagaimana firman-Nya:

al-Ahzab:21

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّـهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”


MAKNA "BERAKHLAK DENGAN AKHLAK ALLAH" 

Kesempurnaan seorang hamba serta kebahagiannya adalah dengan berakhlak dengan akhlak Allah  - . [Lihat: al-Maqsad al-Asna, 45] Imam al-Ghazali

1.dengan mengikuti sifat-sifat yang mahmudah (terpuji) serta menjauhi sifat-sifat mazmumah (terkeji). 

2. kita dituntut untuk mengikut segala sifat kesempurnaan yang ada pada Allah   melainkan pada sifat-sifat yang hanya khusus bagi Allah seperti al-khaliq [Yang Mencipta] dan lain-lain lagi. Selain itu, antara sifat Allah yang boleh kita contohi adalah seperti al-Qawi [kuat] kerana Allah   sukakan hamba-Nya yang kuat sebagaimana yang disebutkan dalam hadith nabi  bahawa Allah  kasih pada hamba-Nya yang kuat berbanding hamba-Nya yang lemah.

Marilah sama-sama kita cuba untuk menjadi seorang muslim yang baik pada peribadi atau akhlak dengan menjadikan Rasulullah  sebagai contoh ikutan yang terbaik.


=============
Allah SWT akan bertanya kepada setiap orang di Hari Akhir nanti, “Apa yang kamu bawa hari ini, wahai hamba-Ku?”  Apakah kamu membawa Qalb-us-Saliim, hati yang murni, hati emas yang mulia?”  Allah SWT meminta setiap orang agar mempunyai hati yang bersih.  Anda hanya bisa mendapatkannya melalui Tarekat.

BAGAIMANA HENDAK MENCAPAI QALBU SALIM :

Membaca al-Qur’an dengan mentadabburinya,
Mengosongkan perut (dengan banyak berpuasa),
Solat malam dan berzikir)
Merendahkan diri kepada الله عز وجل‘ ketika waktu sahur, dan
Bergaul dengan orang-orang soleh/solehah
Mempastikan makanan/minuman yang halal. (al-Mu’in ‘ala Tafahhum al-Arba’in, al-Allamah Ibnul Mulaqqin rahimahullah, hlm. 126—127)


==============
Jika Gurumu Wali Quthub, Engkau Tidak Perlu Lagi Mencari Imam Mahdi

Allah SWT akan bertanya kepada setiap orang di Hari Akhir nanti, “Apa yang kamu bawa hari ini, wahai hamba-Ku?”  Apakah kamu membawa Qalb-us-Saliim, hati yang murni, hati emas yang mulia?”  Allah SWT meminta setiap orang agar mempunyai hati yang bersih.  Anda hanya bisa mendapatkannya melalui Tarekat.  Mereka yang tidak menjalani tarekat hanya memenuhi hidupnya dengan kehidupan luar, meninggalkan hatinya.  Ada 41 aliran tarekat, 40 di antaranya diturunkan melalui hati Imam ‘Ali RA, KW dan satu lagi, Tarekat Naqsybandi berasal dari Abu Bakar ash-Shiddiq RA.  Rasulullah SAW mempunyai 124.000 sahabat.  Siapa sahabat terdekatnya?  Beliau adalah Abu Bakar RA.  Rasulullah SAW bersabda, “Seluruh hal yang Allah SWT percayakan kepadaku di malam ‘Isra, telah kutanamkan ke dalam hati Abu Bakar RA.” 

Sayyidina Ali KW dihubungkan dengan Abu Bakar RA sedemikian rupa sehingga Sayyidina Ali  KW mendapat gelar Kota Pengetahuan.  Hal ini dikenal sangat baik di antara para Syekh pemegang tarekat yang sebenarnya.  Mereka semua menghormati Tarekat Naqsybandi sebagai yang pertama.  Syekh sejati, bukan mereka yang menyebut dirinya sendiri Syekh, seluruh Syekh yang termahsyur, seperti: Jilani QS, Rumi QS, Darqawi QS, Rifa’i QS mereka semua mengetahui posisi sebenarnya dari Tarekat Naqsybandi.  Sekarang jika seseorang berada dalam satu aliran tarekat, mereka bisa saja mengambil Tarekat Naqsybandi dan tetap bebas menjalankan amalan-amalan seperti biasanya atau menjalankan amalan Tarekat Naqsybandi.  Jika hanya melakukan amalan Tarekat Naqsybandi saja itu sudah cukup.  Tidak menjadi masalah apabila anda berasal dari tarekat lain kemudian mengikuti Tarekat Naqsybandi.  Beberapa orang merasa takut kalau Syekhnya mendengar bahwa dia telah menganut tarekat kedua lalu dia akan marah.  Jika dia adalah Syekh sungguhan, bagaimana mungkin dia bisa marah?  Seorang Syekh sejati harus mengetahui apakah muridnya bersama dia di Hari Perjanjian (pada awal penciptaan) atau tidak.  Seorang penggembala mengetahui keadaan biri-birinya, satu dalam seribu, bahkan jika mereka semuanya berwarna putih.  Dia memiliki cahaya di matanya dan mengenal mereka tanpa membuat kesalahan.  Dalam tarekat tidak ada kepiluan bila seorang murid pergi ke Syekh yang lainnya.  Kami berterima kasih kepada Syekh pertama yang telah melatihnya sampai dia bertemu Syekh yang sesungguhnya.

Abu Yazid QS berkata, “Selama melakukan pencarian, Aku bertemu 99 Syekh sebelum Aku bertemu Grandsyekh Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar ash-Shiddiq RA.”  Anda bisa bertemu dengan banyak Syekh dan melakukan suatu amalan, tetapi tidak akan menemukan kepuasan sampai akhirnya anda menemui Seorang Saidi Syekh, Pemimpin Para Syekh dan Wali Quthub Penghulu sekalian Wali seperti sungai yang bertemu samudra.  Begitu banyak Syekh yang hanya menjadi pelatih, menunggu sampai akhirnya Saidi Syekh memanggilmu.  Bukan melalui surat, dari hati ke hati, di sana banyak sekali jalan.  Jika seorang Naqsybandi Syekh memberi tarekat, beliau harus memberitahu muridnya siapa Saidi Syekh di Tarekat Naqsybandi saat itu dan beliau harus mengarahkan kepadanya.

Imam Mahdi AS dan ketujuh wazir (panglima) besarnya, 40 khalifah, 99 termasuk 40 orang yang berada di sisi wazir dan 313 Mursyid besar semua berada di Tarekat Naqsybandi.  Di masa ini tidak ada kekuatan bagi tarekat lain untuk membawa seluruh orang mencapai tujuan akhirnya. 

Pertanyaannya siapakah yang akan memimpin ummat ini untuk mempertanggungjawabkan segala amal perbuatannya dihadapan Allah SWT? Siapa yang akan menjadi Imam?  Jika 124.000 sahabat dibawa, siapa yang akan menjadi Imam?  Abu Bakar RA.

Setelah Abu Bakar RA yang kemudian menjadi Imam adalah para penerusnya yang tercantum dalam silsilah Tareqat Naqsyabandi, tentu saja pengangkatannya bukan karena garis keturunan, bukan pula atas persetujuan orang banyak akan tetapi telah di program oleh Allah SWT sejak 1400 tahun silam, “Kun Fayakun” maka tersusunlah Silsilah yang lengkap dari sejak Imam Pertama sampai akhir zaman kelak  dan syukur alhamdulillah sekarang kita telah berada dalam silsilah terakhir yang membawa kita kepada kemenangan dunia akhirat.

Disetiap zaman hanya hidup satu orang Imam yang bergelar Wali Quthub (pemimpin para wali) dan setiap manusia dimuka bumi ini harus ikut kepadanya. Setiap manusia harus datang berbai’at kepadanya walaupun harus merangkak di atas salju dan harus menyeberangi tujuh samudera. Tahukah anda apa maksud hadist Nabi “Tuntut lah Ilmu walau ke negeri china?” karena Nabi mengetahui kelak di negeri China akan lahir seorang kekasih Allah, seorang Wali Quthub dalam Silsilah Naqsyabandi, Beliau tentu Syekh Muhammad Baba Samasi qs yang merupakan guru dari Syekh Amir Kulal qs guru langsung dari Syekh Bahauddin Naqsyabandi. Andai anda telah bertemu dengan Wali Quthub di zaman ini, maka anda tidak akan sibuk lagi menunggu Imam Mahdi datang atau menunggu Nabi Isa turun karena ibarat biji pepaya semuanya sudah ada di sana. Secara logika, kalau dengan Allah saja anda bisa dijumpakan oleh Beliau, apa sulitnya Beliau kenalkan anda kepada Imam Mahdi?

Imam Mahdi bukanlah seseorang yang telah gaib dan muncul kemudian di akhir zaman, bukan pula orang yang keluar dari tempat persembunyian karena selama ini takut dicari-cari musuh. Pemahaman keliru itu harus anda luruskan agar anda benar-benar bisa berjumpa dengan Imam Mahdi yang anda tunggu-tunggu sebab kalau pemikiran anda belum lurus nanti kalaupun berjumpa dengan Imam Mahdi yang sesunguhnya anda juga tidak akan terbuka hijab. Jangan anda menunggu Imam Mahdi di pinggir laut atau bertapa di dasar sumur karena sudah pasti anda akan disesatkan syetan yang sangat halus dan bisa menyerupai wajah apa saja. Imam Mahdi merupakan pangkat rohani yang disandang oleh orang pilihan Allah untuk meluruskan Iman manusia dan tentu saja Imam Mahdi tidak akan turun kecuali melalui Silsilah Thareqat Naqsyabandi yang merupakan Thareqat utama sebagaimana yang pernah disampaikan oleh Syekh Bahauddin Naqsyabandi, “Akhir seluruh Tarekat adalah awal dari Tarekat ini (Tarekat Naqsyabandi)”.

Sungguh luar biasa rasa syukur yang tidak terhingga atas karunia Allah SWT dengan diperkenalkannya kita dengan kekasih-Nya, seorang Wali Quthub Arif Billah yang sangat dicari oleh orang diseluruh muka bumi karena lewat Beliau lah pintu langsung untuk berhubungan dengan Allah SWT.


Monday, July 15, 2019

1) SIFAT MAHMUDAH DAN MAZMUMAH {BHGN # 1}- TEMPATNYA DI HATI


    

KULIAH SUBUH :
AHAD 14HB JULY 2019
========================
Bahagian # 1 : Berpunca Tempatnya Di Hati :- 
=======================
HADIS NABI :

 أَلآ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلآ وَهِيَ الْقَلْبُ

“Ketahuilah, sungguh di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Jika daging tersebut baik, baiklah seluruh tubuh. Jika rosak, rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah, segumpal daging itu ialah hati.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah ﷺ bersabda bahawa di dalam tubuh kita ada mudhghah, iaitu potongan daging yang ukurannya kecil, namun kedudukannya besar. Pada bahasa hakikatnya dialah kalbu atau dalam bahasa kasarnya jantung dan juga sering disebut dengan istilah harian sebagai hati, meski hakikat sebenarnya hati nuraniJantung adalah organ penting bagi kehidupan makhluk. الله عز وجل‘ menetapkan Ruh sebagai pengaturcara kemaslahatan hidup yang diinginkan makhluk, sayugia ia dapat membezakan antara maslahah dan mudarat.

أَفَلَمۡ يَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَتَكُونَ لَهُمۡ قُلُوبٞ يَعۡقِلُونَ بِهَآ أَوۡ ءَاذَانٞ يَسۡمَعُونَ بِهَاۖ
“Tidakkah mereka berjalan di muka bumi hingga mereka memiliki jantung-jantung yang dengannya mereka boleh berfikir (berakal) atau telinga yang dengannya mereka boleh mendengar?” (al-Hajj: 46) (Syarh al-Arba’in Haditsan an-Nawawiyah, karya al-Imam Ibnu Daqiqil ‘Id rahimahullah, hlm. 30—31)

Ruh yang sihat akan menjamin tubuh yang sihat. Jika Ruh / hati nurani / jantung itu baik, nescaya tubuh akan turut jadi baik. Seandainya buruk, tubuh akan turut menjadi buruk. Jantung  bersinergi dengan gerakan tubuh serta keinginan jiwa. Jika jantung menginginkan hal yang baik, akaaka tu respon dengan pergerakan yang baik. Demikian pula sebaliknya.

Ulama' mengungkap jantung sebagai raja. Anggota lainnya sebagai tentara yang amat setia menjunjung setiap titah sang raja tanpa bantahan.

Jantung ibarat sumber air, maka tubuh adalah ladangnya, dan jika  jantung itu tanah, maka pergerakan tubuh pula adalah tumbuhannya yang hidup (subur atau layu).

وَٱلۡبَلَدُ ٱلطَّيِّبُ يَخۡرُجُ نَبَاتُهُۥ بِإِذۡنِ رَبِّهِۦۖ وَٱلَّذِي خَبُثَ لَا يَخۡرُجُ إِلَّا نَكِدٗاۚ
Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah; dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur (al-A’raf: 58)


Hadis berkenaan mendorong agar kita lebih memerhatikan kalbu berbanding amalan anggota tubuh. Sebab, kalbu itulah kunci amalan. Apa yang tersimpan dalam kalbu, itulah yang akan dikeluarkan kelak pada hari kiamat.

أَفَلَا يَعۡلَمُ إِذَا بُعۡثِرَ مَا فِي ٱلۡقُبُورِ ٩ وَحُصِّلَ مَا فِي ٱلصُّدُورِ ١٠
“Maka apakah dia (manusia yang ingkar) tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur, dan dilahirkan apa yang ada di dalam dada.” (‘adh Dhariyat: 9 - 10)

إِنَّهُۥ عَلَىٰ رَجۡعِهِۦ لَقَادِرٞ ٨  يَوۡمَ تُبۡلَى ٱلسَّرَآئِرُ ٩
“Sesungguhnya Allah benar-benar berkuasa untuk mengembalikannya (menghidupkannya setelah mematikannya). Pada hari dilihatkan segala rahsia.” (ath-Thariq: 8 - 9)

Kerana itu, pesan untuk kita semua: bersihkanlah kalbu dari noda syirik, kotoran bid’ah, sampah maksiat, dan kerendahan akhlak.

QALBU YANG SIHAT
Tidak ada ruang di dalam kalbu yang sihat selain kecintaan hamba kepada الله عز وجل‘, mencintai apa yang dicintai-Nya, takut kepada-Nya, benci dan takut apabila terjerumus kedalam sebarang perbuatan maksiat yang dibenci-Nya, maka akan baiklah keseluruhan gerakan anggota tubuhnya. Justeru itu seseorang hamba itu akan menjauhi segala perbuatan yang diharamkan dan menjaga diri dari bersyubhat kerana khuatir akan jatuh ke jurang haram yang dalam.

Adapun kalbu yang rosak akan dikuasai oleh hawa nafsu, lantas mengikuti semua keseronokan jiwa walaupun dibenci oleh الله عز وجل‘ , nescaya akan rosak seluruh gerakan anggota tubuhnya. Dilampaui pula dengan perbuatan maksiat, mendekati yang syubhat sesuai dengan keinginan hawa nafsunya.

Di sisi الله عز وجل‘ kelak, tidak bermanfaat selain qalbun salim, kalbu yang sehat, sebagaimana firman-Nya,

يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٞ وَلَا بَنُونَ ٨٨ إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٖ سَلِيمٖ ٨٩
“Hari ini yang tidak bermanfaat padanya harta dan anak-anak, kecuali yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat.” (asy-Syu’ara: 88—89)

Maksudnya, kalbu yang selamat dari penyakit-penyakit meliputi hal yang dibenci. Kalbu yang tidak ada di dalamnya selain mahabbatullah (cinta kepada الله عز وجل‘), takut kepada-Nya, dan khuatir jatuh ke dalam urusan yang dapat menjauhkan dari الله عز وجل‘.

Tidak akan baik sebuah kalbu kecuali apabila menetap padanya ma’rifatullah (mengenal الله عز وجل‘ ), mengetahui keagungan-Nya, cinta dan takut kepada-Nya, berharap dan tawakal kepada-Nya.

Inilah hakikat tauhid yang merupakan makna La ilaha illallah. Tidak ada kebaikan bagi kalbu kecuali saat menjadikan hanya Allah Yang Maha Esa sebagai layak disembah, yang dicintai, dan ditakuti, tidak ada sekutu bagi-Nya.

al-Imam al-Hasan al-Bashri rahimahullah :-
“Tidaklah aku memandang mataku, tidaklah lisanku berucap, tidak pula tanganku menggenggam, dan tidaklah kakiku melangkah, hingga aku memikirkan, apakah ini di atas ketaatan kepada الله عز وجل‘ ataukah di atas maksiat? Jika untuk ketaatan, aku lakukan. Jika ternyata untuk maksiat, aku mundur, tidak jadi melanjutkannya.”

Al-Hasan al-Bashri rahimahullah tergolong orang yang tatkala baik kalbunya dan tidak menyisakan keinginan kepada selain الله عز وجل‘, akan baiklah anggota tubuhnya yang lain. Anggota badannya tersebut tidak bergerak kecuali kerana الله عز وجل‘, untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan ridha-Nya. Wallahu a’lam. (Jami’ al-Ulum wal Hikam, al-Hafizh Ibnu Rajab al-Hambali rahimahullah, hlm. 119—121)