BERUNTUNGNYA MEREKA YANG BERPELUANG MENJADI TETAMU ALLAH. AGAR KEMBARA KE TANAH SUCI TIDAK MENJADI SIA-SIA, ISIKANLAH SETIAP MASA YANG ADA DENGAN AKTIVITI AMAL IBADAH BAGI TUJUAN MENAMBAH PAHALA.
Berikut ialah teks ringkasan saya, yang diperolehi dari pembacaan dan pemahaman teks asalnya sessi soal-jawab didalam IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-130 kelolaan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri, Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.
=====================
Tel. No. : 03-8870 9000
Fax No. : 03-8870 9101 / 03-8870 9102
Email : unitict[at]muftiwp[dot]gov[dot]my
===========================
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Masjid al-Haram (المسجد الحرام) merupakan sebuah masjid yang terletak di kota Makkah yang dilihat antara tempat yang suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Masjid ini juga di dalamnya terletak rumah Allah iaitu baitullah atau dinamakan Ka'bah yang menjadi arah kiblat bagi seluruh umat Islam apabila ingin mengerjakan ibadah solat. Selain itu juga, nama masjid al-Haram disebut di dalam al-Qur’an di beberapa tempat, antaranya:
=============================
1] Firman Allah SWT:
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ الَّذِي جَعَلْنَاهُ لِلنَّاسِ سَوَاءً الْعَاكِفُ فِيهِ وَالْبَادِ
Maksudnya: “Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalang manusia dari jalan Allah (agama Islam) dan dari memasuki Masjid al-Haram (Makkah) yang Kami jadikan ia sebagai tempat beribadah bagi seluruh umat manusia (yang beriman) sama ada yang menetap di situ atau yang datang berziarah”. [al-Haj:25]
Imam Ibn Kathir mengatakan ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT telah menjadikan ia (masjid al-Haram) sebagai tempat ibadah bagi semua manusia dan tidak ada perbezaan antara yang bermukim di tempat tersebut ataupun orang yang tinggal jauh dari tempat tersebut. [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 409/5]
Demikianlah jelaslah pada kita bahawa masjid al-Haram merupakan salah satu masjid yang mulia kerana namanya dinukilkan di dalam al-Qur’an yang mulia. Di samping itu juga, masjid al-Haram terletak di dalam tempat yang mulia iaitu Makkah al-Mukarramah.
==============================
2] Matan Hadith
Antara matan hadith yang menceritakan akan kelebihan masjid al-Haram adalah:
a} Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ
Maksudnya: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram”. [Riwayat Muslim (1394)]
صَلاَةٌ فِى مَسْجِدِى أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلاَةٌ فِى الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ
“Shalat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih utama daripada 1000 shalat di masjid lainnya selain Masjidil Harom. Shalat di Masjidil Harom lebih utama daripada 100.000 shalat di masjid lainnya.” (HR. Ahmad 3/343 dan Ibnu Majah no. 1406, dari Jabir bin ‘Abdillah. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Lihat Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 1173.)
Ingin tahu selengkapnya.
Yuk KLIK: https://rumaysho.com/1979-pahala-shalat-di-makkah-100000-kali.html
Imam al-Nawawi berkata ketika mensyarahkan hadith ini pada bab kelebihan solat di masjid Makkah dan Madinah, pengecualian di dalam hadith tersebut telah menjadi perselisihan antara ulama’ dalam menentukan samada Makkah atau Madinah yang lebih mulia.
Mazhab al-Syafie serta jumhur mengatakan bahawa solat di masjid al-Haram lebih afdhal daripada solat di masjid al-Nabawi.
Mazhab al-Syafie serta jumhur mengatakan bahawa solat di masjid al-Haram lebih afdhal daripada solat di masjid al-Nabawi.
Mazhab Syafie tidak mengkhususkan kelebihan solat di kedua masjid tersebut hanya diperolehi apabila seseorang itu menunaikan solat fardhu sahaja bahkan ia umum dan termasuk juga di dalam kesemua solat-solat sunat.
Kesimpulannya, kelebihan solat di masjid al-Nabawi melebihi solat di masjid lain dengan seribu kali solat ganjaran yang diberikan melainkan solat di masjid al-Haram kerana ia melebihi seribu solat sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadith. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 163/9]
Kesimpulannya, kelebihan solat di masjid al-Nabawi melebihi solat di masjid lain dengan seribu kali solat ganjaran yang diberikan melainkan solat di masjid al-Haram kerana ia melebihi seribu solat sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadith. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 163/9]
==========================
Benarkah solat di Masjid al-Haram mendapat 100 ribu kali ganda pahala berbanding solat di tempat lain?
Hal ini disebut di dalam sebuah hadith, yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ، إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ، وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ
Maksudnya: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram. Dan solat di Masjid al-Haram lebih baik daripada 100 ribu solat di tempat lain”. [Riwayat Ahmad (15271)] [Sanadnya adalah sahih mengikut syarat Imam al-Bukhari menurut Syeikh Syuaib al-Arnaouth ketika beliau mentakhrijkan hadith ini di dalam musnad Ahmad]
Berdasarkan hadith ini, jelas menunjukkan bahawa ganjaran bagi sesiapa yang menunaikan solat di masjid al-Haram adalah amat besar berbanding masjid-masjid yang lain.
==============================
Adakah solat di mana-mana masjid di Makkah akan mendapat ganjaran seperti di dalam hadith kerana kesemuanya adalah tanah haram ataupun ganjaran tersebut hanya diperolehi apabila seseorang itu menunaikan solat di masjid al-Haram sahaja?
Ganjaran yang besar atau gandaan pahala itu diperolehi bagi sesiapa yang menunaikan solat di masjid al-Haram dan ia juga meliputi tanah haram keseluruhannya.
Iia juga merupakan pendapat Atha’ bin Abi Rabah berdasarkan hadith di dalam musnad Abi Daud al-Thoyalisi. Begitu juga, ia juga merupakan pendapat al-Zarkashi dan juga al-Ruyani.
Ganjaran ini meliputi keseluruhan tanah haram termasuklah masjid al-Haram. Pendapat ini dipegang oleh mazhab Hanafi mengikut pendapat yang masyhur, mazhab Maliki dan juga mazhab al-Syafie bahawa ganjaran yang besar ini meliputi tanah haram Makkah keseluruhannya. [Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 239/37] Antara dalil bagi menyokong pendapat ini terdapat di dalam musnad Abi Daud al-Thoyalisi:
يَا أَبَا محمد ، هَذَا الفَضْلُ الَّذِي تَذْكُرُ فِي المَسْجِدِ الحَرَامِ وَحْدَهُ أَوْ فِيْ الَحَرمِ؟ قَالَ: لَا بَلْ فِيْ الحَرَمِ فَإِنَّ الحَرَمَ كُلَّهُ مَسْجِد
Maksudnya: “Atha’ telah ditanya: Wahai Abu Muhammad (Atha’ bin Abi Rabah), kelebihan yang kamu sebutkan ini hanya pada masjid al-Haram sahaja ataupun pada tanah haram? Maka beliau menjawab: Tidak, bahkan ia pada tanah haram kerana tanah haram semuanya adalah masjid”. [Lihat: Musnad al-Thoyalisi, no. Hadith 1464, 707/2]
Tambahan pula, walaupun masjid al-Haram mengalami perubahan dari sudut saiz dan binaannya tetapi sesiapa yang solat di tempat tersebut akan mendapat ganjaran yang sama seperti orang yang solat di bahagian yang asal masjid.
==============================
Soalan: Apakah terdapat larangan bermusafir ke masjid-masjid bagi tujuan ibadah?
Jawapan: Terdapat sebuah hadith yang menunjukkan larangan untuk kita menyusahkan diri bermusafir melainkan pada tiga buah masjid sahaja iaitu masjid al-Haram, masjid al-Nabawi dan juga masjid al-Aqsa. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَسْجِدِ الأَقْصَى
Maksudnya: “Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW dan juga masjid al-Aqsa”. [Riwayat al-Bukhari (1189)]
Penutup
Kesimpulannya, tidak dinafikan lagi bahawa solat di masjid al-haram dan juga masjid al-Nabawi mempunyai kelebihan yang amat besar dan tersendiri. Dengan itu, kami nyatakan sekali lagi bahawa ganjaran yang dimaksudkan di dalam hadith berikut adalah bagi sesiapa yang menunaikan solat di masjid al-Haram dan ia juga meliputi tanah haram keseluruhannya. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita kesempatan untuk menunaikan solat di tempat yang mulia seperti ini. Amin.
Wallahua’lam.
2) Baginda menggalakkan umat Islam sama ada yang menetap di Makkah dan Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji atau umrah, mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid mulia itu bagi mendapat pahala berganda
3) Daripada Anas bin Malik, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa sembahyang di masjidku sebanyak 40 sembahyang (dengan syarat) tidak ketinggalan dalam satu sembahyang (waktu) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan daripada api neraka, dan kelepasan daripada azab seksa dan (ia juga akan bersih) daripada sifat munafik.”
Biasanya orang-orang yang pergi menunaikan haji dan menziarahi masjid dan makam Nabi di Madinah, untuk mendapatkan kelebihan ini mereka akan tinggal di Madinah selama 8 hari sekurang-kurangnya iaitu untuk mengerjakan sembahyang dalam 40 waktu selain daripada mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang dituntut.
4) Selain itu, Nabi Muhammad mengakui bahawa Masjid Quba' adalah sebuah masjid yang dikasihinya. Baginda kerap menziarahi serta sembahyang dalamnya.
Abdullah bin Omar meriwayatkan adalah Nabi selalu berziarah ke Masjid Quba'. Satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan berjalan kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat dalamnya.
Usaid bin Zahir pula meriwayatkan sebuah hadis bermaksud: “Satu sembahyang dalam Masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah.”
a] Tumpuan mestilah kepada membanyakkan amal ibadat terutamanya solat berjemaah lima waktu di Masjidilharam, melakukan umrah, tawaf sunat dan sebagainya. Masa dan kesempatan berada di Mekah usah dipersiakan sementelahan kita menunggu berpuluh tahun baru dapat menunaikan haji.
e] Selain itu, Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada Baitullah ini iaitu 60 rahmat untuk orang tawaf, 40 rahmat untuk yang mengerjakan solat dan 20 rahmat untuk orang yang memandang Baitullah.
================================
Nota2 tambahan lain yang dapat saya kumpulkan dari sumber2 lain adalah seperti berikut :
Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari
1) Kelebihan Masjidil Haram adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 100,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain. Dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.
Kelebihan Masjid Nabawi pula adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 1,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain. Dalamnya ada makam Nabi dan sebagai sebuah taman daripada taman syurga.
Kelebihan Masjid al-Aqsa pula adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 500 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain.
3) Daripada Anas bin Malik, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa sembahyang di masjidku sebanyak 40 sembahyang (dengan syarat) tidak ketinggalan dalam satu sembahyang (waktu) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan daripada api neraka, dan kelepasan daripada azab seksa dan (ia juga akan bersih) daripada sifat munafik.”
Biasanya orang-orang yang pergi menunaikan haji dan menziarahi masjid dan makam Nabi di Madinah, untuk mendapatkan kelebihan ini mereka akan tinggal di Madinah selama 8 hari sekurang-kurangnya iaitu untuk mengerjakan sembahyang dalam 40 waktu selain daripada mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang dituntut.
4) Selain itu, Nabi Muhammad mengakui bahawa Masjid Quba' adalah sebuah masjid yang dikasihinya. Baginda kerap menziarahi serta sembahyang dalamnya.
Abdullah bin Omar meriwayatkan adalah Nabi selalu berziarah ke Masjid Quba'. Satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan berjalan kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat dalamnya.
Usaid bin Zahir pula meriwayatkan sebuah hadis bermaksud: “Satu sembahyang dalam Masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah.”
==============================
5) Jangan solat di hotel
a] Tumpuan mestilah kepada membanyakkan amal ibadat terutamanya solat berjemaah lima waktu di Masjidilharam, melakukan umrah, tawaf sunat dan sebagainya. Masa dan kesempatan berada di Mekah usah dipersiakan sementelahan kita menunggu berpuluh tahun baru dapat menunaikan haji.
b] Jangan lepaskan peluang bonus ganjaran solat di Masjidilharam. Ikhtiarkan supaya jemaah haji tidak terlepas satu waktu solat pun di masjid dengan solat di hotel kecuali ada keuzuran. Walaupun ada pendapat ulama bahawa ganjaran 100,000 pahala itu turut meliputi tanah haram keseluruhannya, dengan solat di Masjidilharam, jemaah akan beroleh beberapa ganjaran lain.
c] Melakukan ibadah sunat sepanjang masa. Walaupun perkara itu tidak disepakati oleh para ulama tetapi mengikut mazhab Syafie dan Hambali ia boleh dilakukan solat sunat dan tawaf pada bila-bila masa. Tetapi mengikut mazhab Hanafi dan Malik hukum Mekah sama seperti tempat lain tanpa bezanya ini berdasarkan kepada perbuatan Saidina Umar.
d] Kaabah. Ia adalah Baitullah al-Haram dan kiblat umat Islam. Mengenai kelebihannya tidak syaknya lagi berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah sebagai tempat ibadat yang berada di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. (Ali-Imran: 96)
f] Telaga zamzam di mana airnya adalah antara yang paling berkat di muka bumi. Mempunyai pelbagai kelebihan dan mengikut niat orang yang meminumnya, insya-Allah. Selain itu, adanya tempat-tempat yang ada nilai berbanding dengan yang lain seperti Makam Ibrahim, Hijr Ismail, Hajar Aswad, Multazam dan lain-lain.
g] Mekah sebagai tanah haram. Dalam sebuah riwayat Muslim, menyebut Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya negeri Mekah ini dijadikan Allah SWT sebagai tanah haram ketika Dia menciptakan langit dan bumi. Mekah adalah tanah haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak dibenarkan berperang di Mekah kepada sesiapa pun sebelumku dan tidak dibenarkan kepadaku kecuali beberapa masa sahaja (pada hari pembukaan Kota Mekah tahun ke 8 Hijrah).
h] Tidak dimasuki dajal. Hal ini berdasarkan hadis Imam Bukhari bahawa Rasulullah SAW bersabda: Semua negeri akan dimasuki oleh Dajal kecuali Mekah dan Madinah, semua jalan masuk dikawal oleh para malaikat yang berbaris-baris, kemudian Madinah akan bergoncang sebanyak tiga kali. Dan Allah SWT akan mengeluarkan semua orang kafir dan munafik daripadanya.
i] Mendapat keamanan. Ini telah diisytiharkan oleh Allah SWT. Syeikh Al-Maghari berkata, seluruh bangsa Arab sepakat untuk menghormati dan memuliakan Baitullah ini. Sesiapa yang masuk ke dalamnya pasti berasa aman daripada gangguan penganiayaan orang lain, pembunuhan atau pelanggaran kehormatannya, selama mereka berada di dalamnya. Amalan kebiasaan ini telah berjalan sejak zaman jahiliah.
=======================================
6] Komisi Fatwa di Kerajaan Saudi Arabia, Al Lajnah Ad Daimah ditanya, “Apakah pahala shalat di seluruh tempat di Makkah berlipat-lipat sama dengan shalat di Masjidil Haram itu sendiri? Lalu apakah berbuat maksiat juga akan dilipatgandakan dosanya sebagaimana pada kebaikan?
Para ulama yang duduk di komisi tersebut menjawab,
Dalam masalah ini, ada silang pendapat antara para ulama. Pendapat terkuat, berlipatnya pahala berlaku umum di seluruh tanah haram (di seluruh Makkah). Karena dalam Al Qur’an dan As Sunnah, seluruh tempat di Makkah disebut dengan Masjidil Haram.
Sedangkan mengenai maksiat, tidaklah dilipatgandakan dosanya secara jumlah baik di tanah haram atau selainnya. Dosa itu dilipatgandakan dilihat dari maksiat yang dilakukan (kaifiyah), berbeda-beda antara dosa, ada dosa yang amat berat, ada yang balasannya keras karena dilakukan di waktu dan tempat tertentu, seperti dilakukan di bulan Ramadhan, di tanah haram yang mulia, di Madinah Al Munawwaroh dan semacamnya. Karena Allah Ta’ala berfirman,
مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى إِلَّا مِثْلَهَا
“Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya” (QS. Al An’am: 160). Dan juga banyak hadits yang shahih yang menerangkan hal ini.
Wabillahit taufiq. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Fatwa Al Lajnah Ad Daimah no. 6267, pertanyaan keempat. Yang menandatangani fatwa ini: Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz selaku ketua, Syaikh ‘Abdurrozaq ‘Afifi selaku wakil ketua, Syaikh ‘Abdullah bin Ghudayan dan Syaikh ‘Abdullah bin Qu’ud selaku anggota.
Ingin tahu selengkapnya.
Yuk KLIK: https://rumaysho.com/1979-pahala-shalat-di-makkah-100000-kali.html
==============================



