Thursday, November 23, 2023

MS76.1 MODEL PSIKOLOGI NAFS QURAN

 

 KISAH AL-QURAN (13)

Apa itu نَفْس Nafs ?


Perkataan نَفْس dalam konteks percakapan manusia menunjukkan sisi dalam diri manusia yang mempunyai potensi baik dan buruk. Dalam al-Quran, نَفْس disebut sebanyak 295 kali.


Maksud نَفْس yang pertama ialah kekuatan ٱلنَّفْسَ لَأَمَّارَةٌۢ yang terkandung dalam jiwa manusia dan merupakan punca timbulnya akhlak yang tercela. 

 

Kedua نَفْس ialah jiwa, روحاني yang لَطِيف, dan رَبَّانِيّ. Iaitu meliputi hak manusia yang membezakannya daripada haiwan dan makhluk lain. 

 

Tiga klasifikasi النفس, iaitu: 


  • {ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ - Al-Fajr 89:27} - al-Nafs al-Muthmainnah - Jiwa yang jernih dan terang dengan mengingati Allah dan bebas pengaruh hawa nafsu jahat dan keji;  
  • {بِٱلنَّفْسِ ٱللَّوَّامَةِ - Al-Qiyamah 75:2} - al Nafs al-Lauwaamah - Jiwa yang menyesali dirinya;  

  • {ٱلنَّفْسَ لَأَمَّارَةٌۢ - Yusuf 12:53} - al-Nafs al Amarah - Jiwa yang sentiasa menyuruh kepada kejahatan. 


Al-Quran mendakwa kami sembah العبودية - نَعْبُدُ adalah istilah komprehensif yang menegaskan maksud ayat Al-Fatihah 1:5 : إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ - Engkaulah sahaja (Allah Ya Rabb) نَعْبُدُ Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


Dari segi linguistik, نَعْبُدُ bermaksud tunduk dan patuh serta merendah diri, dalam rangka kehambaan diri kepada Tuhan, iaitu yang menjadi matlamat utama penciptaan بشر {basyar} dan وَٱلْجِنِّ {jinn}. Iaitu basyar بشر, manusia biasa yang belum mencapai tahap إِنْسَان, iaitu tahap kehambaan manusia yang tertinggi. Melalui penghambaan diri إِنْسَان dan وَٱلْجِنِّ dapat merasa kebahagiaan dunia dan akhirat seperti yang dijanjikan oleh al-Quran itu sendiri. 

 

Namun, kehidupan moden hari ini semakin membuat manusia lupa identiti, sibuk dunia dengan pelbagai gadjet canggih, matlamat utama penciptaan manusia yang bergelar إِنْسَان semakin kabur dan hilang.


Fenomena lupa identiti ini memudaratkan pengaruh dan potensi asli yang tertanam dalam diri setiap manusia. Semula jadinya, manusia berpotensi asas bagi mendorong jiwa kearah tingkah laku baik atau buruk. Jika penguasaan pengaruh ini baik, seyogianya manusia akan cenderung berbuat baik, dan begitu juga sebaliknya. Maka manusia akan cenderung pada yang buruk dan jahat serta menjauhinya Tuhan.


Potensi yang dimaksudkan ini ialah apa dipahami sebagai نَفْس - nafsu. نَفْس itu sendiri mengandungi beberapa makna, antaranya jiwa, diri, cita-cita keinginan, nafsu emosi kemarahan kesayangan lain-lain. Ahli tasawwuf menafsirkan perkataan نَفْس sebagai sesuatu yang merangkumi sifat-sifat tercela pada manusia. Sebab itu mereka menegaskan tentang perlunya melawan hawa nafsu atau membendungnya. 


**********************

Konsep نَفْس dan bagaimana ia berkaitan dengan ٱلشَّيْطَٰنِ, pelbagai bahagian نَفْس dll, kesemua digambarkan melalui 9 ilustrasi berikut yang menghuraikan sifat sebenar إِبْلِيسَ dan ٱلشَّيْطَٰنِ : 

Definisi paling mudah نَفْس menurut psikologi نَفْس Al-Quran bermula dengan نَفْسوَلَد Nafs Bayi iaitu seperti ilustrasi # {1} bulatan terbesar {segmen besar yang jernih putih bersih} yang di lihat pada skrin. نَفْس bayi atau نَفْس setiap manusia mengandungi dua bahagian yang sangat jelas dan Al-Quran membicarakannya, Al-Quran menangani kedua-dua bahagian.


{1}

نَفْس وَلَد

{Nafs Bayi}


Apakah نَفْس seorang bayi mungkin dua tahun atau tiga tahun apabila mereka mula aktif untuk belajar lebih banyak rasa ingin tahu dan mereka seolah-olah getah span (sponge) ''menyedut apa sahaja'' yang mereka ingin belajar tetapi kebanyakannya proses dibawah sedar. 

Terdapat proses sedar dan juga proses bawah sedar dan keduanya bersilang maka akan terjadi kawasan kelabu di antaranya mewakili persempadanan. 

Apakah proses sedar. Apabila sedang merangkak seorang bayi sedar ia berfikir tentang aktiviti itu - merangkak. Apakah proses sedar yang lain. Mengenali ibu atau bapanya. Ingin makan minum. Menangis memberi mesej dia lapar atau dahaga. Jadi seorang bayi mula bangunkan kesedaran ini perlahan-lahan hingga berkembang lebih jauh dari tahun 1 atau tahun 1 setengah. Dan proses yang lebih sedar ialah melalui menyatakan keinginan secara lisan atau dinyatakan.

Dengan perkembangan hidup akhirnya proses-proses sedar secara automatik menjadi sebahagian daripada proses bawah sedar. Dia tidak akan terlalu banyak berpikir tentang pergerakan, bermain bola sebagainya mempelajarinya selepas mengulangi sesuatu aktiviti beberapa kali pertama. Pencernaan bahan makanan contoh sekumpulan proses yang selepas beberapa ketika menjadi proses bawah sedar. Ia sudah sebati didalam نَفْس tetapi di bawah sedar, semua berlaku secara automatik tanpa perlu berpikir. 



{2}

نَفْس طالِب

Nafs Pelajar Biasa {Bukan Insaan}



    • Sebahagian segmen kelabu muda {akal dan kognisi} adalah proses sedar jika kita memilih untuk menjadikannya sedar, Intelek dan kognisi meliputi cara pembelajaran melalui menyoal, kreatif mengolah pemikiran, cenderung mengolah pendapat sendiri, rasa ingin tahu mengungkit apa jua yang dipegang yang menyentuh perasaan. Ketika ini akan terdapat pelbagai input dari dunia luar, kawan kenalan atau bukan, yang mempengaruhi intelek dan kognisi. Weltanschauung {iaitu - persepsi peribadi mengenai dunia luar} diri mula berkembang yang semakin maju semakin mendalam. 
    • Segmen kelabu pekat meliputi pembelajaran ‘kecenderungan berat sebelah’ ia juga meliputi akal dan kognisi tetapi berada dalam persempadanan proses sedar dan separa sedar. Cenderung mengolah prasangka buruk terhadap seseorang berlaku tanpa sedar dan di luar kawalan. Namun ia juga merupakan bagian penting intelek dan kognisi.
    • Kesannya, ia menjejaskan keupayaan diri untuk melangkah keluar belajar perkara-perkara baru. Gusar dan berpikiran takut mahu berubah, dan cenderung kepada perasaan berat sebelah - dia masih berpuas hati berteduh dalam kepompong lama.

    • Pembelajaran awal hasil pengalaman sekitaran rumah menjadi sebati dalam dirinya dan berterusan sepanjang hayat, menjadi sebahagian daripada alam bawah sedarnya, Tidak menyedari dia telah melakukannya. Dia selesa melakukan begitu. Tindak balasnya dengan berkelakuan serupa dizaman lampau walaupun sekitaran telah banyak berubah.
    • Contoh - amalan merenjis garam keatas makanan sebelum dijamah. Cenderung pada makanan masin. Pemikiran mungkin berdasarkan pengalaman "buruk" yang dirasai dahulu pernah dihidangkan makanan kurang garam.

Jadi apa lagi ? Kumpulan berfikir. Mereka merasai lebih selesa atau lebih selamat apabila berada didalam kumpulan yang berfikiran sama. Pemikiran kumpulan adalah prasangkaan atau kecenderungan berat sebelah atau apa pun jua pendapat anda. 

  

Satu lagi ialah pengesahan beranggapan (biased), sesuatu yang anda cari sendiri tidak kira ia betul atupun salah. Contoh anda tidak sedar sudah membuat ketetapan sendiri sebelum mula membaca sebahagian daripada al-Quran. Oleh itu semasa anda membaca sesuatu kisah yang Allah ceritakan [terutama di bahagian ayat dimana mungkin terdapat perbedaan dalam pentafsiran atau transliterasinya berbanding apa yang anda pernah ketahui selama ini} anda mula mengesahkan anggapan bahawa pengetahuan yang telah anda genggam sekian lama dari zaman nenek moyang itu adalah lebih tepat, berbanding dengan pentafsiran baru ini, jadi anda takut akan terpesong keluar dari landasan yang sedia ada, maka anda akan menolaknya bulat bulat {pentafsirn baru itu} tanpa berfikir panjang. Itu namanya diri anda telah ada Pengesahan Beranggapan (Biased Confirmation). 

  

Maka itulah نَفْس seorang pelajar. 


********************************************


Sekarang kita beralih kepada sedikit kecanggihan bagaimana rupa النفس بشر - al Nafs Basyr. Sebelum itu sedikit penjelasan mengenai basyar, بشر .


بشر adalah seorang pelajar manusia biasa tetapi tidak semestinya seorang إِنْسَان.


إِنْسَان ialah orang yang melekatkan dirinya dengan Kitab. Dia manusia yang boleh dibimbing secara langsung. 




Kita merujuk kepada بشر  biasa bukan إِنْسَان yang sempurna, di mana بشر biasa dia cenderung kepada ibliss, إِبْلِيسَ (segmen coklat pekat). Maka dengan itu إِبْلِيسَ adalah sebahagian daripada بشر.

إبليس juga boleh menjadi sebahagian daripada setiap بشر  dan juga setiap إِنْسَان. 


{3}

نفس بشر

{Basyar Biasa - Bukan Insaan}




Jadi sekarang kita mempunyai konsep إِبْلِيسَ yang sesuai kedudukannya di segmen persimpangan (berwarna kelabu pekat). 

  

Kita menyatakan pendapat dan membuat keputusan dalam proses sedar. Dan kita belajar dari dunia luar, menggunakan akal dan kognisi pemikiran memproses pembelajaran dari pelbagai aktiviti yang kita ambil, untuk belajar dan bertanya dan sebagainya (sila rujuk anak panah berwarna kelabu). Dengan itu mencipta aspek dan faktor tambahan dalam Weltanschauung {Persepsi Dunia Luar}. Dan secara tidak sedar weltanschauung itu terutamanya, menetapkan cara kita untuk berfikir dan merenung secara tertentu. 

  

Jadi, walaupun إِبْلِيسَ ini kebetulan sebahagiannya berada dalam sektor bawah sedar tetapi terdapat lebih banyak tambahan input akan masuk dari sektor weltanschauung (sektor berwarna kuning) ke dalam sektor intelek dan kognisi. Contoh seseorang yang asas weltanschauung utama nya adalah kekayaan yang dibina atas pemahaman bahawa KEJAYAAN = WANG. Jadi, soalan pertama yang dia akan tanya ialah ''Bagaimana ini akan membantu saya membuat lebih banyak wang?'' Kerana itulah cara weltanschauungnya membantu membina akal dan kognisi (anak panah kuning). Kadang-kadang dia sedar kadang-kadang dia tidak sedar, ia datang dari sumbangan tidak sedar yang dilakukan oleh alam bawah sedarnya dengan bantuan إِبْلِيسَ (anak panah kelabu). 


Al-Quran telah menyatakan bahawa manusia mulia tidak ditentukan oleh berapa banyak harta yang mereka miliki, atau bagaimana baik penampilan fizikal mereka, semuanya adalah najis tidak kekal. Tetapi orang yang paling mulia ialah orang yang paling bertakwa. Allah berfirman dalam Al-Quran :

 

Al-Hujurat 49:13 -  

 

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 

 

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 


Beberapa hadis Nabi juga menjelaskan bahawa Allah tidak melihat keadaan fizikal (unsur kebendaan) tetapi apa yang disaksikan adalah hati dan perbuatan. Seperti hadis berikut: 

 

Beritahu kami 'Amr al-Naqid daripada Kathir Ibn Hisham daripada Ja'far Ibn Burqan daripada Yazid Ibn al-Asam daripada Abu Hurairah: Nabi 

shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, 'Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa kamu dan bukan harta kamu, tetapi dia melihat kepada hati kamu dan perbuatan kamu. ‛ (Riwayat Muslim). 


{4}

نفس بشر منضبط

{Bashar

Berdisiplin atau Insaan}



Ini adalah seorang بشر yang tidak semestinya seorang إِنْسَان yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan Kitab Suci tetapi mungkin mempunyai keupayaan intelek yang boleh meneutralkan sebahagian daripada kepercayaan yang dia miliki. 

Ingatlah إِبْلِيسَ adalah sebahagian daripada setiap بشر, termasuk بشر منضبط iaitu bashar yang berdisiplin yang berupaya mengawal إِبْلِيسَ , seperti yang dilakukan oleh ahli Kitab. 


إِبْلِيسَ ia berguna jika kita cuba mengawalnya, tetapi juga boleh merosakkan intelek; proses dan kognisi kita. Jadi kita perlu mengawasi إِبْلِيسَ kerana pengaruh negatifnya terhadap pemikiran ketika kita sedang belajar. Namun ia boleh membantu secara positif jika kita berinisiatif cuba mengawal nya. Jadi منضبط bashar yang berdisiplin ia mampu berbuat demikian, pada tahap tertentu. Contoh, dia boleh mempersoalkan pendapat dan keputusannya sendiri, tidak semestinya dia akan menganggapnya betul, walaupun itu keputusannya. Mempersoalkan apakah sumber perkara yang dipelajari, bertanya banyak soalan sebelum menerima apa-apa sebagai benar atau betul. Inilah disiplin yang kita bincangkan.


Dua anak panah hijau memperkenalkan dua perkataan iaitu ما' = اِلا وحیاً. Iaitu = wahyu Ilahi, dan نسخ = pemansuhan petunjuk = penghapusan pembaikan عَرْش


Kedua-dua anak panah hijau itu merujuk kepada بشر yang tidak berpegang dengan kitab, bermaksud tidak memohon petunjuk daripada Allah SWT. Namun, Allah SWT tetap akan memberikan نسخ atau petunjuk tertentu kepada seseorang yang tidak berhubung langsung dengan al-Quran atau mana-mana kitab yang lain.


Kenapa Allah SWT tetap akan memberi ? Kerana Allah SWT Maha Mengetahui. Mungkin ia baik untuk manusia lain, mungkin ia cara untuk mengimbangi kebaikan yang dia telah lakukan dalam kehidupan ini. 


Kita tidak boleh mengecualikan kemungkinan sesuatu yang berlaku. Maka sebab itu kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengklasifikasikan seseorang dalam kategori بشر yang bukan إِنْسَان, iaitu ia tidak mendapat wahyu Ilahi. 

 

Maka terdapat dalam hidup seharian ramai orang bukan Islam, malah ateis mereka dapat menghasilkan idea bernas penemuan ekslusif yang boleh membantu manusia. Mana mereka dapat idea sedemikian? Sudah tentu dari Allah SWT. Kerana segala ilmu datangnya dari Allah SWT.


Kenapa kita tidak tahu ?. Bagaimana Allah SWT menilai orang-orang ini ? Kita tidak tahu. Hakikatnya tidak dinafikan bahawa mereka telah menerima pendedahan tertentu, bagi merealisasikan idea-idea bernas, yang boleh mendatangkan faedah bagi masyarakat tertentu. Oleh itu kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa anak panah hijau ini wujud untuk setiap makhluk Allah SWT, walaupun untuk orang yang tidak dikaitkan dengan Kitab Suci. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


{5}

نفس الجن

{Nafs Jin}


Al-Jin وَٱلْجِنِّ juga memiliki proses bawah sedar dan juga sedar. Tetapi weltanschauung nya telah dipengaruhi إِبْلِيسَ yang sangat berkuasa.

Sesungguhnya, وَٱلْجِنِّ adalah sesaorang atau sekumpulan manusia yang taksub kepada perintah Iblis إِبْلِيسَ, iaitu menjadi mangsa yang tunduk kepada strategi Iblis إِبْلِيسَ. Maka sesungguhnya apabila kita bercakap tentang Al-Jin وَٱلْجِنِّ kita sebenarnya bercakap tentang seorang atau sekumpulan manusia yang dikuasai sepenuhnya oleh إِبْلِيسَ.

Dia menjadi وَٱلْجِنِّ bermakna dia menjadi seperti sifat tersembunyi إِبْلِيسَ. Oleh itu إِبْلِيسَ bukan sahaja mengawal intelek dan kognisi proses bawah sedar seseorang manusia, bahkan ia juga mempengaruhi intelek dan kognisi kesemua proses sedarnya. إِبْلِيسَ ia mempengaruhi keseluruhan weltanschauung seseorang menjadikannya mula menjadi rosak seperti إِبْلِيسَ itu sendiri.

Itulah Al-Jin وَٱلْجِنِّ, iaitu بشر غير منضبط atau Basyar yang tidak berdisiplin, atau Manusia yang berhati Iblis إِبْلِيسَ , atau Manusia yang bukan إِنْسَان Insaan, iaitu Manusia yang tidak dapat menerima wahyu Ilahi = ما' dan untuk menerima نسخ daripada Allah SWT. Dan weltanschauung dalam النفس nya memberi suapan kembali ke dalam intelek dan kognisi yang dimiliki oleh orang ini. Oleh itu, dia menjadi sepenuhnya menjelmakan إِبْلِيسَ dalam hampir semua perkara.

Hanya sebahagian daripada proses bawah sedarnya yang masih bebas daripada إِبْلِيسَ contoh penghadamannya atau beberapa fungsi biologi yang dibawah sedar akan terus kekal bebas daripada kesan إِبْلِيسَ.

Segala yang lain dalam النفس nya dipengaruhi oleh إِبْلِيسَ. Maka orang itu menjadi وَٱلْجِنِّ.

Pendapat dan keputusan yang dikeluarkannya secara langsung dipengaruhi oleh proses sedarnya yang dipengaruhi oleh pengaruh إِبْلِيسَ. Segala yang dia ingin pelajari dia dipengaruhi oleh berat sebelah yang diberikan oleh إِبْلِيسَ kepadanya, dan harus sepadan dengan berat sebelah pengesahannya atau prasangkanya atau kecenderungannya sebelum ini. Maka orangnya yang merupakan وَٱلْجِنِّ telah diambil alih sepenuhnya oleh إِبْلِيسَ.

{6}
نفس إِنْسَان
{Nafs Insaan}


نفس إِنْسَان bermaksud Pelajar + Kitab. Jadi ini adalah بشر yang merupakan pelajar yang sedang berkembang ditambah dia mempunyai kaitan dengan kitab suci. 

  

Anak panah hijau mewakili sambungan untuk menerima wahyu Ilahi = ما' = ٱلمَاعُ daripada Allah SWT. Dan untuk menerima نسخ kerana Allah SWT mengawal bagaimana weltanschauung nya diperbaiki dimana proses sedar dan bawah sedar mereka berada di zon kelabu iaitu segmen persimpangan. Mereka juga mempunyai keyakinan, intelek dan kognisi dan mereka belajar dari luar dan mereka mengeluarkan pendapat dan keputusan sendiri. 

  

Mereka mempunyai قَلْب . 

  

Allah SWT memberitahu manka nalahu al insaan lahu qalb 


قَلْب ialah tempat penyimpanan atau penerima hidayah Ilahi daripada Allah SWT. Ia juga merupakan kediaman weltanschauung. Mereka adalah إِنْسَان yang mempunyai akses kepada kitab suci, yang mengerjakannya, namun tidak semestinya mereka sempurna.


Namun bagi mereka, قَلْب dan weltanschauung sudah mula bergerak ke arah hijau ke arah ٱلمَاعُ = wahyu Ilahi dari Allah SWT. Itu tidak bermakna dia sudah sempurna. Bukan. Kerana akal dan kognisinya sering menyalurkan beberapa perkara yang salah ke dalam قَلْب yang menukarkan warna قَلْب daripada hijau kepada kuning muda atau mungkin kuning cerah. Dan beberapa perkara positif bercampur negatif daripada قَلْب {sebab weltanschauung yang sangat cacat} kembali mempengaruhi akal. Jadi akan berlaku الحلقة المفرغة Vicious Cycle proses penyaluran input dua hala antara segmen proses Sedar dan proses Bawah Sedar membuat percampuran perkara positif dan negatif. Menjadikan قَلْب seseorang itu dalam keadaan berbolak balik.


Jadi ini adalah نفس إِنْسَان biasa seorang pelajar yang mempunyai akses kepada kitab suci dan yang berusaha ke arah itu tetapi tidak semestinya sempurna. Jadi ilustrasi {6} ini sesuai bagi kebanyakan orang yang melekatkan diri mereka pada kitab suci.



{7}

نفس الْمُتَّقُونَ

{Nafs Muttaqun}


  • Muttaquun الْمُتَّقُونَ - golongan orang yang istimewa terutamanya إِنْسَان yang berdisiplin dalam penglibatan kitab suci, khususnya al-Quran.
  • الْمُتَّقُونَ - orang Islam yang berpegang teguh dengan al-Quran - mereka memandang serius orang yang membaca al-Quran dengan cara yang betul.
  • Mereka cuba. Mereka tidak selalu berjaya 100%. Tetapi mereka bekerja dengan sangat serius dan sangat tekun dengan kesabaran - tidak semestinya sempurna masih ada beberapa kawasan kuning yang meresap ke dalam intelek dan kognisi
  • Mempunyai beberapa ciri بشر منضبط basyar yang berdisiplin
  • Mempunyai beberapa ciri إِنْسَان dan قَلْب - banyak merenung diri sendiri oleh itu قَلْب mereka lebih hijau - pintu hubungan dengan Allah SWT terbuka luas - lebih dekat dengan perlindungan Allah SWT - mempunyai akses ka جنّة‎ - Allah SWT membantu dan membaiki عَرْش - Allah SWT menetapkan penguasaan penuhNya - عَرْش penuh - sangat dekat tetapi weltanmschaaung nya tidak sempurna sejauh عَرْش ٱلۡأَبۡرَارَ di mana قَلْب penuh dengan عَرْش Allah SWT.
  • Mereka sedar tentang berat sebelah mereka, mereka sedar tentang kecenderungan mereka, lebih banyak membuat koreksi diri sendiri, lebih banyak bertanya sebelum memberi pendapat dan keputusan
  • Mereka yang memerintah, bukan diperintah oleh إِبْلِيسَ sekurang-kurangnya bagi mereka adalah lebih terkawal. Mereka belajar dari beberapa sumber luar. Mereka bertanya. Mereka sangat serius mereka tidak hanya menerima segala-galanya.
  • Mempunyai قَلْب yang mengandungi weltanschauung yang mula bergerak ke arah عَرْش . Segala sesuatu yang datang dari عَرْش ke dalam akal dan ma’rifat adalah berpandukan petunjuk Ilahi dari Allah SWT yang ada pada قَلْب - akal mereka tidak mencemarkan al قَلْب atau عَرْش Allah
  • Secara teratur عَرْش Allah melakukan pembersihan قَلْب jika ada sebarang kesilapan maka Allah swt membantu mereka membersihkannya dan proses sedar mereka meleleh dengan segala macam perkara yang indah jadi ini adalah عَرْش ٱلۡأَبۡرَارَ
  • Inilah adalah ٱلۡأَبۡرَارَ yang merupakan golongan tertinggi manusia yang membenarkan Allah SWT menguasai sepenuhnya عَرْش mereka dan mereka mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan Allah SWT. Mereka tidak melakukan kesilapan yang membolehkan kecenderungan kognitif dan kecenderungan mereka tergelincir dari jalan Allah SWT.


{8}

نفس ٱلۡأَبۡرَارَ

{Nafs al-Abraar}



Maka ini Nafs Insaan bersama Syaitan :


Syaitan hidup dalam alam bawah sedar sepenuhnya (segmen berwarna merah pekat berbentuk telor ayam) :


{9a}

نفس ٱلشَّيْطَٰنِ

{Nafs Insaan bersama Syaitan}


Syaitan bertindak sebagai perisai untuk menutup weltanschauung dan قَلْب :

Al-Isra' 17:46
وَّجَعَلْنَا عَلٰي قُلُوْبِهِمْ اَكِنَّةً اَنْ يَّفْقَهُوْهُ وَفِيْۤ اٰذَانِهِمْ وَقْرًا ؕ وَاِذَا ذَكَرْتَ رَبَّكَ فِي الْقُرْاٰنِ وَحْدَهٗ وَلَّوْا عَلٰۤي اَدْبَارِهِمْ نُفُوْرًا
Malay - Abdullah Muhammad Basmeih

Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al-Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri.

Dalam {8} نفس ٱلۡأَبۡرَارَ {Nafs al-Abraar} kita lihat قَلْب tersedia sepenuhnya untuk menerima Wahyu IIahi

Tetapi dalam {9} {Nafs Insaan bersama Syaitan} - ٱلشَّيْطَٰنِ menyekat ٱلمَاعُ Wahyu IIahi menyekat blok نفس juga sebahagian daripada hijau ditambah anak panah jingga yang keluar dari قَلْب ke dalam akal dan kognisi

Syaitan bertindak menyekat semua ٱلمَاعُ Wahyu IIahi beserta نسخ {anak panah hijau} yang datang dari Allah SWT ini ke dalam قَلْب. Dan oleh itu akal dan kognisi tidak mendapat manfaat akses penuh kepada عَرْش sepertimana dengan ٱلۡأَبۡرَارَ dan الْمُتَّقُونَ

Perhatikan bahawa segmen berbentuk telur merah pekat menutupi قَلْب. Ini menjadi sistem tertutup di mana mereka menyesatkan diri sendiri dan menyebabkan weltanschauung menjadi lebih rosak menjadikan pemikiran mereka sesat. Jadi, ٱلشَّيْطَٰنِ menghalang kita daripada mendapat akses kepada sumber kebenaran daripada Allah SWT dan ia memberi kuasa kepada إِبْلِيسَ. Kerana إِبْلِيسَ hanya boleh dikalahkan jika kita mempunyai hubungan yang baik dengan Allah SWT.

Dan mereka fikir mereka mendapat petunjuk yang betul mereka tidak mempersoalkan pilihan pendapat mereka sendiri kerana إِبْلِيسَ sangat aktif dan mereka sanggup menerima tanpa mempersoalkan.

{9b}

نفس وَٱلْجِنِّ مع ٱلشَّيْطَٰنِ

{Nafs al-Jin bersama Syaitan}


Jenis Nafs manusia yang paling teruk - نفس وَٱلْجِنِّ مع شَيَٰطِينَ - Nafs وَٱلْجِنِّ dengan Syaitan. Iaitu وَٱلْجِنِّ sebagaimana yang diterangkan dalam al Quran, :

Al-An'am 6:112

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِىٍّ عَدُوًّا شَيَٰطِينَ ٱلْإِنسِ وَٱلْجِنِّ يُوحِى بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ ٱلْقَوْلِ غُرُورًاۚ وَلَوْ شَآءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ 

Malay - Abdullah Muhammad Basmeih

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan -syaitan شَيَٰطِين-شَيَٰطِينَ, manusia ٱلْإِنسِ dan Jinn وَٱلْجِنِّ, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

dimana seorang manusia itu dia menderita akibat إِبْلِيسَ dan dia juga menderita akibat شَيَٰطِينَ.

Seperti dalam ilustrasi {9b} ini terdapat merah di seluruh tempat. Kita boleh lihat (bulatan terbesar) proses sedar sangat ternoda dengan kesan شَيَٰطِينَ. Apa berlaku, شَيَٰطِينَ telah melimpah ke kawasan إِبْلِيسَ. Dan aspek intelek penuh orang ini segala-galanya yang keluar dari kognisi intelektual adalah MERAH. Juga semua yang kembali ke dalam kognisi intelek adalah MERAH. Jadi terputus hubungan terus TIADA KAITAN dengan Ilahi. Orang ini berubah daripada teruk kepada lebih teruk dan dia menyebarkan kerosakan kepada ramai di sekeliling nya. Pada masa yang sama mereka semua berpikir beranggapan bahawa mereka mendapat petunjuk yang benar. 


Adakah terdapat syaitan dalam Al-Quran, seperti syaitan dalam Bible? 

Jawapan: Sama sekali Tidak! 

 

Syaitan adalah sebahagian daripada Nafs manusia, sebahagian daripada alam separa sedar. Ia mendorong manusia untuk menjauhkan diri daripada Rahmah Allah SWT. 

  

Al-Qiyamah 75:14 

Metodologi Organik Al Quran  

Abdullah Muhammad Basmeih  

 

بَلِ ٱلْإِنسَٰنُ عَلَىٰ نَفْسِهِۦ بَصِيرَةٌ 

Setiap manusia bertanggungjawab atas apa yang dilakukannya. 

Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, 

 

Jika ini bukan mesej yang disukai oleh kaum humanis di seluruh dunia maka saya tidak tahu apa yang mereka cari. 

  

Inilah tahap tertinggi manusia dimana Allah SWT mengajar kita dengan mendefinisikan konsep شَيَٰطِينَ dengan jelas. Dalam Al-Quran - شَيَٰطِينَ tidak membebaskan manusia daripada tanggungjawab nya; شَيَٰطِينَ adalah ٱلْخَنَّاسِ (yang menunggu-nunggu / bersembunyi) dan boleh dikalahkan.


Manusia boleh menang mengatasi syaitan. Allah SWT mengajar kamu dengan tepat bagaimana kamu boleh jatuh ke dalam perangkap شَيَٰطِينَ, dan bagaimana kamu boleh keluar dari perangkap شَيَٰطِينَ. 

  

Jadi setiap orang adalah bertanggungjawab atas tindakannya sendiri - بَلِ ٱلْإِنسَٰنُ عَلَىٰ نَفْسِهِۦ بَصِيرَةٌ

A Al-Qiyamah 75:15 

Metodologi Organik Al Quran  

Abdullah Muhammad Basmeih  


Tidak! "Insan" (lelaki yang dibimbing oleh Tuhan) adalah dominan terhadap pandangannya sendiri, walaupun dia memberi alasan. 

Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri). 

 

Al-Isra' 17:13 

Metodologi Organik Al Quran  

Abdullah Muhammad Basmeih  

 

وَكُلَّ إِنسَٰنٍ أَلْزَمْنَٰهُ طَٰٓئِرَهُۥ فِى عُنُقِهِۦۖ 

Dan Kami mewajibkan setiap Insaan kepada prospek (nasibnya sendiri) berdasarkan apa yang dia dukung, apa yang dia terima sebagai akidah {aqidah}, apa yang dia yakini. 

Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya). 

عُنُقِهِ - diterangkan dalam quran merujuk kepada kata kerja أناقة dan kita katakan تاناكا dia menerima agama dia menerima akidah. Jadi عُنُقِهِ adalah dari gerund yang sama - apa yang dia sokong apa yang dia percayai. Oleh itu, setiap orang berkewajipan untuk prospek nasibnya sendiri berdasarkan apa yang dia percaya dengan apa yang dia terima dari akidah. 

Pada dasarnya tiada siapa yang diberikan pas percuma. Orang yang paling tidak berpendidikan pun tidak diberikan pas percuma. Bagaimana piawaian penghakiman akan digunakan kepada mereka ini, Allah SWT mengetahui. Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, Jadi seseorang yang cacat mental dalam beberapa cara biologi Allah SWT tahu bagaimana untuk berurusan dengannya. Kita kena layan orang itu dengan cara yang terbaik. Kita perlu melayan SEMUA MANUSIA dengan cara yang terbaik, dengan mengandaikan mereka bermula sebagai bayi dan berkembang (seperti yang kita lihat dalam grafik di atas) tetapi akhirnya mereka bertanggungjawab atas tindakan mereka sendiri. 


TIADA perantara atau agen asing yang jahat, شَيَٰطِينَ ( kononnya ada شَيَٰطِينَ bertanduk berekor merah dan berbaju merah dsb. dsb. keluar dari neraka ) ..... semua imej ini yang benar-benar merosakkan konsep tanggungjawab peribadi yang Allah SWT ajarkan kepada kita semua sepanjang al Quran tentang konsep شَيَٰطِينَ. Jadi TIADA EJEN ASING YANG JAHAT asing bagi kita manusia, yang mempunyai apa-apa jenis kawalan ke atas mana-mana daripada kita. Seperti yang kita lihat dalam 2 ayat ini - Al-Qiyamah 75:14 dan Al-Qiyamah 75:15. 


Maka HANYALAH ada KAMU = DIRIMU, dan ALLAH SWT. Dan kamu tidak mempunyai sesiapa lagi untuk dipersalahkan atau untuk memberikan justifikasi bagi pihak diri kamu atau perlu membela kamu. Tiada siapa yang akan mahu mempertahankan kamu. Jangan salahkan إِبْلِيسَ Jangan salahkan شَيَٰطِينَ. Salahkan diri kamu sendiri. Kamu sendiri yang memilih menjadi ٱلْجِنِّ iaitu manusia yang mengikut telunjuk إِبْلِيسَ dan شَيَٰطِينَ .