Monday, June 20, 2022

APAKAH BUKTI BAHAWA TUHAN WUJUD?

APAKAH BUKTI BAHAWA TUHAN WUJUD?


Di dalam Al-Qur’an kita akan melihat bahawa wujud Allah yang diyakinkan kepada kita yang pertama melalui fitrah iman dan makhluk ciptaan-Nya:

Kepentingan mengenali Allah SWT adalah kerana daripadanya terbina Rukun Iman. Ia juga adalah hikmah dalam penciptaan.

Usaha manusia dicipta oleh Allah SWT

Firman Allah SWT:

As-Saffat 37:96

وَٱللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ 

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"


Allah SWT berfirman lagi:

Al-Ahqaf 46:14

أُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلْجَنَّةِ خَٰلِدِينَ فِيهَا جَزَآءًۢ بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ 

Merekalah ahli Syurga, tetap kekalah mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

Apabila adanya balasan atas segala perbuatan mereka maka Allah SWT adalah pencipta atas segala perbuatan mereka - 

 خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ  menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat.


Allah SWT berfirman :

As-Saffat 37:95

قَالَ أَتَعْبُدُونَ مَا تَنْحِتُونَ 

(Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: "Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?

Pada hakikatnya berhala-berhala adalah patung yang dipahat oleh mereka. Allah SWT merujuk kepada firman-Nya أَتَعْبُدُونَ مَا تَنْحِتُونَ
iaitu apa yang mereka sembah, pada hakikatnya bukanlah dimaksudkan dengan kayu yang digunakan oleh mereka yang dirujuk dengan firman-Nya   خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

Allah SWT berfirman :

Al-A'raf 7:117
وَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنْ أَلْقِ عَصَاكَۖ فَإِذَا هِىَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ 

Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!" Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).

Disini Allah SWT tidak bermaksudkan keadaan kepura-puraan mereka. Firman-Nya خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ merujuk kepada perbuatan mereka, iaitu perbuatan mengaburi sesuatu (membuat orang khayal berfikir bahawa iaitu ular hidup yang telah di telan) supaya berbeza dari hal yang sebenar. Dan khayalan itulah yang di telan oleh tongkat. Tidak harus pada hakikatnya mereka membuat ular dari kayu, mereka mahu orang berkhayal melihat bahawa itu adalah ular-ular yang hidup.

Maka tidak harus jadikan bahawa Allah SWT mengendaki dengan firman-Nya خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ kepada membuat kayu-kayu. Maka wajib Dia maksudkan kepada perbuatan seperti apa yang Dia maksudkan dengan firman-Nya - 
 فِيهَا جَزَآءًۢ بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ iaitu kepada perbuatan-perbuatan mereka. Sebenarnya apa yang dimaksudkan firman Allah SWT  مَا يَأْفِكُونَ  disini ialah sesungguhnya "bukan perbuatan penipuan mereka" iaitu tidak sama dengan maksud firman Allah SWT  خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ yang mana disitu merujuk kepada "perbuatan mereka"


Adh-Dhariyat 51:20

وَفِى ٱلْأَرْضِ ءَايَٰتٌ لِّلْمُوقِنِينَ

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

Allah SWT wujud. Kewujudan-Nya adalah benar. (tidak sebagaimana kelompok al-Dahriyyah al-Mu’attilah yang menyatakan bahawa alam ini wujud tanpa pencipta). 

Firman Allah SWT:

Al-Jasiyah 45:24

وَقَالُوا۟ مَا هِىَ إِلَّا حَيَاتُنَا ٱلدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَآ إِلَّا ٱلدَّهْرُۚ وَمَا لَهُم بِذَٰلِكَ مِنْ عِلْمٍۖ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ 

Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.

Menurut Imam al-Nasafi:

كانوا يزعمون أن مرور الأيام والليالي هو المؤثر في هلاك الأنفس وينكرون ملك الموت وقبضه الأرواح بإذن الله وكانوا يضيفون كل حادثة تحدث إلى الدهر والزمان وترى أشعارهم ناطقة بشكوى الزمان ومنه قوله عليه السلام لا تسبوا الدهر فإن الله هو الدهر أي فإن الله هو الآتي بالحوادث لا الدهر

Maksudnya: “Mereka mendakwa bahawa berlalunya siang dan malam adalah pemberi kesan kepada terhapusnya manusia. Mereka juga menolak malaikat maut dan roh dalam genggamannya dengan izin Allah SWT. Mereka menambah bahawa setiap yang baharu itu berkaitan dengan masa dan zaman. Kecenderungan mereka dilihat untuk bercakap-cakap tentang celaan kepada zaman. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW: Janganlah mencela masa, kerana sesungguhnya Allah SWT adalah (pengatur) masa.” atau sesungguhnya Allah SWT yang mendatangkan perkara-perkara baharu, bukan masa.”

Seorang Muslim wajib untuk mengenal Allah. Kewajiban pertama yang harus dilakukannya sebelum menjalankan kewajiban Islam lainnya

Imam Al-Baihaqi menghimpunkan beberapa ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan perkara ini. 

Antaranya:

Firman Allah SWT:

Muhammad 47:19

فَٱعْلَمْ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّه

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah


Hud 11:14
فَإِلَّمْ يَسْتَجِيبُوا۟ لَكُمْ فَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّمَآ أُنزِلَ بِعِلْمِ ٱللَّهِ وَأَن لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ فَهَلْ أَنتُم مُّسْلِمُونَ 

Oleh itu, jika mereka (penolong-penolong kamu) tidak dapat melaksanakan permintaan kamu (untuk membuat surah-surah yang sebanding dengan Al-Quran), maka ketahuilah bahawa Al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Setelah (terbukti hakikat yang demikian) maka adakah kamu mengakui Islam dan menurut aturannya?

Firman Allah SWT:

Al-Baqarah 2:136

قُولُوٓا۟ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَآ أُنزِلَ إِلَىٰٓ إِبْرَٰهِۦمَ وَإِسْمَٰعِيلَ وَإِسْحَٰقَ وَيَعْقُوبَ وَٱلْأَسْبَاطِ وَمَآ أُوتِىَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَآ أُوتِىَ ٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُۥ مُسْلِمُونَ

Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".

Dengan ayat-ayat ini, wajib untuk kita mengenal-Nya, mengiktiraf-Nya dan bersaksi dengan-Nya sebagaimana dinyatakan-Nya. (Lihat al-I’tiqad wa al-Hidayah ila Sabil al-Rashad, m, 19).

Wujud adalah ain mawjud , Zat itu sendiri , dan bukan sesuatu yang lain dari Zat. Tiada konsep ahwal (iaitu sesuatu yang berada di antara wujud dan tiada ‘adam). Sesuatu itu sama ada benar-benar ada atau tiada. Tidak ada sesuatu yang berada di pertengahan antara keduanya. (Lihat al-Luma` fī al-Radd Ahl al-Ziyagh wa al-Bida`, m. 30-33; Hashiyah al-Imam al-Bajurī `ala Jawharah al-Tawhīd, m. 106)

Sekurang-kurangnya menjadi kewajipan ke atas setiap mukallaf untuk mengetahui dan menyakini bahawa Allah SWT itu ada. Perbahasan ilmu akidah yang mendalam seperti wujud-Nya itu ‘Ain Zat atau bukan ‘Ain Zat tidaklah wajib untuk diketahui oleh orang awam. (Lihat Risalah al-Tauhid, m. 15)













Al-Baqarah 2:164

إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱخْتِلَٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ وَٱلْفُلْكِ ٱلَّتِى تَجْرِى فِى ٱلْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ ٱلنَّاسَ وَمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن مَّآءٍ فَأَحْيَا بِهِ ٱلْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ وَتَصْرِيفِ ٱلرِّيَٰحِ وَٱلسَّحَابِ ٱلْمُسَخَّرِ بَيْنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ 

 “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih berganti malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sesungguhnya itu adalah tanda-tanda (ke'esaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan” 


Aal-e-Imran 3:190

إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱخْتِلَٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ لَءَايَٰتٍ لِّأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;


Aal-e-Imran 3:191

ٱلَّذِينَ يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَٰطِلًا سُبْحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ 

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.


Ta Ha 20:49
قَالَ فَمَن رَّبُّكُمَا يَٰمُوسَىٰ

(Setelah mereka menyampaikan perintah Allah itu), Firaun berkata: "Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa?


Ta Ha 20:50
قَالَ رَبُّنَا ٱلَّذِىٓ أَعْطَىٰ كُلَّ شَىْءٍ خَلْقَهُۥ ثُمَّ هَدَىٰ 

Nabi Musa menjawab: "Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Ia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya".

Lebih rinci lagi Allah SWT menunjukkan bukti-bukti kesalahan kepercayaan orang-orang musyrik, sebagaimana firman-Nya

Al-Anbiya 21:22

لَوْ كَانَ فِيهِمَآ ءَالِهَةٌ إِلَّا ٱللَّهُ لَفَسَدَتَاۚ فَسُبْحَٰنَ ٱللَّهِ رَبِّ ٱلْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ 

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.


Al-Mu'minun 23:21

وَإِنَّ لَكُمْ فِى ٱلْأَنْعَٰمِ لَعِبْرَةًۖ نُّسْقِيكُم مِّمَّا فِى بُطُونِهَا وَلَكُمْ فِيهَا مَنَٰفِعُ كَثِيرَةٌ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.


Demikian pula Allah SWT menegaskan :

Al-Mu'minun 23:91

مَا ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ مِن وَلَدٍ وَمَا كَانَ مَعَهُۥ مِنْ إِلَٰهٍۚ إِذًا لَّذَهَبَ كُلُّ إِلَٰهٍۭ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلَا بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍۚ سُبْحَٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ 

Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.


Ash-Shu'ara' 26:23

قَالَ فِرْعَوْنُ وَمَا رَبُّ ٱلْعَٰلَمِينَ 

Firaun berkata (dengan sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?"


Ash-Shu'ara' 26:24

قَالَ رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَآۖ إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ 

Nabi Musa menjawab. "Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, - kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya".

At-Tur 52:35
أَمْ خُلِقُوا۟ مِنْ غَيْرِ شَىْءٍ أَمْ هُمُ ٱلْخَٰلِقُونَ
(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?


At-Tur 52:36
أَمْ خَلَقُوا۟ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَۚ بَل لَّا يُوقِنُونَ
Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya).



Inilah beberapa ayat dimana Allah SWT menuntut akal manusia untuk memikirkan penciptaan langit dan bumi dengan segala isinya yang sebenarnya bila akal setiap manusia mau berfikir, maka tidak akan ada yang mampu dilakukan oleh manusia kecuali harus menyatakan bahawa Allah adalah pencipta segalanya.

Rasionalenya bahawa secara fitrah, setiap manusia meyakini keberadaan wujud Allah, dan di samping itu melalui firman-firman-Nya Allah mengajak manusia untuk berfikir tentang penciptaan-Nya. Allah yang kita yakini adalah Dia yang Esa yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Esa dari segi Dzat, Sifat, dan juga dari segi aturan dan hukum.

Esa dari segi Dzat diantaranya dijelaskan dalam firman-Nya :

Al-Ikhlas 112:1-4
1) قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ 
(2) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ 
(3) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ 
(4) وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ 

(1) Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
(2) "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
(3) "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
(4) "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".


Kemudian dalam firman-Nya Allah SWT menegaskan :

Al-Baqarah 2:163
وَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحْمَٰنُ ٱلرَّحِيمُ 
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Jadi, kita sangat meyakini bahawa yang mengendalikan alam ini hanya Dia, Dia Esa tidak ada yang mendampingi dalam mengendalikan alam semesta alam ini.

Dia juga Esa dalam Rubbubiyyah, sifatnya sebagai Rabb (dalam hamdallah), sebagai pencipta, pemelihara, dan pendidik. Dia juga Esa dalam segi Uluhiyah, bererti Esa untuk diibadahi, artinya tidak dimungkinkan kita untuk beribadah kepada selain Allah, kerana Dia-lah yang menentukan kehidupan kita 

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Engkaulah sahaja (Ya Rabb) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.