BAB # 2 AL-QURAN
MUNAFIQUN DAN 1400 TAHUN ZAMAN KEGELAPAN ISLAM
Ciri-ciri Ajaib AL QURAN
https://youtu.be/JNDbtiHSp3M?si=bdn5km0Il8y4OpQF
MS66-2 Siapakah Ahl Uz-Zikr dalam Quran Ayat 16:43
BAB # 2 AL-QURAN
MUNAFIQUN DAN 1400 TAHUN ZAMAN KEGELAPAN ISLAM
Ciri-ciri Ajaib AL QURAN
https://youtu.be/JNDbtiHSp3M?si=bdn5km0Il8y4OpQF
MS66-2 Siapakah Ahl Uz-Zikr dalam Quran Ayat 16:43
BAB # 2 AL-QURAN
MUNAFIQUN DAN 1400 TAHUN ZAMAN KEGELAPAN ISLAM
Ciri-ciri Ajaib AL QURAN
https://youtu.be/bE9qSCeCHCk?si=j3bOwjcusXmlmHN0
MS66-1 Penawar yang indah untuk kealpaan! Peranan Kisah Al-Quran
BAB # 2 AL-QURAN
MUNAFIQUN DAN 1400 TAHUN ZAMAN KEGELAPAN ISLAM
Ciri-ciri Ajaib AL QURAN
YT65 Apakah yang Firaun lakukan kepada budak lelaki Israel?
*******************************
As-Saffat 37:99 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
وَقَالَ اِنِّيْ ذَاهِبٌ اِلٰي رَبِّيْ سَيَهْدِيْنِ
سَيَهْدِيْنِ | Dan dia berkata: "Sesungguhnya aku menuju (mencari) Tuhanku, Dia akan memberi petunjuk kepadaku!" | Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar). |
ertinya Allah akan memberi petunjuk kepadaku.
| ||
Bermula pada saat Ibrahim (as) meninggalkan kaumnya, dia menolak apa yang diyakini kaumnya dan apa yang disembah oleh kaumnya, dan dia berkata :-
اِنِّيْ ذَاهِبٌ اِلٰي رَبِّيْ "Sesungguhnya aku menuju kepada Tuhanku"
ertinya memohon petunjuk daripada Tuhanku, Dia akan memberi petunjuk kepadaku, ertinya banyak yang akan memberi petunjuk kepadaku
Dan Ibrahim berseru dengan berdoa:
As-Saffat 37:100 | Lokusi Ibrahim & Tafseel | Ibn Kathir |
رَبِّ هَبْ لِيْ مِنَ الصّٰلِحِيْنَ
|
(Ibrahim menyeru) "Ya Tuhanku, anugerahkan kepadaku (seorang atau lebih) dari orang-orang yang mengerjakan terminologi" (i.e. lokusi Ilahi)
|
" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" |
Perhatikan tiada nama jelas disebut - siapakah pemuda itu?
As-Saffat 37:101 | Lokusi Ibrahim & Tafseel | Ibn Kathir |
فَبَشَّرْنٰهُ بِغُلٰمٍ حَلِيْمٍ
|
Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang lelaki yang penyabar
|
Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar. |
Pemuda ini sudah cukup dewasa di mana dia mampu bekerja keras meneliti kitab Ibrahim (Al-Quran memberitahu terdapat kitab suci صحف ابراهيم dimiliki Ibrahim a.s.).
Maka tatkala Ibrahim maju, pemuda ini turut maju dalam latihannya hingga mencapai tahap السعي tahap jerih payah mentelaah kitab, : “Dan tatkala dia sampai kepada umur berlari, Ibrahim berkata kepada pemuda itu : -
As-Saffat 37:102 | Lokusi Ibrahim & Tafseel | Ibn Kathir |
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ
|
Dan apabila dia (pemuda itu) maju (dalam latihannya) bersamanya tahap jerih payah (dalam kitab) | Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, |
As-Saffat 37:102 | Lokusi Ibrahim & Tafseel | Ibn Kathir |
قَالَ يٰبُنَيَّ اِنِّيْۤ اَرٰي فِي الْمَنَامِ اَنِّيْۤ اَذْبَحُكَ | (Ibrahim) berkata (kepada pemuda itu - (sebagai latihan mengajar) "Wahai anakku! Aku melihat dalam mimpi bahawa aku membuat sayatan (atau luka) padamu. | Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; |
Perkataan اَذْبَحُكَ (dari akar ذْبَحُ) diterjemahkan secara tradisi sebagai "sembelih" - memotong kerongkong, itulah penggunaan tipikal perkataan itu.
Tetapi makna asal perkataan ذْبَحُ khusus bererti menghiris.
Merujuk leksikon lama لسان العرب atau yang lain, perkataan asal ذْبَحُ bermaksud “membuat hirisan kecil”, luka kecil pada kulit atau sesuatu permukaan.
Maksud asal perkataan ذبح (hirisan) patut dikekalkan dalam اِنِّيْۤ اَرٰي فِي الْمَنَامِ اَنِّيْۤ اَذْبَحُكَ .
فَانْظُرْ مَاذَا تَرٰي ؕ |
jadi, renungkanlah! |
maka fikirkanlah apa pendapatmu?".
|
Jadi, dia berkata فَانْظُرْ - "renungkan" - فَانْظُرْ biasa digunakan dalam Al-Quran - renung, fikir, nilai, selidik - semua makna ini sebahagian dari kata kerja فَانْظُرْ. Ayat ini mengajar bahawa pemuda itu telah sampai ke tahap السعي “tahap latihannya” dengan Ibrahim.
Mengapa kita kata Ibrahim melatihnya?
Kerana dia berdoa, رَبِّ هَبْ لِيْ مِنَ الصّٰلِحِيْنَ "Ya Tuhanku, anugerahkan kepadaku dari kalangan orang-orang yang soleh," daripada mereka yang mentelaah peristilahan (leksikon Ilahi).
Apabila dia mencapai tahap السعي, Ibrahim a.s. memberitahu nya:- اِنِّيْۤ اَرٰي فِي الْمَنَامِ اَنِّيْۤ اَذْبَحُكَ "Saya bermimpi di mana saya sedang menghiris - renungkanlah - مَاذَا تَرٰي ؕ apa pendapat, apa anda lihat? Itulah sebenarnya kata Ibrahim kepada pemuda itu.
Perkataan بِغُلٰمٍ dalam As-Saffat 37:101 secara tradisi ditafsirkan = "seorang budak lelaki"
Tetapi tidak semestinya demikian kerana cara Ibrahim bertanyakan pendapatnya bermakna dia sekurang-kurangnya dalam usia mampu menyatakan pendapat tulen sesuatu yang cukup serius untuk memberikan pendapat yang sah sedemikian.
Oleh itu Ibrahim sedang berucap kepada "seorang pemuda"
قَالَ يٰۤاَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۫ |
“Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu
|
Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; |
سَتَجِدُنِيْۤ اِنْ شَآءَ اللّٰهُ مِنَ الصّٰبِرِيْنَ |
Kamu akan mendapati aku (insyaAllah) termasuk orang-orang yang sabar"
|
Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". |
Mengapa pemuda itu gunakan perkataan تُؤْمَرُ، sebab dia faham persepsi mimpi Ibrahim adalah sejenis وحي (perintah). Mimpi adalah sebahagian dari وحي (Hadis Sahih)
وحي bukan mekanisme wahyu, ia mengandungi perintah sebenar untuk para nabi dan rasul dengan petunjuk khusus, perintah khusus, perkara khusus yang harus mereka laksanakan.
Pemuda itu memahami ini dan dia berkata :-
قَالَ يٰۤاَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۫ "Lakukan seperti yang diperintahkan kepadamu" kerana dia memahami ini sebagai وحي
الصابرين - Konsep tepat ciri (الصالحين) orang yang sabar mengerjakan ayat-ayat suci atau khutbah kitab suci dengan metodologi. dimana metodologi memerlukan kita mempunyai banyak kesabaran الصابرين . Oleh itu الصابرين = salah satu ciri-ciri الصالحين.
الصالحين mereka yang mengerjakan terminologi, leksikon ketuhanan dalam kitab suci.
As-Saffat 37:103 :-
Kita tidak sepatutnya menganggap apa sahaja difahami Ibrahim a.s. serta-merta adalah وحي info arahan betul.
Dia membawa maklumat mentah melalui mimpi dan terus mendedahkannya kepada pemuda itu yang kemudian nya menambah tafsirannya sendiri iaitu "teruskan sembelih saya", ini serius malangnya Ibrahim bersetuju!
Perkataan أسلما ialah kata kerja Allah (SWT) gunakan untuk menggambarkan dua individu (Ibrahim dan pemuda yang tunduk). Dikatakan apabila mereka berdua tunduk kepada tekad bahawa Ibrahim harus menyembelih pemuda itu. Kata kerja ذْبَحُكَ pada asalnya tidak bermaksud memenggal leher (sebagaimana mereka tafsirkan). Tetapi begitulah mereka memahaminya terutama pendapat dari pemuda itu.
Impian asalnya spesifik untuk Ibrahim; وحي itu adalah untuk Ibrahim (as). Tetapi Ibrahim terus berkongsi dengan pemuda itu. Pemuda itu memberikan pendapatnya maka Ibrahim menerima pendapat itu.
(Berhenti, dan fikir adakah ini betul atau salah di pihak Ibrahim?)
As-Saffat 37:103 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
فَلَمَّاۤ اَسْلَمَا وَتَلَّهٗ لِلْجَبِيْنِ | Dan tatkala keduanya telah berserah diri (dengan tekad bahawa Ibrahim harus menyembelih pemuda itu), lalu Ibrahim menumbuk dahinya (pemuda itu dengan batu) وَتَلَّهٗ لِلْجَبِيْنِ (supaya dia pengsan). | Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), |
Ibrahim a.s. menghempaskan batu وَتَلَّهٗ لِلْجَبِيْنِ pada dahi pemuda itu menyebabkan dia jatuh pengsan "sebelum disembelih".
Jadi dia sebenarnya sedang meneruskan proses penyembelihan berdasarkan apa?
Bukan berdasarkan mimpi asal, tetapi berdasarkan pendapat pemuda itu يٰۤاَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ Ibrahim a.s. awalnya tidak berniat melakukan begitu.
Apa berlaku seterusnya?
As-Saffat 37:104 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
وَنَادَيْنٰهُ اَنْ يّٰۤاِبْرٰهِيْمُ | Dan kemudian Kami menyerunya (Ibrahim), secara tidak langsung (iaitu melalui malaikat) "Wahai Ibrahim! (Berhenti!) | Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!
|
Malaikat masuk campur. Kami menyerunya "Ibrahim!". Malaikat memanggilnya secara tidak langsung (sebab ada اَنْ) "Wahai Ibrahim! Berhenti!" Bagaimana kita tahu Ibrahim disuruh berhenti?
Ayat itu sendiri menghentikan wacana itu tepat di tengah-tengah ayat, وَنَادَيْنٰهُ اَنْ يّٰۤاِبْرٰهِيْمُ Kami memanggilnya.. Wahai Ibrahim! Berhenti !. Ayat berhenti disini. Jadi Allah SWT memberitahu ada noktah di sini يّٰۤاِبْرٰهِيْمُ seolah-olah seseorang memanggilnya "Berhenti! Perhatikan! Ini adalah sesuatu yang sangat penting anda tidak faham Ya Ibrahim".
"Kamu telah (salah) bersetuju dengan pendapat (pemuda yang tidak bermimpi, yang bukan penerima وحي'!). وحي' itu bukan kepada pemuda itu. وحي' itu adalah untuk kamu".
Ayat sepenuhnya patut dibaca gabungan وَنَادَيْنٰهُ اَنْ يّٰۤاِبْرٰهِيْمُ ۙ As-Saffat 37:104 dan bahagian awal As-Saffat 37:105 قَدْ صَدَّقْتَ الرُّءْيَا ۚ menjadikannya وَنَادَيْنٰهُ اَنْ يّٰۤاِبْرٰهِيْمُ ۙۚ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّءْيَا ۚ.
As-Saffat 37:105 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
قَدْ صَدَّقْتَ الرُّءْيَا ۚ
اِنَّا كَذٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِيْنَ | Anda telah (salah) bersetuju dengan pendapat (pemuda yang tidak bermimpi dan bukan penerima"وحي') (dan وحي itu bukan hak nya, anda sepatutnya memikirkannya sebelum bertindak) dan sesungguhnya dengan cara ini Kami memberi balasan kepada mereka yang mencari pandangan yang tersembunyi. (dengan نسخ iaitu pembersihan weltanschauung Ibrahim) | "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu".
Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. |
Konsep nasekh نسخ, berkaitan bagaimana Allah (SWT) membetulkan skema dan weltanschauung para nabi dan rasul (dan selanjut nya pada kita), dengan memberikan maklumat pembetulan melalui pelbagai cara yang berbeza, salah satu cara melalui mimpi..
Istilah Lissan Ibrahim, lokusi Abraham diajarkan kepada nabi Ibrahim a.s. Allah (SWT) mendedahkan Ibrahim pada istilah leksikon Ilahi tertentu. Allah (SWT) mengajar, mendedahkan Ibrahim kepada كلمات leksikon ketuhanan secara berterusan dan menyempurnakannya. Allah memastikan Ibrahim memahami nya dengan sempurna .. dan oleh itu Al-As-Saffat 37:102 adalah contoh bagaimana Allah SWT menyempurnakan leksikon ini untuk Ibrahim
Al-Baqarah 2:124 - ابْتَلٰۤي اِبْرٰهٖمَ رَبُّهٗ بِكَلِمٰتٍ فَاَتَمَّهُنَّ ؕ dan Tuhannya menguji Ibrahim dengan beberapa kalimat, lalu dia menunaikannya. .
Dia memberinya وحي dalam mimpi: "Saya melihat dalam mimpi bahawa saya menyembelih kamu" dan kata kerja اَذْبَحُكَ membawa kedua-dua makna (sayatan kecil dan menyembelih). Maka Ibrahim mengambil maksud "Saya mengorbankan kamu" اَنِّيْۤ اَذْبَحُكَ sembelih itu dan menyatakannya dengan cara yang tidak meninggalkan pilihan bagi pemuda itu, selain berkata "Saya menyerah". افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۫Lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu.
Dan kemudian "mereka berdua menyerah diri" tetapi idea untuk tindakan Ibrahim seterusnya tercetus daripada pendapat pemuda ituافْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۫.
Maka itulah sebabnya malaikat mengganggu dan menghalang Ibrahim.
“Dan Kami menyerunya, ‘Wahai Ibrahim!
"Ya Ibrahim! Berhentilah! Kamu telah mempercayai penglihatan mimpi itu. Kamu telah salah bersetuju dengan pendapat orang muda itu dan وحي itu bukan untuk pemuda itu, tetapi untuk kamu hendaklah kamu memikirkannya sebelum bertindak.
Allah (SWT) memberitahu kita apabila malaikat masuk campur terus menghalang Ibrahim dari membunuh pemuda itu, begitulah Allah (SWT) memberi ganjaran atau balasan kepada mereka yang mencari pandangan yang tersembunyi.
Sesungguhnya demikian dengan نسخ Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. membatalkan ayat-ayat dalam Weltanschauung Ibrahim. Kami mencari balasan yang tersembunyi di dalam pandangan Ibrahim.
Jadi, ada dua maklumat di sini pertama al muhsineen dan ingat kita bercakap tentang Hasan dan Ihsan, itu bermakna kebenaran yang tersembunyi. Kebenaran yang ada dalam diri. Jadi ahsan al qasas ialah kisah-kisah kebenaran yang tersembunyi di dalamnya.
Oleh itu, al muhsinin adalah mereka yang ekstrak kebenaran yang tersembunyi ini, sama seperti shaliheen, sama seperti sabirin, Al Muttaqeen. Semua ini adalah deskriptif yang berbeza bagi kumpulan orang yang sama.
Jadi, Allah (SWT) berfirman jika kamu termasuk orang-orang مُحْسِنِ (jelas kamu Ibrahim adalah مُحْسِنِ), Kami akan menghalang kamu meneruskan perbuatan berdasarkan tafsiran yang salah, اِنَّا كَذٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِيْنَ Kami akan menghalang kamu dan kami akan membetulkan kamu.
As-Saffat 37:106 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
اِنَّ هٰذَا لَهُوَ الْبَلٰٓـؤُا الْمُبِيْنُ | Sesungguhnya ini (iaitu panggilan oleh Malaikat) adalah (jalan) pendedahan yang jelas | Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; |
"Ini adalah cara eksplisit untuk mendedahkan maklumat kepada anda"
Bukan hanya secara tidak langsung melalui mimpi atau semacam cetusan yang menyebabkan dia berzikra seperti yang kita lihat sebelum ini. Ia adalah konfrontasi terus – Ibrahim! Berhenti! Malaikat datang terus kepadanya, maka ia adalah balaa' بلؤا - pendedahan dan ia adalah مبين - Ia adalah eksplisit ia langsung; ia tidak halus, ia sangat terus terang, sangat jelas sehingga mereka menghalangnya.
Perkataan اَنْ - As-Saffat 37:104 benar-benar tidak perlu jika mengikut peraturan Arab lazim jadi ayat itu boleh dinyatakan وَنَادَيْنٰهُ يّٰۤاِبْرٰهِيْمُ ۙ tetapi Allah SWT dalam teks Al-Quran menambahkan perkataan اَنْ kerana Allah mengajar kita bahawa seruan Allah itu bukan secara langsung dari Allah tetapi melalui perantaraan malaikat yang memanggil Nabi Ibrahim secara tidak langsung. Jadi kena tambah اَنْ "secara tidak langsung" bermaksud melalui malaikat, jika anda tidak tambah perkataan ini "secara tidak langsung" anda terlepas satu konsep yang sangat penting tentang apa yang Al-Quran katakan.
Dan orang-orang yang membaca tafsiran dan terjemahan mereka melewatkan اَنْ ini, tidak memahami tujuannya dan kerana itu mereka menganggapnya luaran dan kerana itu mereka mengingkari firman Allah SWT.
As-Saffat 37:107 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
وَفَدَيْنٰهُ بِذِبْحٍ عَظِيْمٍ | Dan Kami tebus dia (iaitu pemuda itu) dengan hirisan yang berleluasa | Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; |
Sekarang fahami bahawa mimpi asal adalah mengenai kata kerja َذْبَحُ , kita tidak tahu sama ada mimpi asal itu termasuk penglihatan sendiri Ibrahim mengambil pisau ke kerongkong atau termasuk dia mendengar kata kerja ذْبَحُ. Kita tidak tahu kerana kedua-duanya mungkin dalam mimpi anda mendengar seseorang memberitahu anda harus menyembelih anak (implikasi kata kerja) ذْبَحُ.
Ia tidak semestinya bermaksud adegan fizikal mengambil pisau ke kerongkong اَرٰي فِي bermaksud saya melihat dalam mimpi - medium visual.
Allah menyempurnakan kata kerja بِذِبْحٍ atau kata nama َذْبَحُ diterjemahkan kepada hirisan dan begitulah cara kita memahami kata kerja ini di sini atau kata nama ini.
Sekarang, hirisan ذْبَحُ apa ini? Kebanyakan penterjemah dan pentafsir menterjemah perkataan ini seekor domba jantan besar yang diturunkan dari langit di mana Allah (SWT) menggantikan anak muda itu dengan domba jantan . Ayat As-Saffat 37:107 sama sekali tidak menyebut domba jantan.
Begitulah adanya pentafsir menokok tambah maklumat al-Quran mengubah suai firman Allah SWT itu. Al-Quran tidak mengatakan apa-apa tentang seekor domba jantan.
Ayat tersebut mengatakan ذبح = hirisan. Itu sahaja, dan hirisan kecil dan ia bukan hirisan besar. Kerana apabila menambah كسرة pada kata kerja za ba ha ia menjadi ذبح (zibh) ia adalah hirisan kecil.
Jadi, Kami menebus pemuda ini dengan hirisan عظيم perkataan عظيم bermaksud berleluasa (rujuk kisah ratu Syeba).
As-Saffat 37:108 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْاٰخِرِيْنَ | Dan Kami jadikan ia (penyayatan yang berleluasa) sebagai amalan yang di atasnya semua pengikut (mesti ikuti) | Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: |
Jadi, sesuatu yang lazim disifatkan dalam al-Quran sebagai عظيم dan para pemimpin disifatkan sebagai عظام yang bentuk jamak dari عظيم lazimnya.
عَلَيْهِ As-Saffat 37:108 ini merujuk kepada ذبح - sayatan berleluasa ini "Kami menyimpan sayatan ini sebagai satu amalan yang mana semua pengikut terkemudian mesti melakukannya".
Ini jelas menggambarkan pengikut Ibrahim dan Ishak.
Dalam kisah ini, seorang dari mereka adalah ٱلْمُحْسِنِينَ dan seorang ظَالِمٌ لِّنَفْسِهٖ. (individu mencari pandangan tersembunyi) dan mungkin individu yang sama juga (Ibrahim) melanggar dirinya sendiri اَسْرَفُوْا عَلٰۤي اَنْفُسِهِمْ (dia mengambil sesuatu yang ditakdirkan untuknya tetapi mengongsinya dengan pendapat orang lain).
Ini adalah petunjuk Allah (SWT) yang sangat halus, terlalu sopan untuk melabel Ibrahim secara langsung dengan اَسْرَفُوْا عَلٰۤي اَنْفُسِهِمْ ini, tetapi ini adalah petunjuknya. Allah (SWT) memberitahu kita bukan sahaja untuk Ibrahim dan Ishak tetapi juga untuk warga pengikut mereka.
Ingat, keseluruhan cerita ini tiada kaitan dengan kambing jantan atau penyembelihan kambing atau melakukan ibadah korban hari raya. Tiada kaitan.
Ia secara tegas bercakap tentang bagaimana Ibrahim diberi tanda-tanda, bagaimana Allah (SWT) mendedahkan maklumat itu kepada Ibrahim dan bagaimana Ibrahim membuat kesilapan yang sangat mudah dengan cuba membawa maklumat tambahan ke dalam proses memahami وحي, bukan merenungkan tanda-tanda dalam dirinya.
Ini adalah keseluruhan cerita. Cerita ini eksklusif mengenai isu ini, dan itulah sebabnya Allah (SWT) meletakkan kesimpulan begini.
Sekarang, semuanya masuk akal. Jadi ceritanya bukanlah tentang seekor domba jantan atau Allah mempermainkan Ibrahim mencubanya melihat jika dia sanggup membunuh anaknya sendiri. Allah tidak sekejam itu, Allah (SWT jauh lebih penyayang daripada ini tetapi masalahnya Ibrahim salah faham satu aspek kecil proses penerimaan hidayah dan dia berkongsi maklumat mimpi dengan pemuda itu, dan pemuda memberikan pendapatnya, Ibrahim menerima pendapat itu pula tanpa berfikir panjang, dan di situlah Allah (SWT) menghalangnya dan di situlah Allah (SWT) mengizinkan campur tangan Malaikat bagi menghalang syaitan masuk untuk mengubah skema Ibrahim.
As-Saffat 37:109 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
سَلٰمٌ عَلٰۤي اِبْرٰهِيْمَ | (Pendedahan impian asal Kami kepada Ibrahim adalah secara eksklusif) Salam Sejahtera ke atas Ibrahim | "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!" |
سَلٰمٌ عَلٰۤي اِبْرٰهِيْمَ adalah unik. Ia dimaksudkan untuk Ibrahim sahaja ia tidak menyebut dia harus berkongsi dengan pemuda itu dan itu memberitahu kita ia merujuk kepada wahyu mimpi asal khusus untuk Ibrahim secara eksklusif.
Ibrahim sudah tahap ٱلْمُحْسِنِينَ. Pemuda itu masih belum sampai ka peringkat itu. Dia masih dalam latihan, menuju ke arah itu dan hampir sampai َلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ ke tahap di mana dia melakukan kerja keras menyelidik kitab suci.
Jadi Ibrahim (berfikir baik-baik saja) untuk berkongsi maklumat itu dengan pemuda itu. Tetapi maklumat itu direka hanya untuk Ibrahim.
Sekarang kita belajar konsep baru dengan perkataan سَلٰمٌ سَلٰمٌ .
سَلٰمٌ merujuk kepada jenis hidayah khusus yang Allah SWT berikan kepada orang-orang tertentu khususnya ٱلْمُحْسِنِينَ . Salah satu cara itu adalah melalui mimpi.
Mimpi harus ditafsirkan menggunakan istilah yang diungkapkan, dan kemudian untuk kita renungkan dan fikirkan adakah kita mengambil mimpi itu dengan tepat atau mimpi itu sepatutnya mengubah skema kita untuk mengubah weltanschauung kita. Dan selepas muhasabah dan selepas zikra mungkin kita belajar lebih banyak tentang mimpi yang cuba mengajar kita.
As-Saffat 37:110 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
َذٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِيْنَ | Dengan cara itu (iaitu cara menyediakan wahyu yang asli, eksklusif, impian) adalah Kita memberi balasan kepada mereka yang mencari wawasan yang terselindung | Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. |
As-Saffat 37:111 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
اِنَّهٗ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِيْنَ | Sesungguhnya dia termasuk orang-orang musafir kami yang beriman | Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. |
Dia adalah kalangan orang-orang musafir yang beriman, pencari yang beriman yang mengajar kita.
As-Saffat 37:112 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
وَبَشَّرْنٰهُ بِاِسْحٰقَ نَبِيًّا مِّنَ الصّٰلِحِيْنَ | Dan (kemudian) kami memberi khabar gembira kepadanya tentang Ishak menjadi nabi di antara mereka yang mengerjakan terminologi (iaitu leksikon Ilahi) | Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh. |
Ingat doa asal: As-Saffat 37:100 رَبِّ هَبْ لِيْ مِنَ الصّٰلِحِيْنَ (Ibrahim menyeru) “Ya Tuhanku, anugerahkan kepadaku (seorang atau lebih) dari orang-orang yang mengerjakan terminologi” (yakni lokusi Ilahi)
Ibrahim tergesa-gesa : (ingatlah: Al-Hajj 22:52) وَمَاۤ اَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَّسُوْلٍ وَّلَا نَبِيٍّ اِلَّاۤ اِذَا تَمَنّٰۤي “Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul dan nabi pun, melainkan apabila dia menghendaki”, اَلْقَي الشَّيْطٰنُ فِيْۤ اُمْنِيَّتِهٖ ۚ dan, "syaitan datang dan menyelitkan dalam skemanya", syaitan pun melemparkan (hasutannya terhadap usaha Rasul/Nabi itu mecapai) keinginannya itu .
Allah SWT mengajar, Ibrahim berangan-angan, sedang merindui seseorang الصّٰلِحِيْنَ dan dia melihat pada diri pemuda itu sudah bersedia lalu dia berkongsi maklumat dengannya, dan pendapat yang datang dari pemuda itu tidak semestinya betul.
Inilah sebenarnya yang berlaku di sini. Jadi, Allah sedang mengajar kita
As-Saffat 37:109 سَلٰمٌ عَلٰۤي اِبْرٰهِيْمَ "wahyu mimpi itu adalah milik Ibrahim semata-mata" danSesungguhnya dia adalah seorang yang beriman tidak ragu lagi Ishak tidak mempunyai ciri syirik. Allah (SWT) menjaga nama baik Ibrahim a.s.. Kemudian dia (Ishak) menjadi seorang nabi dari kalangan mereka yang mengerjakan leksikon Ilahi seperti yang diingini oleh Ibrahim sejak awalnya.
وَبٰرَكْنَا عَلَيْهِ وَعَلٰۤي اِسْحٰقَ ؕ وَمِنْ ذُرِّيَّتِهِمَا مُحْسِنٌ وَّظَالِمٌ لِّنَفْسِهٖ مُبِيْنٌ
As-Saffat 37:113 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
وَمِنْ ذُرِّيَّتِهِمَا مُحْسِنٌ وَّظَالِمٌ لِّنَفْسِهٖ
وَبٰرَكْنَا عَلَيْهِ وَعَلٰۤي اِسْحٰقَ ؕ
مُبِيْنٌ | Dan (walaupun) di antara anak cucu mereka (Ibrahim dan Ishak) yang mencari ilmu tersembunyi dan juga ada yang melampaui batas terhadap diri sendiri. Kami memberkati jalan Ibrahim dan Ishak dengan banyaknya, (dan nikmat Kami yang melimpah-limpah itu berupa kitab yang) menerangkan. | dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri. Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; |
Ungkapan مُحْسِنٌ وَّذَالِمٌ لِنَفْسِهٖ ini sangat unik kerana dalam ayat Fatir 35:32 Allah SWT memberitahu kita bahawa orang yang mewarisi Kitab ada kalangan hamba-hamba yang مُحْسِنٌ, ada yang berlaku zalem pada diri sendiri وَّظَالِمٌ لِّنَفْسِهٖ; dan ada juga mereka yang وَمِنْهُمْ مُّقْتَصِدٌ ۚ(sederhana) dan ada yang وَمِنْهُمْ سَابِقٌۢ بِالْخَيْرٰتِ ِ(yang mendahului dalam berbuat kebaikan)
Ini jelas menggambarkan وَمِنْ ذُرِّيَّتِهِمَا (pengikut Ibrahim dan Ishak) jadi dalam ayat As-Saffat 37:113 Allah SWT memberitahu kita وَمِنْ ذُرِّيَّتِهِمَا مُحْسِنٌ وَّظَالِمٌ لِّنَفْسِهٖ Dan (walaupun) di antara ذُرِّيَّتِهِمَا anak cucu mereka (Ibrahim dan Ishak ) ada yang مُحْسِنٌ (mencari ilmu yang tersembunyi) ada juga وَّظَالِمٌ لِّنَفْسِه yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri
Mengapa Allah SWT berhenti dan tidak mengatakan وَمِنْهُمْ سَابِقٌۢ بِالْخَيْرٰتِ (yang mendahului orang lain dalam berbuat kebaikan) kerana kedua-dua kategori ini مُحْسِنٌ (orang yang mencari pandangan yang tersembunyi) dan terdapat individu lain yang وَّظَالِمٌ لِّنَفْسِه melampaui batas terhadap diri mereka sendiri.
Jadi siapakah orang yang وَّظَالِمٌ لِّنَفْسِه melampaui batas terhadap dirinya dalam kes ini?
Allah SWT memberi kita petunjuk yang sangat halus bahawa bukan sahaja dalam pengikut mereka (Ibrahim dan Ishak) terdapat dua kategori ini tetapi dalam kisah ini satu daripadanya adalah مُحْسِنٌ dan satu lagi adalah وَّظَالِمٌ لِّنَفْسِهٖ. Seorang individu mencari pandangan yang tersembunyi dan mungkin individu yang sama juga melanggar dirinya sendiri bermakna dia mengambil sesuatu yang dimaksudkan untuknya dan berkongsi dan memasukkannya pada pendapat orang lain (jadi tidak membenarkan Allah SWT menjadi sumber pengesahan eksklusif mengenai tanda itu). Ini adalah petunjuk yang sangat halus Allah SWT terlalu sopan untuk melabelkan Ibrahim secara langsung dengan وَمِنْهُمْ سَابِقٌۢ بِالْخَيْرٰتِ (yang mendahului amal kebaikan).
Tetapi inilah petunjuk Allah SWT memberitahu kita bukan sahaja untuk Ibrahim dan Ishak tetapi juga pengikut mereka.
[Klausa ini وَمِنْ ذُرِّيَّتِهِمَا مُحْسِنٌ وَّظَالِمٌ لِّنَفْسِهٖ adalah pernyataan kurungan kita perlu mengubah kedudukannya agar masuk akal apabila kita menterjemahkan nya ke dalam bahasa Inggeris kita perlu meletakkan nya di permulaan ayat, jika tidak ia tidak masuk akal.]
Maka وَبٰرَكْنَا عَلَيْهِ وَعَلٰۤي اِسْحٰقَ ؕ Kami memberkatinya Ibrahim dan Ishaq dengan melimpah-limpahnya atas jalan pencarian mereka (Ibrahim dan Ishaq).
Ingat, keseluruhan cerita ini tiada kaitan dengan domba jantan atau menyembelih kambing atau ada kaitan dengan melakukan korban untuk hari raya ia tidak ada kena mengena langsung.
Ia secara tegas bercakap tentang bagaimana Ibrahim diberikan tanda-tanda, bagaimana Allah SWT mendedahkan maklumat itu kepada Ibrahim dan bagaimana Ibrahim melakukan kesilapan yang sangat mudah dengan cuba membawa maklumat tambahan ke dalam proses memahami tanda-tanda dan bukannya merenungkannya dan tanda-tanda dalam dirinya. Ini adalah keseluruhan cerita. Ceritanya hanya secara eksklusif mengenai isu ini dan kerana itulah Allah SWT meletakkan kesimpulan ini.
Sebenarnya, مُبِيْنٌ adalah ayat yang lengkap, جملة اسمية dalam bahasa Arab.
Perkataan مُبِيْنٌ tidak sesuai dengan ظَالِمٌ لِّنَفْسِهٖ Jadi, perkataan مُبِيْنٌ tidak mungkin menjadi istilah deskriptif yang datang selepas ظَالِمٌ لِّنَفْسِهٖ dan oleh itu, kita perlu menghiris ayat itu kepada tiga bahagian. Apakah perkataan مُبِيْنٌ?
Pembaca Al-Quran secara tetap tahu bahawa مُبِيْنٌ adalah penerangan tentang Al-Quran itu sendiri. Al-Quran itu sendiri ialah kitab مُبِيْنٌ. Oleh itu, Allah (SWT) berfirman di atas jalan Ibrahim dan di atas jalan Ishak, وَبٰرَكْنَا عَلَيْهِ وَعَلٰۤي اِسْحٰقَ ؕ "Kami telah memberikan rahmat yang melimpah-limpah". Apakah kelimpahan nikmat itu?
Apakah َبٰرَكْنَا itu?
Ia adalah penyingkap. Apakah yang mendedahkan itu? Ia adalah kitab suci yang berada dalam jangkauan kita, iaitu Al-Quran itu sendiri.
Yang memberi kita petunjuk baru sekarang yang bermaksud orang yang membawa kita Al-Quran, nabi Muhammad (SAW) adalah keturunan Ibrahim dan Ishak dan ini adalah satu kejutan besar, dan ia benar-benar didedahkan di sini dalam ayat ini.
Dan sekali lagi, ini adalah sesuatu yang anda tidak pernah dengar daripada orang lain :
Apabila kita bercakap tentang Zul Qarnayn, kita bercakap tentang dua nasab, nasab Ishak adalah salah satu daripada dua nasab nabi Muhammad (SAW) dan وَمِنْ ذُرِّيَّتِهِمَا adalah buktinya di sini, Nabi Muhammad (SAW) adalah keturunan Ibrahim dan Ishak.
Ia juga merupakan bukti bahawa "lelaki muda" yang terlibat dalam keseluruhan cerita ini adalah Ishak sendiri seperti yang telah kita lihat. Ia sangat jelas, sangat jelas, tiada cara untuk memperkenalkan orang lain. Saya tidak akan menggunakan mana-mana nama lain, kerana kisah dalam Al-Quran sangat jelas melainkan anda membawa sesuatu dari luar Al-Quran dan cuba menindihnya ke perenggan ini dari al-Quran anda tidak akan dapat membuat kesimpulan lain selain daripada Ishak.
Ishak adalah orang yang terlibat dalam cerita ini.
Ibrahim berdoa Shu'ara' ini 26:84: وَاجْعَلْ لِّيْ لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْاٰخِرِيْن "Berilah aku reputasi yang benar di antara generasi yang kemudian
Allah (SWT) tidak akan memberitahu kita tentang seseorang yang melakukan Doa melainkan Doa itu dipenuhi. Ini adalah peraturan umum jika tidak, Duaa akan menjadi luar biasa,
Allah (SWT) memberitahu Doa Ibrahim a.s. untuk mengajar kita bahawa لِسَانَ صِدْقٍ Doa itu telah dipenuhi, sama ada dalam Taurat asal atau dalam al-Quran.
Lokusi Ibrahim diasaskan dari Duaa ini. Semua cerita dan kebanyakan ayat-ayat al-Quran menggunakan lokusi Ibrahim. Ia adalah lokusi kebenaran Al-Quran sendiri.
Al-Quran sendiri digambarkan sebagai kebenaran.
Lokusi yang terdapat dalam Al-Quran لِسَانَ صِدْقٍ adalah memenuhi Doa yang dibuat oleh Ibrahim. Oleh itu, kedudukan Ibrahim telah diasaskan dalam Duaa Asy-Syu'ara' 26:84 "berikanlah kepadaku reputasi yang benar di antara generasi-generasi yang kemudian".
Maryam 19:50 وَوَهَبْنَا لَهُمْ مِّنْ رَّحْمَتِنَا وَجَعَلْنَا لَهُمْ لِسَانَ صِدْقٍ عَلِيًّ
Dan Kami anugerahkan kepada mereka
(Ibrahim, Ishak dan Yaakub)
dari rahmat Kami dan
Kami tetapkan
(di kalangan pengikut-pengikut yang terkemudian)
bagi mereka tempat yang benar,
عَلِيًّا yang tertinggi.
Maryam 19:50 adalah tentang Ibrahim, Ishak dan Yaakub itulah tiga orang yang disebut dalam Lissan ini.
وَوَهَبْنَا لَهُمْ مِّنْ رَّحْمَتِنَا "Dan Kami anugerahkan kepada mereka (Ibrahim, Ishak dan Yaakub) dari rahmat Kami" dan وَجَعَلْنَا لَهُمْ لِسَانَ صِدْقٍ عَلِيًّا "Kami tetapkan (di kalangan pengikut-pengikut yang terkemudian) bagi mereka tempat yang benar, عَلِيًّا yang tertinggi."
Oleh itu Lissan ini bukan hanya untuk Ibrahim tetapi juga untuk Ishak dan Yaakub dan seterusnya untuk generasi-generasi akan datang
Bagaimana pula dengan kisah-kisah Nuh yang datang sebelum nabi Ibrahim (as) dan sudah tentu jawapannya adalah Nuh mempunyai lokusinya sendiri, tetapi ia tidak semestinya tersebar di seluruh al-Quran. Jadi, apabila kita membaca kisah Nuh kita harus mencari lokusi unik yang sesuai dengan diri Nuh, tetapi kita juga harus mengetahui bahawa Ibrahim belajar daripada Nuh.
Ingatlah, Ibrahim adalah salah seorang daripada mereka yang datang selepas Nuh dan oleh itu Allah (SWT) pasti telah mengajarnya beberapa perkara yang dia ajarkan kepada Nuh. Tetapi kemudian Allah menyempurnakan lokusi itu dengan Ibrahim, Dia menyempurnakannya dan itulah lokusi yang kita gunakan iaitu lokusi Ibrahim.
Perbezaan Antara رُءْيَا dan رُءْيَـٰى
رَءا menunjukkan "melihat dengan mata kepala sendiri"
رأيي menunjukkan "untuk berpendapat" atau "berfikir" atau "untuk membina keyakinan"
Ini adalah kata kerja yang merupakan kata nama yang dikaitkan dengannya. Kata nama pertama ialah Ru'ya رءْيَا dan ia dieja dengan alef panjang, dan kata nama lain رُءْيَـٰى dengan alef pendek, biasanya diwakili oleh ألف خنجرية
Kedua-dua kata nama itu mewakili dua konsep yang berbeza, bunyinya sama persis tetapi Al-Quran membezakannya bukan sahaja dalam tulisan tetapi dalam petunjuk, bagaimana kita mentafsir kata nama ini.
Yang pertama رءيا dengan along alif mewakili رءا iaitu kata nama yang menunjukkan pendapat jadi jika anda bercakap tentang pendapat seseorang dalam lokusi Ibrahim di dalam Al-Quran anda menggunakan رءيا dengan alef panjang
dan jika anda bercakap tentang saksi mata seseorang melaporkan sesuatu yang dia lihat dengan matanya sendiri anda bercakap tentang رءيى dengan alef pendek iaitu ejaan ini.
Kedua-duanya disebut dengan cara yang sama dan anda tidak akan dapat membezakannya melainkan anda melihat penulisan yang tepat, ejaan dalam teks al-Quran.
Surah Yussuf ayah 43 Surah Yussuf contains a lot of the keys to the Abrahamic locution. Jadi, dalam Surah 43, raja sedang bercakap dan raja berkata: Saya melihat tujuh ekor lembu gemuk sedang diberi makan oleh binatang yang kurus..
Yusuf 12:43
سَبْعَ بَقَرٰتٍ سِمَانٍ Dan raja berkata “Saya melihat tujuh ekor lembu gemuk يَّاْكُلُهُنَّ dimakan oleh سَبْعٌ عِجَافٌ tujuh ekor lembu kurus".
Perhatikan perkataan سَبْعٌ di sini سَبْعٌ عِجَافٌ berbeza daripada سَبْعَ di sini سَبْعَ بَقَرٰتٍ kerana Al-Quran tidak menyebut سَبْعَ بَقَرٰتٍ سِمَانٍ sebagai 7 ekor lembu gemok yang يَّاْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ dimakan oleh 7 ekor lembu kurus.
Al-Quran menggunakan سَبْعٌ bermaksud binatang buas yang kurus (singa atau serigala atau haiwan pemangsa). Ia bukan bermaksud 7 ekor lembu kurus seperti diterjemahkan dan ditafsirkan dalam kitab-kitab Tafsir (tafsiran itu datang daripada versi Taurat yang rosak) yang darinya para tafsir dan ahli tafsir mendapat kisah Yusuf a.s.
Al-Quran tidak menyebut "lembu kurus" ia menyebut سَبْعٌ عِجَافٌ bermaksud pemangsa atau binatang buas yang kurus.
Setakat yang difikirkan oleh raja, mereka mewakili musuh, ancaman, yang beredar dalam masyarakat yang diperintahnya.
سُنْۢبُلٰتٍ telah diterjemahkan dan ditafsirkan sebagai stok gandum (telinga jagung hijau).
Perkataan سُنْۢبُلٰ dalam bahasa Arab asli mewakili gaun atau jubah yang dipakai wanita yang mempunyai ekor mengekor panjang yang menyeret di belakang mereka. Jadi سُنْۢبُلٰتٍ merujuk kepada pakaian yang dipakai oleh wanita mulia dan lelaki mulia yang memakai pakaian sedemikian (zaman Firaun dan pada zaman Yusof a.s) melambangkan kuasa mereka yang bertanggungjawab.
Laporan oleh raja itu adalah laporan saksi mata, (kerana tidak ada mimpi sama sekali dalam Surah Yusof itu) baginda melaporkan sesuatu yang dibawa kepadanya sebagai laporan saksi. Dia berkata "ada 7 ekor lembu gemuk sedang dimakan (7 cuma nombor tidak semestinya tepat 7 jelas lebih banyak daripada yang dimakan seperti yang dilaporkan kepadanya) diberikan kepada orang yang kelihatan seperti musuh kepada negara, jenis orang yang menakutkan. Dan ada wanita kelas bangsawan yang bergaul dengan وَّاُخَرَ ٰٰٰ غيغيء (tidak sesuai bagi mereka). Bagi raja, ini adalah Laporan Perisikan yang penting yang patut dianalisis.
Dia berkata: اِنْ كُنْتُمْ لِلرُّءْيَا تَعْبُرُوْنَ "Ooo Kaunselor! Nasihatkan saya tentang laporan saksi mata saya jika anda boleh memberi pendapat".
Dia diberitahu itu tidak semestinya sesuatu yang perlu dia risaukan. Mungkin ini menunjukkan beberapa orang bangsawan itu dikaitkan dengan kumpulan yang salah.
ُ رُءْيَايَ ialah ”laporan saksi” dan لِلرُّءْيَا dieja berbeza bermaksud "satu pendapat", maksudnya bagaimana kita memahami laporan saksi mata ini?
Raja menerima laporan ini dan dia meminta pendapat.
Perkara yang benar-benar patut diketahui ialah dalam ayat yang sama kedua-dua perkataan digunakan tetapi ia dieja secara berbeza. Oleh itu mereka yang mengatakan bahawa ahli menulis Al-Quran memilih secara rawak cara menulis perkataan adalah sangat salah kerana dalam ayat yang sama رُءْيَايَ dieja satu cara dan لِلرُّءْيَا dieja dengan cara yang lain.
Ini membuktikan bahawa bukan sahaja ahli menulis tidak memilih ejaan Al-Quran secara rawak tetapi Muhammad SAW sendiri mengawasi dengan tepat bagaimana kata-kata ini dieja. Ini bermakna perbezaan ejaan yang didapati ini sangat konsisten sebenarnya ia adalah ejaan yang sangat disengajakan bagi perkataan ini. Ia bukan jenis ejaan ad hoc rawak.
BAGAIMANA ISTILAH LOKUSI IBRAHIM DIAJAR KEPADA IBRAHIM?
Al-Baqarah 2:124
Al-Baqarah 2:124 | Lokusi Ibrahim & Tafseel | Ibn Kathir |
وَاِذِ ابْتَلٰۤي اِبْرٰهٖمَ رَبُّهٗ بِكَلِمٰتٍ | Dan apabila Ibrahim didedahkan kepada "kata-kata leksikon Ilahi" tertentu oleh tuannya, | ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), |
فَاَتَمَّهُنَّ ؕ
|
Kemudian Allah SWT menyempurnakannya (untuk Ibrahim)
|
maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. |
قَالَ اِنِّيْ جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ اِمَامًا ؕ |
(Allah) berfirman: "Aku jadikan kamu suri teladan bagi manusia!"
|
(Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia".
|
Istilah lokusi Ibrahim diajarkan kepada nabi Ibrahim kerana ia bermula dengan Ibrahim. Quran memaklumkan bahawa ia harus dipanggil Lissan Ibrahim, lokusi Ibrahim.
Allah (SWT) sedang mengajar, sedang mendedahkan Ibrahim dengan كلمات kata-kata leksikon Ilahi dan kemudian Allah menyempurnakannya untuk Ibrahim, dengan kata lain Allah memastikan bahawa Ibrahim memahaminya dalam niat ketuhanannya yang sempurna.
Allah (SWT) berkata Saya menjadikan kamu contoh bagi manusia, dan Ini adalah petunjuk pertama bahawa َِكَلِمٰتٍ , kata-kata leksikon ketuhanan bukanlah kata-kata sembarangan - ia bukan kata-kata penyair Arab abad ke-7. Ia adalah kata-kata khusus yang disempurnakan Allah SWT dan diajarkan kepada Ibrahim as. Leksikon itu, lokasi itu khusus untuk difahami sesuai dengan cara Allah SWT menyempurnakan mereka.
Contoh, terdapat perbezaan antara perkataan بَلٰٓـؤٌا (tanda-tanda bentuk pendedahan jelas) Ad-Dukhan 44:33, dan perkataan بَلْعَة (tribulasi atau sesuatu ujian بَلا)
Tetapi cara ia dieja dalam بَلٰٓـؤٌا (pendedahan) dengan hamza pada و ditulis ـؤٌ dengan cara yang pelik namun ia disebut betul-betul seperti ini بْلَوُنَّ (tribulasi بَلا )
Ad-Dukhan 44:33 | Lokusi Ibrahim & Tafseel | Ibn Kathir |
وَاٰتَيْنٰهُمْ مِّنَ الْاٰيٰتِ مَا فِيْهِ بَلٰٓـؤٌا مُّبِيْنٌ | "Kami telah mengajar mereka banyak tanda-tanda dalam bentuk pendedahan yang jelas" | Dan Kami berikan kepada mereka (melalui Nabi Musa) berbagai mukjizat yang mengandungi ujian yang jelas nyata (untuk melahirkan sikap mereka). |
Allah SWT menggunakan perkataan بَلٰٓـؤٌا ini yang diterjemahkan sebagai "tanda-tanda khusus" - Bani Israel setelah mereka keluar dari Mesir bersama nabi Musa as: "Kami telah mengajar mereka banyak tanda-tanda dalam bentuk pendedahan yang jelas".
Allah SWT mengajar mereka dengan mendedahkan tanda-tanda khusus dari nabi Musa dan dari kitab.
Muhammad 47:31 | Lokusi Ibrahim & Tafseel | Ibn Kathir |
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ | Dan sesungguhnya Kami akan mengujimu (wahai Muhammad), dengan memberikan kesusahan kepadamu, | Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) |
حَتّٰي نَعْلَمَ الْمُجٰهِدِيْنَ مِنْكُمْ
|
untuk menjadi bukti bagi orang-orang yang berjihad di antara kamu (di jalan Allah), |
sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu
|
وَالصّٰبِرِيْنَ ۙ وَنَبْلُوَا۠ اَخْبَارَكُمْ
|
dan Kami akan mendedahkan amal perbuatanmu (selepas itu) |
dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
|
Dan sesungguhnya Kami akan mengujimu (wahai Muhammad), dengan memberikan kesusahan kepadamu, untuk menjadi bukti bagi orang-orang yang berjihad di antara kamu (di jalan Allah), dan Kami akan mendedahkan amal perbuatanmu (selepas itu).
Ayat ini di sini jelas menggunakan kata kerja وَنَبْلُوَا۠ yang berkaitan dengan بَلٰٓـؤٌا dengan وَ di sini Ad-Dukhan 44:33 وَنَبْلُوَا۠ bermaksud Kami akan mendedahkan bukan sahaja kami menguji akaun anda, laporan anda tidak masuk akal.
Ini bermakna Kami akan mendedahkan laporan tentang apa yang telah kamu lakukan. Bilakah Allah SWT akan mendedahkan laporan tersebut? Selepas itu. Jadi, Allah SWT sedang mengalamatkan orang-orang beriman membaca Al-Quran memberitahu mereka berhati-hati apa sahaja yang anda lakukan akan terdedah kemudian. Allah SWT menjanjikan "Kami akan mendedahkan akaun kamu".
Itulah sebabnya bahawa apa sahaja generasi pertama kedua ketiga, keempat kelima yang datang selepas Nabi Muhammad SAW melakukan apa yang mereka lakukan untuk mencemarkan nama baiknya atau mencemarkan Seerahnya atau mencemarkan tafsiran al-Quran, Allah SWT telah berjanji "Kami akan mendedahkan apa yang telah kamu lakukan.
Dan inilah bukti bahawa kita selalu merujuk kepada Muhammad 47:31 وَنَبْلُوَا۠ اَخْبَارَكُمْ Allah SWT berjanji kepada kita bahawa berita tentang apa yang telah mereka lakukan akan didedahkan.
Jadi, sekali lagi terdapat perbezaan antara َ َبَلا (tribulasi) dan َبْلُوَا۠ (pendedahan yang jelas). Jadi seperti yang kita lihat bahawa ejaan kalimah al-Quran bukanlah sembarangan dan tidak juga ad hoc dan itu membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri pasti terlibat dalam penyeliaan bagaimana al-Quran itu ditulis secara khusus.