Sekurang-kurangnya:-
60% daripada Al-Quran adalah زكرالرحمان dan oleh itu ia memberi impak kepada Al-Quran keseluruhan nya kerana gaya gubahan ayat Al-Quran menggunakan morfologi linguistik dan semantik Lokusi Ibrahim terutama dalam perumpamaan dan kisah cerita hidup para nabi dan rasul, maka jika kita tidak memahami kisah-kisah itu pada mulanya pasti kita tidak akan memahami selebihnya / keseluruhan al-Quran.
Amin.
Khalas !!
*************
Konsep يَزَكّْا dan ذِكْرًا.
Konsep intelek dalam kognisi manusia :-
Skema
Ummiyah
Weltanschauung
نفس =
قَلْبِ = عَرْش
Bagaimana menangani? Apa metodologi? - aplikasi konsep يَزَكّْا dan ذِكْرًا secara inklusif:-
- يَزَكّْا= - menyemai benih dalam weltanshauung, dalam عَرْش sendiri, dalam skema diri sendiri.
Menyemai benih?? = bertanya / memohon du'aa dari Allah ﷻ bagi mendapatkan percikan ذِكْرًا dan ألمٵ {petunjuk Ilahi}. Yakin. Allah ﷻ Maha mengasihani dan Maha pemberi jawapan.
Apa cara? - Bertanya kepada Allah ﷻ melalui pencarian bersungguh-sungguh jawapan nya dari dalam al-Quran. Dengan 4 syarat - merendah hati, bersabar, gigih/tekun dan ketersediaan, iaitu ;-
{berani mengenepikan banyak perkara ganjil / tidak pasti yang telah bersemadi begitu lama di dalam aarsh;qalb;weltanschauung sendiri tetapi wajib berusaha; bersedia dengan kalbu hati nurani terbuka untuk menerima pengetahuan baru; rintisan petunjuk cahaya wahyu Ilahi, cucuran Rahmat "ألمٵ" - Air Bimbingan Ilahi, Air Hujan Ilahi bagi memperbaiki Nafs;Aarsh hamba-Nya - ikhsan Allah ﷻ}.
Bermakna anda wajar kosongkan minda beri ruang untuk ilmu yang hakiki {Empty Your Cup}.
Kesemua 4 syarat-syarat ini disatukan dalam proses "يَزَكّْا" = iaitu proses menyemai benih dalam weltanshauung.
"ذِكْرًا" + "ألمٵ" = bantuan penyelamat = ikhsan Allah ﷻ sebagai balasan setimpal terhadap kualiti usaha berdisiplin dalam proses pembersihan "قَلْبِ = عَرْش".
Allah ﷻ:
- Dia Maha mengetahui segala kehendak hambaNya.
- Dia telah tentukan segalanya.
- Semua sudah siap.
- Kunci pintu hikmat bantuan penyelamat itu sudah tersedia tersimpan disisiNya bagi membantu membaiki weltanschauung hamba-Nya jika mereka mahu.
- Tak usah sombong, berasa malu, malas atau segan.
- Apabila terdesak, buntu, menghadapi konflik kebingungan cepat-cepatlah
- ketuk pintu !!! - sekali, dua kali, tiga kali, banyak kali hingga pintu terbuka.
- Okay . . sebelum mengetuk pintu kena buat apa? Baca du'aa ini . . . .
- "عَسَىٰٓ أَن يَهْدِيَنِ رَبِّى لِأَقْرَبَ مِنْ هَٰذَا رَشَدًا" "mudah-mudahan Rabb-ku akan memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat yang lebih terang dari ini"
- Siapa yang mengajar kita berbuat begini?
- Allah ﷻ - melalui Al-Kahf 18:24
- Sesungguhnya Allah ﷻ Dia amat suka mendengar pingitan rayuan hamba-Nya, mendengar rintihan hati hambaNya memohon pertolongan serta penuh yakin dan percaya akan
- bantuan kecemasan yang pasti datang berupa cucuran Rahmat "ألمٵ" - Air Bimbingan Ilahi, Air Hujan Ilahi
- Maka akan terjawab lah segala persoalan, terungkailah segala kebingungan.
Mengajukan soalan terus kepada Allah ﷻ - bagaimana cara hendak berhubung terus ini? Tidak lain iaitu dengan :-
- Memahami leksikon Ilahi melalui pembacaan ayat-ayat al-Quran dengan pemahaman sempurna !!
- Cari jawapan segala kemusykilan terus dari dalam ayat al-Quran!!
- Gunakan metodologi morfologi linguistik Lokusi Ibrahim, serta
- Fahami lah apa ertinya berdo'a kepada Allah SWT didalam Al-Kahf 18:24 ia lebih khusus, bukan sekadar melafaz ayat do'a, Allah SWT berfirman :-
- وَٱذْكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ - "ingatlah Tuhan mu jika kamu lupa" - Al-Kahf 18:24
- "ingatlah Tuhan mu وَٱذْكُر رَّبَّكَ - maksudnya ingat lah semula semantik ayat cerita-cerita atau perumpamaan dalam ayat ini yang juga saling berkait dengan ayat-ayat lain dalam Al-Quran yang mana konteks semantik ayat nya lebih kurang juga bercerita tentang perkara kisah yang sama.
- Inilah konsep interpretasi bersarang dalam al-Quran yang perlu difahami.
Amat jelas bahawa sebilangan besar pentafsiran ayat Al-Quran yang ada hari ini telah ditulis dengan tidak mengikut metodologi yang berlandaskan pemahaman konsep morfologi kaedah linguistik semantik Lokusi Ibrahim yang digunakan sebagai leksikon Ilahi - Allah ﷻ ketika Dia menurunkan ayat-ayat Al-Quran.
Jadi sebahagian besar ayat didalam kitab Al-Quran hari ini adalah berlandaskan Tafseer yang telah diterima pakai kesemuanya atau sepenuh masa (en bloc) oleh masyarakat Islam dari dahulu hingga hari ini, yang mana walaupun kandungan ayat didalamnya telah di salah tafsir, daripada punca yang korup, telah diterima oleh seluruh masyarakat Islam sedunia hari ini.
Jadi apakah hasilnya, akibatnya yang telah berlaku, masalah yang telah timbul dikalangan sebahagian besar masyarakat Islam di seluruh dunia ?
Gambarajah berikut memberi kesimpulan terhadap soalan tersebut :-
Kita tak kenal pun siapa dia para pentafsir berkenaan selain mendengar namanya kerap disebut-sebut. Yang pasti dia sudah tiada, sudah lama meninggalkan kita semua malah sebelum kita dilahirkan !!
Jadi apakah penyelesaian nya ?
- Al-Quran masih hidup.
- Kita kenal pada Allah ﷻ dan jika Dia izinkan, Allah ﷻ masih berada rapat bersama kita selagi kita MAHU.
- Kena yakin dalam al-Quran pasti ada jawapan nya. Pasti dan yakin telah tersedia ada jawapan nya kepada segala persoalan
- Al-Quran lengkap mengandungi:
- ,أَنۢبَآء, وُحِيّ dan ألمٵ yang ٱلْحَقُّ
- sebelum kita dapat memperolehi ذِكْرًا melalui cucuran air hujan Pedoman Ilahi, Air Ketuhanan ألمٵ
- Tidak perlu ragu-ragu, kita hanya perlu lakukan يَزَكّْا
- Anda tidak akan hampa !!
- Al-Quran sahaja satu satu nya wasiat yang telah ditinggalkan junjungan kita Nabi Muhammad ﷺ
- Mari kita bersama-sama bersungguh sungguh menjaga mempertabatkan kududukan wasiat Rasulullah ﷺ ini.
- Tetapi kena bersabar, istiqomah, tekun dan berdisiplin, merendah hati, ikhlas dan tawakkal!!!
Dan dengan menggunakan metodologi pemahaman konsep morfologi kaedah linguistik semantik Lokusi Ibrahim. Fahamkan apa yang tersurat dan apa yang tersirat terselindung disebalik tafsiran asas ayat al-Quran. Fahamkan leksikon Ilahi, maksud sebenar yang Allah SWT mahu sampaikan.
Mudah kan ???
Tidak usah teraba-raba cari punca lain terutama berasal dari tangan manusia. Bersabarlah menunggu jawapan Allah ﷻ
Teruskan pembelajaran al-Quran, kita sentiasa berhubung dengan Allah ﷻ secara ikhlas dan bertawakkal. Setelah sekian lama, Allah ﷻ pasti memutuskan sesuatu bagi memperbaiki weltanshauung kita = قَلْبِ = عَرْش, dan deposit Air Ketuhanan ini, curahkan hujan ألمٵ yang sudah tentu layak menangani masalah khusus hambaNya.
Jadi inilah konsep يَزَكّْا iaitu menyemai benih bagi bermuhasabah diri dengan ikhlas dan berharap kepada Allah ﷻ.
Dan konsep ذِكْرًا iaitu adalah satu satunya kaedah mencari ketetapan solusi masalah - وُحِيّ Allah ﷻ/ingatan yang dikurniakan secara spontan, Allah ﷻ menurunkan air hujan ألمٵ. Ini lah maksud إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ .
Jadi itu dia 3 langkah = {1} يَزَكّْا iaitu menyemai benih proses ini berada dalam kawalan manusia, {2} ذِكْرً ketetapan solusi masalah dan {3} pencurahan ألمٵ iaitu bimbingan Ilahi. Peringkat {2} dan {3} ini diluar kawalan manusia dan terserah kepada Allah ﷻ.
Peringkat {1} يَزَكّْا sahaja dalam kawalan manusia maka ia memerlukan kesemua 4 syarat tersebut, merendah diri, sabar, gigih, dan ketersediaan. Manakala ذِكْرً dan ألمٵ adalah Hak Allah.
===============


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.