Wednesday, June 17, 2020

BELAS KASIHAN



Noun : Compassion :
Sympathetic pity and concern for the sufferings or misfortunes of others.
"the victims should be treated with compassion"

Kata nama:
Belas Kasihan dan prihatin terhadap penderitaan atau musibah orang lain.
"mangsa harus diperlakukan dengan belas kasihan"
………………………………………………………………………………………………


1. Takdir itu adalah ketentuan Allah SWT dengan peraturan-peraturan spesifik selari hukum hakam wajib diikuti. Dia menyusun kehidupan sekalian makhluk ciptaanNya dalam alam semesta ini. Perhatikan bagaimana teraturnya (lagi menepati garisan axis orbit masing-masing) planet-planet, bintang-bintang di alam cakerawala mengelilingi matahari dalam sistem solar kita ini. Juga hamparan bumi luas mendatar yang menakung air tasik dan lautan, bagaimana tanah tingginya membenteng dataran yang dihuni manusia, haiwan serta sekian makhluk lainnya. Saksikan bagaimana gunung ganang, bukit bukau memasak menjadikan bumi kukuh, pegun dan tidak bergerak. Semestinya ada banyak lagi bukti-bukti kekuasaan Allah sama ada nampak oleh mata kasar atau pun ghaib dengan ketentuan takdir yang sempurna.

Al-Furqan 25:2
ٱلَّذِى لَهُۥ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَلَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ شَرِيكٌ فِى ٱلْمُلْكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَىْءٍ فَقَدَّرَهُۥ تَقْدِيرًا
Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.

Al-Ghashiyah 88:17-20
(17)  أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ
(18)  وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ رُفِعَتْ
(19)  وَإِلَى ٱلْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ
(20)  وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ (
17) (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
(18) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
(19) Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
(20) Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

Takdir itulah yang melahirkan ikhtiar sebagaimana petani bersungguh sungguh berikhtiar bagi mendapatkan hasil tanaman sempurna.

2. Ikhtiar itu bermaksud kaedah memilih takdir spesifik yang sudah ditentukan bagi setiap makhluk. Justeru itu api berbentuk gas membakar mengikut aturan hukumnya ia panas dan membakar, namun Namrud gagal hendak membunuh Nabi Ibrahim a.s. yang cuba dibakar hidup-hidup, kerana Allah mentakdirkan api itu menjadi sejuk bagi hamba kesayanganNya :

Al-Anbiya 21:69
قُلْنَا يَٰنَارُ كُونِى بَرْدًا وَسَلَٰمًا عَلَىٰٓ إِبْرَٰهِيمَ
Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".


Allah mentakdirkan Nabi Ibrahim a.s. berikhtiar menerima suasana kritikal itu dengan bertenang serta menguatkan lagi imannya begitulah kehendakNya.

Air tasik dan laut aturannya dingin serta berbentuk cecair mengandungi ikan yang ditakdirkan bernafas melalui kelengkapan sistem pernafasan khusus. Sedangkan manusia ditakdirkan menggunakan akal fikiran mencipta perkakas luaran khusus untuk menyelam dengan selamat. Tetapi Allah mentakdirkan raja Firaun mati lemas di Laut Merah bersama bala tenteranya sebab begitulah kehendakNya.

Ta Ha 20:78
فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ بِجُنُودِهِۦ فَغَشِيَهُم مِّنَ ٱلْيَمِّ مَا غَشِيَهُمْ
Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu ia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya.


Haiwan, jin dan manusia bernafsu tetapi Allah mentakdirkan manusia berakal jika mahu berfikir waras tidak mengikut hawa nafsu semata dalam memilih takdirnya, tidak seperti haiwan/jin . Bila sudah memilih maka disebut nasib.

3. Beramal dengan penuh kepayahan namun berakhir dengan kesiasia'an :

Ada orang bersusah payah beramal namun gagal mendatangkan hasil yang maksimal  atau kurang memuaskan atau langsong tidak berhasil.

Al-Ghashiyah 88:3
عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ 
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,


Manusia memilih takdir tertentu bagi menentukan nasibnya dengan berikhtiar bertungkus lumus tetapi setelah berjuang mereka tetap menderita.

Al-Ghashiyah 88:4
تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً
Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -

Al-Furqan 25:23
وَقَدِمْنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُوا۟ مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَٰهُ هَبَآءً مَّنثُورًا 
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.

Ibrahim 14:18
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِرَبِّهِمْۖ أَعْمَٰلُهُمْ كَرَمَادٍ ٱشْتَدَّتْ بِهِ ٱلرِّيحُ فِى يَوْمٍ عَاصِفٍۖ لَّا يَقْدِرُونَ مِمَّا كَسَبُوا۟ عَلَىٰ شَىْءٍۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلضَّلَٰلُ ٱلْبَعِيدُ
Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran.


Tafsir ibnu Katsir (halaman 1) kisah sahabat bertanyakan Umar ibni al Khattab perihal dia menangis apabila melihat seorang Rahib Nasrani bersungguh sungguh beramal sedangkan ia sentiasa berkelakuan baik dalam hidup sehariannya. Umar menjawab "Aku melihat firman dalam Al Quran [Al-Ghashiyah 88:4 ....... عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ ] .... ada orang berbuat baik dengan penuh kepayahan kemudian berakhir dengan kesia sia'an ". Yang dimaksudkan oleh Umar juga difirmankan dalam surah [Al-Furqan 25:23 ] ....... nanti pada hari kiamat bila berhadapan Allah SWT diperlihatkan semua amal kebaikan yang dilakukan didunia ... dia jujur, berbuat baik, menolong orang, segala macam namun tiba-tiba kebaikan yang dilakukan didunia menjadi debu yang berterbangan. Yang dimaksudkan dengan amal disini ialah amalan baik yang mereka kerjakan di dunia namun amal itu tidak mendapatakn balasan dari Allah kerana mereka tidak beriman. Allah berirman dalam Surah [Ibrahim 14:18] ....... orang-orang yang kafir kepada Allah amalan mereka bagaikan abu yang ditiup angin dengan keras. Mereka tidak dapat sedikit pun memunafaatkan apa pun kebaikan yang dilakukan didunia

b). 


**********************************
Tafsir Ibn Katsir - Halaman 1

Terdapat sebuah kisah mengenai Khalifah Umar bagaimana beliau membatalkan niat untuk memasuki Negara Syam pada waktu itu kerana tersebarnya wabak.

Maka pada waktu itu Umar meminta untuk berbincang dengan para sahabat daripada kalangan Ansar dan Muhajirin. Akhirnya Umuar memutuskan untuk tidak meneruskan niat untuk ke Negara Syam.

Lalu Abu Ubaidah bin Al-Jarrah bertanya: Apakah itu bererti lari dari takdir Allah? Umar menjawab: Harapnya bukan engkau yang bertanya wahai Abu Ubaidah! Memang Umar tidak suka berselisih pendapat dengan Abu Ubaidah. Ya, kita lari dari ketentuan (takdir) Allah untuk menuju kepada takdir Allah yang lain.

Apakah pendapatmu seandainya engkau mempunyai seekor unta yang turun di suatu lembah yang mempunyai dua keadaan, satunya subur dan satu lagi tandus.

Adakah jika engkau mengembalanya pada tempat yang subur itu bukan bererti engkau mengembalanya kerana takdir Allah? Begitu pula sebaliknya, bukankah engkau mengembalanya kerana takdir Allah juga?

Lalu datanglah Abdul Rahman bin Auf yang baru saja tiba dari suatu keperluan. Beliau berkata: Sesungguhnya aku mempunyai pengetahuan mengenai masalah ini. Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya.” - [HR Bukhari 5288]



**************************
Setiap ujian Allah pasti ada hikmahnya. Tidak ada kekuatan dan kehebatan melainkan kekuatan dan kehebatan Allah. Sehebat mana pun kita dan secanggih mana pun teknologi kita tetap tidak akan sama sekali dapat menolak kehebatan Allah.

Setiap kita mestilah kembali kepada Allah dan bertaubat dengan segala dosa yang telah kita lakukan.

Firman Allah di dalam Surah 


Al-A'raf 7:56

وَلَا تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَٰحِهَا وَٱدْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًاۚ إِنَّ رَحْمَتَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ ٱلْمُحْسِنِينَ


Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.


Solat merupakan tiang agama. Ramai dalam kalangan kita hari ini yang meremeh-remehkan kefarduan ibadah solat. Seharus dan sewajibnya dalam keadaan ini manusia tunduk dan sujud kepada Allah serta meminta pertolongan daripadaNya.

Firman Allah di dalam Surah 


Al-Baqarah 2:153

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar