Sunday, June 7, 2020

ILMU ALLAH vs PERLAKUAN HAMBANYA

1. KEPEMBUDAYAAN AL QURAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA - PEMBAHASAN WAHYU :






Kamus Wikipedia menyebut monyet merupakan rumpun primat haplorin ("berhidung kering"), iaitu rumpun yang umumnya berekor dan terdiri daripada 260 species yang wujud masakini. Kebanyakan species monyet mendiami pokok, ada juga species yang hidup bertumpukan tanah seperti babun. Kebanyakan speciesnya juga aktif pada waktu siang (diurnal). Monyet umumnya disifatkan sebagai cerdas, terutamanya yang hidup Dunia Lama (Afro-Eurasia.). 

Dalam pengelasan saintifiknya, monyet terhimpun dalam alam Animalia order Primat kelas Mamalia yang juga terdiri dari manusia, kera, monyet, kukang, tarsius, lemur dan lainya.

Yang mahu di stresskan disini ialah kedua-dua manusia dan haiwan uumnya adalah makhluk Allah SWT

Sapertimana keadaan rupa dan sosok tubuh sa ekor monyet yang licik cergas memanjat pohon kelapa memulas tangkai buahnya yang sesuai untuk dihumban ka tanah, begitu juga perumpamaannya seorang manusia yang juga terpaksa berhempas pulas melalui perjalanan hidup berikhtiar, berusaha mencari rezeki untuk sesuap nasi. Tidaklah pandai manusia hendak melompat dari satu dahan ka satu dahan pokok sebelah bagi mendapatkan tandan kelapa lebih lebat, tetapi Allah SWT telah melimpahkan untuk manusia Rahmat akal yang boleh dimanfaatkan untuk berfikir. Itu lumrah alam ciptaan Allah SWT tidak perlulah dipertikaikan, kalau ada pun kebolehan manusia melompat pokok ka pokok itu hanya dalam filem Tarzan ciptaan Hollywood sahaja.

Haiwan tidak dapat membezakan antara betul dan salah, baik atau buruk tetapi sepertimana manusia mereka memiliki naluri anugerahan Allah SWT untuk meneruskan perjalanan hidupnya. Manusia dapat merasakan betapa hebatnya penderitaan makhluk lain lantaran terlalu lapar makanan atau kehausan air minuman akibat terlalu miskin, mengalami sakit teruk hingga tidak mampu hendak bangun keluar mencari rezeki dengan sendiri. Manusia berakal dan yang mahu menggunakan akal fikirannya itu akan terasa bersimpati terus berbuat sesuatu (mahupun kepada manusia atau haiwan) bagi menghulurkan bantuan kebajikan sekadar kemampuanya. Allah SWT pula telah berjanji melimpahkan RahmatNya dengan ganjaran kiraan pahala mengikut kadar keikhlasan hati/qalbu manusia yang pasti akan ditunaikanNya walaupun di dunia mahupun di akhirat nanti. Itulah janji Allah SWT sememangnya ditunaikan hanya Dia Yang Memberi mengikut KehendakNya, tidak menurut kehendak manusia yang kerdil serba kekurangan ini.

Firman Allah SWT Al-Anfal 8:22 :

إِنَّ شَرَّ ٱلدَّوَآبِّ عِندَ ٱللَّهِ ٱلصُّمُّ ٱلْبُكْمُ ٱلَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ 

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang PEKAK lagi BISU, yang tidak mahu MENG'AQALI iaitu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).

Firman Allah SWT Al-Anfal 8:23 :

وَلَوْ عَلِمَ ٱللَّهُ فِيهِمْ خَيْرًا لَّأَسْمَعَهُمْۖ وَلَوْ أَسْمَعَهُمْ لَتَوَلَّوا۟ وَّهُم مُّعْرِضُونَ 
Dan kalaulah Allah MENGETAHUI ('ALIMALLAH) ada kebaikan pada mereka, TENTULAH Allah SWT MENJADIKAN mereka DAPAT MENDENGAR; dan kalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar juga (dengan keadaan yang demikian), nescaya mereka tidak menerimanya sambil memalingkan diri.

Bagi manusia yang MAHU BERFIKIR maka saksikanlah dalam ayat diatas betapa 'ALIMALLAH  sudah MENGETAHUI bagaimana DEGILnya, SOMBONGnya, BONGKAKnya manusia kerana Allah SWT telah meracang segalanya semasa Dia Menciptakan manusia dan Dia  Yang Berkehendak menjadikan perlakuan manusia sebegitu DEGIL, SOMBONG, BONGKAK maka DEGIL, SOMBONG, BONGKAK lah jadinya manusia yang serba lemah ini !!!!!

Dua firman Allah SWT diatas mempunyai pengertian yang sungguh luas yang perlu difahami benar-benar agar kita manusia tidak menyalahkan TAKDIR Tuhan.

Kita wajib memerhatikan kaitan sesuatu KATA KUNCI yang disebut dalam Al Quran dengan ayat-ayat Quran yang lain.

Berikut adalah kata-kata kunci  dari 2 ayat Allah SWT diatas :

Makhluk paling BURUK,
TULI / PEKAK,
BISU,
TIDAK MENG'AQALI
ILMU ALLAH ('ALIMAALAH),
Allah boleh menjadikan mereka - MENDENGAR,
BERPALING

Mengapa Allah SWT mengatakan makhluk paling buruk adalah orang yang tuli, bisu dan tidak meng'aqali ?

Adakah ia bermaksud kalau orang itu TULI FIZIKAL, BISU FIZIKAL, BUTA FIZIKAL, dan tidak boleh FIKIR maka mereka itu adalah makhluk PALING BURUK / HINA ? Sedangkan TULI, BISU, BUTA itu adalah dijadikan Allah SWT juga ...... Fitrah ?

Maka tidak mungkin sama sekali TULI, BISU, BUTA bermaksud kepada Zahir.

Perhatikan firman Allah SWT yang lain yang berkaitan TULI, BISU, BUTA ini



Firman Allah SWT Al-An'Am 6:39 :

وَٱلَّذِينَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا صُمٌّ وَبُكْمٌ فِى ٱلظُّلُمَٰتِۗ مَن يَشَإِ ٱللَّهُ يُضْلِلْهُ وَمَن يَشَأْ يَجْعَلْهُ عَلَىٰ 
صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka adalah BISU dan TULI 

dan BUTA di dalam  ٱلظُّلُمَٰتِۗ  ZU'ULUMAT .... dalam GELAP GELITA. Sesiapa yang Allah kehendaki: akan disesatkannya (menurut peraturan tetapNya), dan sesiapa yang Ia kehendaki: akan dijadikannya atas jalan yang betul lurus.

Ayat2  Al-Anfal 8:22 dan Al-An'Am 6:39  adalah TAKRIFAN kepada maksud TULI, BISU dan BUTA. Amin Ya Rabbul Aalamin. Khalas !!!

DEDUKSI :
Berikut adalah metodologi, cara-cara berdeduksi dalam MENTADDABUR  Al Quran TANPA kita memandai-mandai memaculkan persepsi sendiri, NA'UZUBILLAHI MINZAALIQ !!!! Kita wajib hanya berdeduksi dengan memerhatikan seluruh kaitan ayat-ayat Al Quran berdasarkan KATA-KATA KUNCInya.

1) Makhluk paling BURUK adalah yang TULI, BISU, BUTA dan yang TIDAK MENG'AQALI.

2) Orang yang TULI, BISU dan dalam GELAP GELITA adalah orang yang MENDUSTAKAN AYAT2 ALLAH SWT

Maka .... deduksinya :
MAKHLUK YANG PALING BURUK ATAU HINA ADALAH YANG MENDUSTAKAN KEBENARAN AYAT-AYAT ALLAH SWT

Ayat-ayat Allah SWT pula ada 2 maksud dan bukan hanya 1 maksud.

1) Ayat-ayat Allah SWT yang bermaksud ayat-ayat dari Kitab Wahyu zaman dahulu DAN zaman ini adalah ayat-ayat Al Quran.

2) Ayat-ayat yang bermaksud bukti-bukti kebenaran YANG NYATA pada seluruh alam semesta yang Allah SWT ciptakan ( KHALAQTU ) dan jadikan ( JA'ALAA )

Maka benarlah apa yang Allah SWT firmankan dan memang KEBENARAN ...... "THE TRUTH AND THE WHOLE TRUTH" itu hanya boleh datang dari Allah Al Haq atau Allah Yang Benar. Dia Yang Tahu segala-galanya ... Zahir juga Batin.

Kebenarannya MAKHLUK yang Allah SWT sebutkan dalam hal ini ditujukan semestinya hanya kepada MANUSIA (atau JIN) dan bukan HAIWAN (ungka, kera, beruk dan seangkatan dengannya) yang bukan hanya mendustakan kebenaran ayat-ayat Al Quran namun MAKHLUK ini tidak mahu ambil PEDULI, tak mahu ambil TAHU, tak mahu BERFIKIR, tak mahu memerhatikan apa yang Allah SWT telah ciptakan dan mengapa Allah SWT ciptakan sesuatu, tidak mahu BERTANYA (bodoh sombong), tak mahu cari panduan untuk menyelesaikan masa'alah dengan cara yang betul (yang diterima akal) padahal hidup ini bukan tiada masa'alah atau ujian atau cabaran. Manusia sebeginilah SEBURUK-BURUK MAKHLUK. yang mana manusia yang dipinjamkan pancaindera-pancaindera fizikalnya seperti mata sepatutnya boleh melihat TETAPI MEMILIH BERADA DALAM SUASANA GELAP GELITA, ada juga dipinjamkan telinga patut boleh mendengar TETAPI MASIH PEKAK DAN TULI, ada juga dipinjamkan mulut untuk berkata-kata TETAPI MASIH MEMILIH UNTUK BERDIAM DIRI MEMBISU SERIBU BAHASA, dan yang paling mahal dipinjamkan kepadanya adalah akal untuk berfikir membolehkan dia membuat pilihan dengan adil saksama tanpa membuat makhluk lain akan terasa tersinggung dan bingung, membuat perkara-perkara baik atau buruk sesuka selera nafsunya TETAPI HATI/ QALBU nya telah kotor jijik busuk berbau hancing dibiarkan tidak dibersihkan digilap suci bersih dengan berzikir qalbu maka terbukalah dia pada GODAAN HASUTAN IBLIS dan SYAITAN yang sentiasa mencari peluang menyesatkannya ..... masya ALLAH !!!!!!

Ada lagi ayat-ayat Allah SWT yang dapat menguatkan memperkukuhkan memampatkan lagi hujjah-hujjah KEBENARAN yang dinyatakan diatas :

Firman Allah SWT Al-An'Am 6:104 :

قَدْ جَآءَكُم بَصَآئِرُ مِن رَّبِّكُمْۖ فَمَنْ أَبْصَرَ فَلِنَفْسِهِۦۖ وَمَنْ عَمِىَ فَعَلَيْهَاۚ وَمَآ أَنَا۠ عَلَيْكُم بِحَفِيظٍ 
(Katakanlah wahai Muhammad):
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa BUTA (tidak melihat kebenaran itu namun enggan menerimanya ... 'AMIYA) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu"

Firman Allah SWT Saba' 34:9 :

أَفَلَمْ يَرَوْا۟ إِلَىٰ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِۚ إِن نَّشَأْ نَخْسِفْ بِهِمُ ٱلْأَرْضَ أَوْ نُسْقِطْ عَلَيْهِمْ كِسَفًا مِّنَ ٱلسَّمَآءِۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةً لِّكُلِّ عَبْدٍ مُّنِيبٍ 
(Setelah mereka mengejek-ejek dan membuat tuduhan-tuduhan itu) tidakkah mereka melihat apa yang ada di hadapan mereka dan yang ada di belakang mereka dari LANGIT dan BUMI (dapatkah mereka melarikan diri)? Jika Kami kehendaki nescaya Kami timbuskan mereka di bumi, atau Kami gugurkan atas mereka ketul-ketul dan serpihan-serpihan dari langit (yang akan membinasakan mereka). Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu TANDA-TANDA BUKTI-BUKTI AYAT-AYAT ALLAH SWT (yang memberi keinsafan) bagi tiap-tiap hamba Allah YANG MAHU kembali kepadaNya (dengan taat dan berbakti).

Firman Allah SWT Aa'li-e-'Imran 3:190 :

إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱخْتِلَٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ لَءَايَٰتٍ لِّأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ  
Sesungguhnya pada PENCIPTAAN LANGIT dan BUMI, dan pada PERTUKARAN MALAM dan SIANG ada TANDA-TANDA BUKTI-BUKTI AYAT-AYAT ALLAH SWT (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) BAGI ORANG-ORANG YANG BERAKAL;

Firman Allah SWT Adh-Dhariyat 51:20 :
وَفِى ٱلْأَرْضِ ءَايَٰتٌ لِّلْمُوقِنِينَ 
Dan pada bumi ada TANDA-TANDA BUKTI-BUKTI AYAT-AYAT ALLAH SWT (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang YAKIN, 


Firman Allah SWT Adh-Dhariyat 51:21 :

وَفِىٓ أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ 

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu MEMERHATIKAN serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu) ....  تُبْصِرُونَ ?

Fahamilah terlalu banyak ayat-ayat Al Quran wahyu Allah SWT ini yang menyuruh manusia MEMERHATI, MELIHAT, MEMIKIRKAN apa erti penciptaan seluruh LANGIT dan BUMI dan ALAM SEMESTA ini dan akhirnya akan membuat manusia itu berterusan mencari KEBENARAN sehingga dia menemui ayat-ayat Wahyu Allah SWT. Maka dia akan saksikan satunya, kenyataan KEBENARAN dari Al Quran dan keduanya, akan dia sahkan (verify) bukti-bukti kepada kenyataan KEBENARAN itu yang ada dalam ALAM SEMESTA termasuk DIRINYA SENDIRI.

Seterusnya mengapakah dalam ayat Firman Allah SWT Al-Anfal 8:23 Allah SWT menyebut jika Allah SWT MENGETAHUI ada KEBAIKAN kepada mereka, maka Allah SWT jadikan mereka MENDENGAR ? Firman Allah SWT itu sendiri MENUNJUKKAN bahawasanya yang menjadikan manusia itu TULI tidak dapat MENDENGAR adalah Allah SWT sendiri. Disinilah pentingnya sekali lagi memahami kaitan diantara ayat-ayat Al Quran dengan ayat-ayat yang lain. Ini juga dipanggil JUMHUR ULAMAK' sebagai Tafsir Quran Bil Quran ...... Cara TERUTAMA dalam memahami ayat-ayat Al Quran. Sememangnya dalam ayat-ayat Al Quran yang lain, Allah SWT Sendiri menyatakan Dia Yang MENUTUP PENDENGARAN mereka sehingga jadi TULI tidak dapat MENDENGAR KEBENARAN Langsung ..... bukan PEKAK (Pekak boleh dengar sikit), dan MENUTUP PENGLIHATAN sehingga BUTA tak dapat lihat KEBENARAN.

Firman Allah SWT Al-Baqarah 2:7 :


خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْۖ وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمْ غِشَٰوَةٌۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah KUNCI-MATI mematerikan atas QALBU mereka serta PENDENGARAN mereka, dan pada PENGLIHATAN mereka DI TUTUP; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat berat

Bila QALBU terkunci-mati maka manusia TIDAK DPAT MENGA'QALI atau berfikir mencari jawapan kepada kebenaran, sebab QALBUlah yang memikirkan dalam Minda manusia dan jika sudah di tutup pendengaran maka TULI dan jika sudah di tutup penglihatan maka BUTA. Mengapa Allah SWT sendiri yang MENULIKAN, MEMBUTAKAN dan membuat mereka tidak dapat BERFIKIR adalah kerana :

Firman Allah SWT Al-Baqarah 2:6 :

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ 
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan BERIMAN.

Firman Allah SWT Al-An'am 6:25 :

وَمِنْهُم مَّن يَسْتَمِعُ إِلَيْكَۖ وَجَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِىٓ ءَاذَانِهِمْ وَقْرًاۚ وَإِن يَرَوْا۟ كُلَّ ءَايَةٍ لَّا يُؤْمِنُوا۟ بِهَاۚ حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءُوكَ يُجَٰدِلُونَكَ يَقُولُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ إِنْ هَٰذَآ إِلَّآ أَسَٰطِيرُ ٱلْأَوَّلِينَ 

Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan TUTUPAN  berlapis-lapis kaatas QALBU mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami letakkan SUMBATAN di telinganya (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat TANDA-TANDA BUKTI-BUKTI AYAT-AYAT ALLAH SWT .... tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tetap TIDAK MAHU BERIMAN kepadanya (keterangan itu); sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: "Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu".

***********************
Perhatikan semula kaitannya :

***********************
Firman Allah SWT Al-Anfal 8:22 :

إِنَّ شَرَّ ٱلدَّوَآبِّ عِندَ ٱللَّهِ ٱلصُّمُّ ٱلْبُكْمُ ٱلَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ 

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang PEKAK lagi BISU, yang tidak mahu MENG'AQALI iaitu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).

Ada beza sedikit antara TULI, BUTA dan Tidk Dapat MENG'AQALI dengan TULI, BISU dan BUTA. Kita lihat pula kaitannya dengan TANDA-TANDA BUKTI-BUKTI AYAT-AYAT ALLAH SWT yang ada pada manusia pula iaitu Kajian Saintifik menunjukkan orang yang TULI dan BUTA, 100% mereka itu BISU sebab dia tiak nampak apa-apa cuma KEGELAPAN dan dia tidak dapat mendengar apa-apa bagaimana dia hendak Meniru atau belajar bercakap Langsong !! Bila sudah tiada 2 alat pancaindera TERPENTING untuk BELAJAR memahami maka bagaimana MUNGKIN boleh faham atau boleh berfikir atau meng'aqali.

Fahamilah ini adalah HASIL DIRI yang TERBURUK dan TERHINA sekali jika SUDAH Allah SWT Tulikan, Butakan, Bisukan dan Bodohkan sebab tidak mampu berfikir

Firman Allah SWT Al-Baqarah 2:13 :

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ ءَامِنُوا۟ كَمَآ ءَامَنَ ٱلنَّاسُ قَالُوٓا۟ أَنُؤْمِنُ كَمَآ ءَامَنَ ٱلسُّفَهَآءُۗ أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ ٱلسُّفَهَآءُ وَلَٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ 

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Firman Allah SWT Al-A'raf 7:179:

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآۚ أُو۟لَٰٓئِكَ كَٱلْأَنْعَٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْغَٰفِلُونَ 

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai QALBU (tetapi) tidak mahu MEMAHAMI dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai MATA (tetapi) tidak mahu MELIHAT  dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai TELINGA (tetapi) tidak mahu MENDENGAR dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti BINATANG TERNAK bahkan mereka LEBIH SESAT lagi; mereka itulah orang-orang yang LALAI   ٱلْغَٰفِلُونَ

******************

Sambungan bahasan Firman Allah SWT Al-Anfal 8:22 dan Firman Allah SWT Al-Anfal 8:23 :

Mengapa Allah SWT menyebut JIKA ALLAH MENGETAHUI ada kebaikan pada mereka ?

Dalam Ilmu Allah atau pengetahuan Allah SWT, manusia (atau Jin) jenis INI, yang MEMANG  tidak akan BERIMAN walaupun sudah JELAS KEBENARAN KENYATAAN BESERTA BUKTI ........ SUDAH tiada KEBAIKAN langsong. "hopeless dah guna langsong dah" maka mengapa tidak Allah SWT TARIK BALIK 3 ayat tersebut yang diberikan kepada manusia sejak dilahirkan !!??


Firman Allah SWT An-Nahl 16:78 :

وَٱللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْـًٔا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمْعَ وَٱلْأَبْصَٰرَ وَٱلْأَفْـِٔدَةَۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu PENDENGARAN dan PENGLIHATAN serta AF'IDAH (rasa sedar dan boleh berfikir ..... hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Jika di taddabur ayat Al Quran selalu akan kita fahami bahawa QALBU adalah subset kepada FU'AD atau jama'nya AF'IDAH.

Firman Allah SWT Al-An'am 6:46 :

قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِنْ أَخَذَ ٱللَّهُ سَمْعَكُمْ وَأَبْصَٰرَكُمْ وَخَتَمَ عَلَىٰ قُلُوبِكُم مَّنْ إِلَٰهٌ غَيْرُ ٱللَّهِ يَأْتِيكُم بِهِۗ ٱنظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ ٱلْءَايَٰتِ ثُمَّ هُمْ يَصْدِفُونَ 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan PENDENGARAN serta PENGLIHATAN kamu, dan Ia pula memeteraikan QALBU kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?" Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan TANDA-TANDA BUKTI-BUKTI AYAT-AYAT ALLAH SWT ----tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling - ingkar.

Tatkala itulah kita menjadi Manusia Paling Bodoh, Tuli, Bisu, Buta dan juga SESAT dan hasilnya ka Neraka Jahanam 

Firman Allah SWT Az-Zukhruf 43:40:

أَفَأَنتَ تُسْمِعُ ٱلصُّمَّ أَوْ تَهْدِى ٱلْعُمْىَ وَمَن كَانَ فِى ضَلَٰلٍ مُّبِينٍ
 

Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang TULI  mendengar, atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang BUTA (mata hatinya), dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata?


==========================
2. KEPEMBUDAYAAN AL QURAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA - SLIDES
(a)

 


3. HUKUM MEMBACA AL QURAN DENGAN BERTAJWID - SLIDES
(b) :







4. HUKUM MEMBACA AL QURAN DENGAN BERTAJWID - SLIDES
(c):
 




5. HUKUM MEMBACA AL QURAN DENGAN BERTAJWID - SLIDES
(d):
 

6. HUKUM MEMBACA AL QURAN DENGAN BERTAJWID - SLIDES
(e):

   


====================
7. PAUTAN2 BERKAIT :
=====================
=========================
================
================
=================
=================
========================
======================


=========================
======================
======================
================