Akan datang krisis pergeseran pemahaman dikalangan penganut al-Quran - iaitu diantara masyarakat yang lebih tua dan masyarakat masa depan {iaitu masa kini} .. Keseluruhan Surah Yaseen adalah bertumpu kpd Komuniti Masa Depan - masyarakat Islam hari ini - mereka akan melalui Zaman Gelap {Fasa 2} - mereka akan kehilangan arah, kehilangan hubungan dengan pemahaman sebenar Al-Quran selama kira-kira 1400 tahun.
Malangnya, terdapat banyak masyarakat dahulu dan juga pada masa kini yang tersalah anggap bahwa Allah tidak menurunkan sesiapa pun; Allah tidak mendedahkan sebarang maklumat baru; Allah tidak bercakap dengan kita; Allah tidak berkomunikasi melalui rasul.
Mereka keliru. Allah SWT memperingatkan kita melalui al-Quran. Dan katakanlah kepada Muhammad SAW akan ada di antara umatmu yang akan melakukan kesalahan yang sama.
Ya Sin 36:13
وَٱضْرِبْ لَهُم مَّثَلًا أَصْحَٰبَ ٱلْقَرْيَةِ إِذْ جَآءَهَا ٱلْمُرْسَلُون
Mafhum Lokusi Ibrahim:
Dan jadikanlah bagi mereka {orang-orang yang diberi peringatan} perumpamaan قَرْيَةِ, ketika rasul-rasul datang kepadanya.
Tafsir Ibn Kathir;
Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),
Tafsir terjemahan mafhum, tadabbur Surah Yaseen Ayat 36:13 hingga 36:15. Maksud sebenar kalimah ٱلْقَرْيَةِ dalam konteks ayat 36:13 adalah ٱلْقَرْيَةِ ia adalah perumpamaan yang Allah SWT gunakan bagi merujuk kpd komuniti masyarakat Islam masa kini (iaitu kita umat Muhammad SAW yang hidup hari ini). Ketika ayat ini diturunkan Allah SWT sedang berbicara {mengenai ٱلْقَرْيَةِ masyarakat zaman Rasulullah SAW} bersama Rasulullah SAW dan Allah SWT menasihati serta mengajar Rasulullah SAW supaya komuniti Islam yang akan hidup selepas kewafatan nya (komuniti al Quran masa kini} tidak akan terjerumus mengulangi kesalahan sama yang telah dilakukan oleh ٱلْقَرْيَةِ masyarakat zaman Rasulullah SAW.
Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh ٱلْقَرْيَةِ iaitu puak masyarakat terdahulu itu? Allah SWT telah berkali kali menghantar banyak Rasul2 yang ditugaskan untuk menyampaikan mesej dalam Kitab kitab mereka tetapi mereka telah menolak
Ya Sin 36:14
إِذْ أَرْسَلْنَآ إِلَيْهِمُ ٱثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوٓا۟ إِنَّآ إِلَيْكُم مُّرْسَلُونَ
Mafhum Lokusi Ibrahim:
Ketika Kami mengutus kepada mereka { إِلَيْهِمُ iaitu ٱلْقَرْيَةِ ) dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.
Ya Sin 36:15
قَالُوا۟ مَآ أَنتُمْ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا وَمَآ أَنزَلَ ٱلرَّحْمَٰنُ مِن شَىْءٍ إِنْ أَنتُمْ إِلَّا تَكْذِبُونَ
Mafhum Lokusi Ibrahim:
Kami telah mengutus kepada mereka { ٱلْقَرْيَةِ } dua orang yang mana kemudian telah mereka dustakan, dan kemudian Kami utuskan yang ketiga, mereka semua berkata "Kami telah diutus kepadamu'
إِنَّآ إِلَيْكُم مُّرْسَلُونَ - Ya Sin 36:14
Tafsir Ibn Kathir;
Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".
“ . . . Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta”. Ya Sin 36:15 - وَمَآ أَنزَلَ ٱلرَّحْمَٰنُ مِن شَىْءٍ Bermaksud mereka kata Ar Rahman tidak beri tahu apa apa pun kpd kami! Sedangkan Allah SWT telah pun menurunkan berapa ramai orang para utusan kepada mereka sebelum ini yang menjalankan tugas tanggung jawab mereka sebagai penyampai yang tulin, penyebar mesej Allah SWT yang benar, untuk mengajar mereka, untuk memperbaiki cara hidup mereka. Apakah benar kata-kata mereka itu ..” Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan) ???!!!
Maka Allah SWT berkata kata sesungguhnya mereka itu silap! Allah SWT mengajar Muhammad SAW "Ajarlah mereka dengan semampu kamu yang mana masyarakat masa depan ... akan melakukan kesalahan yang sama seperti komuniti terdahulu"
Apakah kesalahan komuniti masa depan itu {Iaitu komuniti Islam hari ini}? Kesalahan yang telah diberitahu Allah SWT ialah komuniti masa depan kemungkinan besar akan mengulangi kesalahan yang telah berlaku pada ٱلْقَرْيَةِ yang disebut dalam Yaseen 36:13 yang mana mereka sudah menerima hukum pembalasan yang setimpal.
Tafsir Lokusi Ibrahim Al-Mursalat 77:17 - ثُمَّ نُتْبِعُهُمُ ٱلْءَاخِرِينَ - “Sudah tentu Kami lakukan dan kemudian Kami juga menyebabkan orang-orang yang terkemudian {dalam Fasa 2 Zaman Kegelapan 1,400 tahun} ٱلْءَاخِرِينَ mengikuti mereka {dalam cara mereka yang sesat}”.
Jadi maksud Allah SWT berfirman :- “kamu fikir hanya kerana kamu diberi Al-Quran dan Al-Quran itu sendiri terpelihara kamu tidak akan melakukan kesalahan yang sama ٱلْقَرْيَةِ Ya Sin 36:13, seperti dalam: ٱلْأَوَّلِينَ : generasi terdahulu yang diberi kitab pertama untuk Musa sudah tentu kamu boleh melakukan kesalahan yang sama seperti mereka dan kemudian Allah SWT berfirman 'Kami akan menjadikan mereka yang terkemudian ٱلْءَاخِرِينَ mengikut yang terdahulu ٱلْأَوَّلِينَ dan inilah yang kita lihat dari riwayat kekasih kita SAW melalui hadeeth berikut:-
Ṣaḥīḥ al-Bukhārī 3269, Ṣaḥīḥ Muslim 2669 - Abu Sa’id al-Khudri} -
َدَّثَنِي سُوَيْدُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ مَيْسَرَةَ، حَدَّثَنِي زَيْدُ بْنُ أَسْلَمَ، عَنْ عَطَاءِ، بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ " . قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ " فَمَنْ "
Muhammad SAW telah berpesan kepada para sahabatnya: " لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ" "Hendaklah kamu mengikut peraturan dan cara orang-orang sebelum kamu, segenggam dengan segenggam, sepelengan dengan sepelengan, sehingga walaupun mereka mengikut biawak pun kamu akan mengikut mereka". Dan mereka bertanya kepadanya "Siapakah yang kamu maksudkan itu wahai Rasulullah, orang-orang Yahudi dan Nasrani?" Dia berkata "Siapa lagi!".
Walaupun Allah SWT tidak lagi menurunkan utusan selepas Muhammad SAW sesungguhnya “utusan” al Quran itulah harus dijadikan sebagai “pemimpin”, “imam”, “penghulu”; “penyampai ilmu yang tulin” kerana al Quran itu sudah menjadi satu-satunya wasiat terpenting lagi paling berharga yang ditinggalkan oleh junjungan kita nabi Muhammad SAW. Kerana Muhammad SAW sudah meninggalkan al Quran bagi bekalan ilmu kita semua.
Jadi tersalah tanggapan komuniti terdahulu itu bahwa Allah tidak menurunkan sesiapa rasul pun; Allah tidak mendedahkan sebarang maklumat baru; Allah tidak bercakap dengan kita; Allah tidak berkomunikasi melalui rasul - ke semua salah tanggapan itu adalah amat mendukacitakan. Kerana Allah SWT sudah menurunkan panduan kitab-kitab tertentu kepada rasul-rasul mereka yang terdahulu (Musa a.s.; Ibrahim a.s. ; Issa a.s. dan selain-lainnya) iaitu Taurat dan Injil.
Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah putus hubungan dengan kita bagi hamba-hambaNya yang “mahu berhubung” dengan Nya. Allah SWT sentiasa berkomunikasi dengan kita selagi kita mahu membaca ayat-ayat al Quran dengan menggunakan kaedah metodologi pembacaan yang betul kaedah pemahaman Linguistik yang betul; Allah SWT bersiap siaga mendedahkan “maklumat baru” bagi kita setiap kali kita berinteraksi dengan al Quran; Allah SWT masih “bercakap-cakap” dengan kita dan “bersedia menjawab” setiap soalan kemusykilan yang kita ajukan kepadaNya langsung memberi jawapan “mengikut tahap persediaan Nafs kita bagi menerima ilmu baru itu”. Al-Mursalat 77:6 عُذْرًا أَوْ نُذْرًا - Maksud أَوْ نُذْرًا Al-Mursalat 77:6 menjelaskan يسر {status kognisi akal mudah menerima sepadan dengan waktunya}
Cepat atau lambat diterima jawapan Nya tidak jadi satu masalah pun bagi kita. Yang penting kita terus berusaha mencari ilmu. Kita disini pun hanya sebagai tetamuNya bila-bila masa akan dijemput pulang tetapi apakah persediaan kita? Cukupkah berpuas hatikah kita dengan setakat membaca kosong sahaja, atau dengan mendendangkan bacaan dengan berlagu merdu sedap didengari sahaja? Tanpa memahami sepatah kalimah serungkai ayat? Dimana letaknya akal hati budi qalbu kita sebagai insan menerima segala nikmat prasarana kemudahan anugerah Nya sudahkah kita manfaatkan semua itu akal fikiran dan sebagainya?
Zaman Nabi dan Rasul sudah selesai - sudah ditamatkan lebih 1,400. Komuniti al Quran hari ini tidak perlu “penasihat dikalangan manusia - Nabi atau Rasul atau perantara sesama manusia untuk kita berinteraksi dengan Allah SWT”.
Bagi kita kumpulan ٱلْقَرْيَةِ hari ini kita ada al Quran kita boleh mengadu apa jua hal secara terus kepada Nya. Pintu pengaduan sentiasa terbuka. Kita boleh berhubung terus dengan Allah SWT bila-bila masa kita mahu. Dia sedia menerima ! Dia sentiasa menunggu! Itu janji Allah SWT.
Ya Sin 36:2 وَٱلْقُرْءَانِ ٱلْحَكِيمِ - yang mengandungi sumpah dengan Al-Quran yang memberikan kefahaman linguistik yang jelas وَمَا عَلَيْنَآ إِلَّا ٱلْبَلَٰغُ ٱلْمُبِين Ya Sin 36:17 bahawa di sana ada petunjuk, pengesahan bahawa Allah SWT menghendaki kita memberi perhatian yang sebenar kepada PEMAHAMAN LINGUISTIK bagi seluruh Surah Yaseen ini.
Tetapi malangnya sebilangan besar mereka, iaitu komuniti Islam yang membaca al Quran hari ini telah mengabaikan al Quran. Iyalah sangat betul mereka pandai membacanya. Bijak ber iqra’ mengikut aspek ilmu tadarus yang betul dan dengan cara apa jua pun. Tetapi tidak sesungguhnya memahami apa yang dibacakan. Kerana mereka tiada keinginan hendak mengkaji makna dari aspek linguistik, metodologi pembelajaran ilmu bahasa Arab al Quran, istilah-istilah, kalimah-kalimah yang Allah SWT gunakan dalam ayat-ayat al Quran. Maka maksud sebenar Mesej Allah SWT dalam ayat ayat al Quran tidak sampai kepada mereka. Mereka hanya berpuas hati dengan membaca tafsir sahaja tak mahu berusaha mengambil tahu langsong makna sebenar kalimah-kalimah yang digunakan Allah SWT dalam loghat bahasa nabi Ibrahim a. s.
Mengapa kita komuniti Quran hari ini harus belajar ilmu bahasa al Quran, dengan metodologi lughatul Ibrahim a.s ? Apa pentingnya?
Sesungguhnya Allah SWT gunakan loghat bahasa lughatul Ibrahim dalam al Quran. Bukan dalam bahasa percakapan Arab kontemporari seperti yg bangsa Arab Mesir dan Arab satu dunia gunakan dalam percakapan harian. Itu lain. Bahasa Arab Quran lain, sesungguhnya ia adalah loghat bahasa ayat-ayat al Quran yang diturunkan kepada Muhammad SAW sama ada secara terus, mahupun melalui utusan Nya {malaikat Jibril } .
Maka Allah SWT berpesan kepada Rasulullah SAW : : Ketika ayat ini { Surah Yaseen Ayat 36:13 hingga 36:15. } diturunkan Allah SWT sedang berbicara bersama Rasulullah SAW dan Allah SWT menasihati serta mengajar Rasulullah SAW supaya komuniti Islam yang akan hidup selepas kewafatan nya tidak akan terjerumus mengulangi kesalahan sama yang telah dilakukan oleh ٱلْقَرْيَةِ masyarakat zaman Rasulullah SAW.
Komuniti masa depan akan menganggap mereka kebal dari melakukan kesalahan yang sama seperti komuniti terdahulu. Jadi ini adalah contoh balas terhadap pemikiran salah masyarakat masa depan. ٱلْقَرْيَةِ = mengingatkan masyarakat masa depan yang membaca al-Quran iaitu kita sekarang ini}, bahawa sebelum kita terdapat banyak masyarakat telah didatangi utusan tetapi mereka mendustakan lalu kemudian menerima balasan hukuman Allah SWT.
Jadi masyarakat masa depan {iaitu kita sekarang ini} harus ingat kita juga boleh melakukan kesalahan yang sama. Jadi kita perlu sedar perlu perbaiki jalan kita membetulkan kesilapan agar tidak terperangkap melakukan kesalahan yang sama seperti orang sebelum kita. إِنَّآ إِلَيْكُم مُّرْسَلُونَ -
.
.