LARANGAN MENURUTI AJAKAN KEBODOHAN DAN KEZALIMAN
Gambaran kebebalan - awal abad ke 16 oleh Quentin Matsys
Sifat seseorang yang bodoh terjadi akibat atau menandakan kecerdasan rendah atau lemah kemampuan belajar. Istilah ini berkonotasi negatif apabila dihamburkan dengan kata-kata memaki hamun seseorang, dengan itu istilah bodoh atau dungu ini amat sensitif kerana ia menghina seseorang.
Salah satu dari 5 hukum asas terhadap kebodohan yang telah di huraikan oleh sejarawan ekonomi terkenal, Carlo Maria Cipolla, iaitu hukum yang ke3:
- Seseorang adalah bodoh jika ia menyebabkan kerosakan kepada orang lain atau kumpulan orang tanpa mengalami keuntungan peribadi, atau menyebabkan kerosakan lebih teruk kepada diri mereka sendiri dalam proses tersebut.
Piktografi Alfred E Neuman yang digunakan dalam contoh orang itu yang mahu mengundi
tetapi terlalu jahil untuk memahami apa maksud mengundi itu !!
Yang bahlul atau dungu telah menjadi watak utama dalam banyak komedi. Jenaka berdasarkan kebodohan telah tersebar luas dalam masyarakat yang lebih kompleks.
Ada juga fenomena kejahilan yang disengajakan dimana didapati ia semakin menjadi satu strategi untuk berjaya di dalam alam politik dan hiburan. Daripada internet ka telivision dan seterusnya filem2 popular, cengkaman fenomena kebodohan ke atas masyarakat telah mencakupi paras amat tinggi. Hingga tiada lagi didapati sebagai suatu fenomena yang anih bahawa, walaupun didapati media massa memiliki potensi begitu tinggi sebagai alat pendidikan dan peningkatan pembaikan diri, mengapa agaknya yang membuatkan begitu ramai orang balik ka rumah selepas penat bekerja sepanjang hari, terus melepak depan tv bagi menonton siri2 filem, episod komedi yang tidak dapat langsong memberangsangkan akal fikiran yang waras?
Adjektif;Sombong - Bersinonim dengan
angkuh, bongkak, tinggi hati, congkak, pongah, riak, takbur, cakap besar, hidung tinggi, megah, agah, peteras, kocak, congah, bongak, uju, ujub, songor songor, maghrur, hagas, leweh, panggak, umuk, agul-agul, anggak, gaduk, burakah, pondik;,
Kata Terbitan : menyombong, menyombongkan, kesombongan
Sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol: ~ sangat budak ini; masa ~ Id
a) tidak acuh, tidak menghiraukan: dlm hal ini kita tidak boleh bersikap masa ~;
b) perkara awak (bukan soal saya):
itu masa ~ awak;
~ alang agak bodoh;
~ sepat nampaknya bodoh, tetapi sebenarnya tidak;
~ sombong tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dsb orang lain;
sebodoh-bodoh bagaimana (betapa) bodoh sekalipun: ~ aku, rasanya aku tidak akan menyerah kalah dgn begitu sahaja;
- membodohkan :
1. menjadikan bodoh, membiarkan bodoh: budak itu dibodohkan oleh emak tirinya dgn tidak memasukkannya ke sekolah;
2. menganggap bodoh;
3. mengakali, menipu: aku hendak tahu apa maksudmu ~ aku;
kebodohan
1. perihal bodoh, kebebalan, kedunguan, ketololan;
2. Jk kesalahan, kekeliruan; kebodoh-bodohan agak bodoh.
Bodoh Sombong
Definisi : tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dsb orang lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
=============================
Kisah Musa a.s Menerima Taurat Diketahui Nabi Muhammad Melalui Wahyu
Pendirian Rasulullah SAW terhadap "Kebodohan"
Kebodohan merupakan salah satu perkara yang amat dibenci oleh Rasulullah SAW. Sebagaimana perkara yang lain seperti penyakit hati. Betapa kebodohan dapat menjadi sebuah pedang yang tajam kerana pada dasarnya kebodohan merupakan sifat yang amat disukai oleh iblis dan syaitan. Terdapat perbezaan antara ketidaktahuan dan kebodohan.
Terdapat perbezaan antara ketidakmengertian dan kebodohan, kerana kebodohan biasanya senantiasa bersama dengan orang yang malas, sedangkan ketidaktahuan disebabkan kerana memang belum belajar dan tidak memahami mengenai perkara tersebut.
Telah ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW :
إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ
(البخاري)
"Idzaa wussidal amru ilaa ghoiri ahlihi fantadziris saa'ah."
Apabila perkara diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah kiamat
(HR Al Bukhari dari Abi Hurairah)
Rasulullah telah dapat menjangkakan bahawa kelak datang masa dimana orang-orang bodoh yang lebih banyak berbicara. Sehingga ia berbicara mengenai ilmu tanpa dasar mahupun berlandaskan dasar yang lemah lagi tidak wujud. Orang bodoh akan selalu ingin terlihat pintar sehingga ia akan berbicara tanpa memahami betul apa maknanya, apa maksudnya perkara yang diperbicarakan.
Sebagaimana hal tersebut telah diperingatkan dalam Hadis . dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Abu Ya'la, dan Al-Bazzar, sanadnya jayyid (bagus): Dan juga riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah. Lihat Kitab Fathul Bari, juz 13 halaman 84 :
حَدِيث أَنَس
” أَنَّ أَمَام الدَّجَّال سُنُونَ خَدَّاعَات يُكَذَّب فِيهَا الصَّادِق وَيُصَدَّق فِيهَا الْكَاذِب وَيُخَوَّن فِيهَا الْأَمِين وَيُؤْتَمَن فِيهَا الْخَائِن وَيَتَكَلَّم فِيهَا الرُّوَيْبِضَة ”
الْحَدِيث أَخْرَجَهُ أَحْمَد وَأَبُو يَعْلَى وَالْبَزَّار وَسَنَده جَيِّد , وَمِثْله لِابْنِ مَاجَهْ مِنْ حَدِيث أَبِي هُرَيْرَة وَفِيهِ
” قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَة ؟ قَالَ الرَّجُل التَّافِه يَتَكَلَّم فِي أَمْر الْعَامَّة “
( فتح الباري).
"Sesungguhnya di depan Dajjal ada tahun-tahun banyak tipuan - dimana saat itu - orang jujur didustakan, pembohong dibenarkan, orang yang amanah dianggap khianat, orng yang khianat di anggap amanah, dan disana berbicaralah Ruwaibidhoh"
Nabi SAW ditanya , apa itu Ruwaibidhoh?
Nabi SAW bersabda :
Orang yang bodoh (tetapi) berbicara mengenai urusan orang banyak/umum.
===========================
Pengertian "Kebodohan" didalam Islam
Islam sendiri mengertikan kebodohan sebagaimana zaman Jahilliyah, ketika itu banyak orang yang tersesat kerana kebodohannya..Sehingga kemudian Allah menurunkan wahyu pertama-Nya iaitu surah Al-Alaq ayat 1 - 5.
Al-'Alaq 96:1
ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Dalam ayat pertama-Nya bermakna "Bacalah", ertinya bahawa manusia harus selalu belajar agar tidak terjerumus dalam kebodohan, sebagaimana firman Allah SWT berikut :
Al-Anfal 8:22
إِنَّ شَرَّ ٱلدَّوَآبِّ عِندَ ٱللَّهِ ٱلصُّمُّ ٱلْبُكْمُ ٱلَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ
Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).
======================
Sebenarnya kebodohan itu amat merbahaya namun tidak disedari. Sangat rugilah jika kita terperangkap dalam kebodohan tanpa mahu berusaha untuk keluar.
1. Tidak Dapat Memilih Mana Yang Baik Dan Yang Buruk
2. Memiliki Pengetahuan Sempit
3. Memiliki Pemahaman Yang Salah
4. Tidak Memiliki Prestasi
5. Suka Mengada-ada
6. Banyak Bicara
7. Mudah Ditipu Orang Lain
8. Mudah Dipengaruhi
9. Memiliki Pandangan Yang Sesat
10. Menimbulkan Kerosakan
11. Membawa Fahaman Yang Menyesatkan
12. Kebodohan Seperti Terlepas Anak Panah Dari Busur
13. Pemimpin Yang Bodoh Akan Menyesatkan Umatnya
Allah SWT berfirman mengenai Muhammad SAW mengetahui kisah Musa a.s. menerima Taurat melalui Wahyu-Nya telah diceritakan-Nya melalui :
i) Al-Qasas 28:44 :
وَمَا كُنتَ بِجَانِبِ ٱلْغَرْبِىِّ إِذْ قَضَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَى ٱلْأَمْرَ
Dan engkau (wahai Muhammad) tidak ada di sebelah barat (tempat Musa a.s. menerima wahyu) ketika Kami sempurnakan penyerahan Kitab Taurat kepadanya, dan engkau juga tidak termasuk dalam golongan yang menyaksikan peristiwa itu.
ii) Al-Qasas 28:45 :
وَلَٰكِنَّآ
Akan tetapi
(engkau hanya mengetahui kisah itu dengan jalan Kami memberi wahyu kenabian kepada mu disebabkan)
أَنشَأْنَا قُرُونًا فَتَطَاوَلَ عَلَيْهِمُ ٱلْعُمُرُۚ
Kami telah mengadakan beberapa umat (dari zaman Nabi Musa hingga ke zamanmu) sampai berlanjutanlah masa yang mereka lalui (serta kucar-kacirlah ugama yang mereka anuti).
وَمَا كُنتَ ثَاوِيًا فِىٓ أَهْلِ مَدْيَنَ تَتْلُوا۟ عَلَيْهِمْ ءَايَٰتِنَا وَلَٰكِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ
Dan engkau pula tidak pernah tinggal bersama-sama penduduk negeri Madyan membaca dan mempelajari dari mereka ayat-ayat keterangan Kami (tentang hal Musa a.s. di sana), tetapi Kami lah yang mengutusmu (menjadi Rasul dan memberi wahyu kepadamu mengenai hal itu).
iii) Al-Qasas 28:46 :
وَمَا كُنتَ بِجَانِبِ ٱلطُّورِ
Dan engkau juga tidak berada dekat Gunung Tursina
إِذْ نَادَيْنَا
ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu),
وَلَٰكِن
akan tetapi
رَّحْمَةً مِّن رَّبِّكَ
( Kami mengutus kamu - diturunkan) rahmat Al-Quran dari Tuhanmu menerangkan Kisah itu)
لِتُنذِرَ قَوْمًا مَّآ أَتَىٰهُم مِّن نَّذِيرٍ مِّن قَبْلِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
supaya engkau memberi amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya).
Yusuf 12:111
Yusuf 12:111
لَقَدْ كَانَ فِى قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَٰكِن تَصْدِيقَ ٱلَّذِى بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَىْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
{Oleh itu, warisan yang bersandarkan kepada kisah/sejarah dalam al-Quran memiliki makna tersendiri bila dibandingkan dengan isi kandungan al-Qur`an yang lain. Dengan demikian, sebagai umat Islam perlu mengetahui nilai warisan yang ada dalam Al-Qur`an untuk mengambil pelajaran dari kisah-kisah umat terdahulu. Warisan yang disebutkan dalam al-Qur`an bukan hanya terhad kepada perbahasan ilmu faraid atau yang berkaitan dengan harta pusaka tetapi lebih daripada itu yang merangkumi warisan nabi-nabi dan rasul yang masih dikenang sehingga sekarang. Dan warisan yang seumpama ini masih dilestarikan melalui pendekatan ibadah, renungan dan amalan. Di sisi lain perlu juga dipahami bahawa Islam bukanlah peninggalan sejarah, demikian juga manhajnya, jika manhaj harus dikatakan sebagai penginggalan sejarah agama, tentunya tidak seperti pemahaman Barat terhadap pengertian istilah-istilah ini, dengan demikian orang yang memiliki paradigma islami tidak dapat dikatakan sebagai ahli sejarah. Manhaj Islam tidak layak dikatakan sebagai peninggalan sejarah kerana Islam lebih dari sekadar itu}
وَلَوْلَآ
maka, akan tidaklah
فَيَقُولُوا۟
lalu mereka (kaum musyrik itu) berkata
أَن تُصِيبَهُم مُّصِيبَةٌۢ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ
- semasa mereka ditimpa bala bencana disebabkan perbuatan kufur dan maksiat yang mereka lakukan
رَبَّنَا لَوْلَآ أَرْسَلْتَ إِلَيْنَا رَسُولًا فَنَتَّبِعَ ءَايَٰتِكَ وَنَكُونَ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ
"Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada Kami seorang Rasul supaya kami menurut ayat-ayat keteranganMu (yang dibawanya), dan supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman, "
(tentulah engkau wahai Muhammad tidak diutuskan kepada mereka, bahkan Kami terus menyiksa mereka).
Kekufuran Orang Kafir Terbukti Dengan Pengingkaran, Sekalipun Ianya Didatangkan Rahmat Atas Permintaan Mereka
v) Al-Qasas 28:48:
Kekufuran Orang Kafir Terbukti Dengan Pengingkaran, Sekalipun Ianya Didatangkan Rahmat Atas Permintaan Mereka
v) Al-Qasas 28:48:
فَلَمَّا جَآءَهُمُ ٱلْحَقُّ مِنْ عِندِنَا
Maka ketika datang kepada mereka kebenaran (Al-Quran) dari sisi Kami,
قَالُوا۟ لَوْلَآ أُوتِىَ مِثْلَ مَآ أُوتِىَ مُوسَىٰٓۚ
mereka berkata pula: "Hendaknya (Muhammad) diberi (Kitab ugama yang diturunkan dengan sekaligus) sebagaimana Kitab Taurat yang diberikan kepada Musa dahulu".
أَوَلَمْ يَكْفُرُوا۟ بِمَآ أُوتِىَ مُوسَىٰ مِن قَبْلُۖ
Bukankah mereka dahulu telah kufur ingkar akan apa yang diberikan kepada Nabi Musa?
قَالُوا۟ سِحْرَانِ تَظَٰهَرَا
Mereka berkata lagi: "Kedua-duanya (Musa dan Harun adalah penyihir) maksudnya (Al-Quran dan Taurat) itu ialah sihir yang saling membantu (yang satu menyokong yang lain).
وَقَالُوٓا۟ إِنَّا بِكُلٍّ كَٰفِرُون
"Dan mereka berkata pula: "Sesungguhnya kami kufur ingkar terhadap Kitab-kitab itu semuanya!"
vi) Al-Qasas 28:49 :
قُلْ فَأْتُوا۟ بِكِتَٰبٍ مِّنْ عِندِ ٱللَّهِ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau demikianlah sikap kamu maka bawalah sebuah Kitab dari sisi Allah
هُوَ أَهْدَىٰ مِنْهُمَآ
yang dapat memberi panduan lebih daripada keduanya (Taurat dan Al Quran),
أَتَّبِعْهُ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ
supaya aku menurutnya. ( "Bawalah ia ) jika betul kamu orang-orang yang benar ".vii) Al-Qasas 28:50 :
فَإِن لَّمْ يَسْتَجِيبُوا۟ لَكَ فَٱعْلَمْ
Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad),
أَنَّمَا يَتَّبِعُونَ أَهْوَآءَهُمْۚ
maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka;
وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنِ ٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ بِغَيْرِ هُدًى مِّنَ ٱللَّهِۚ
dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah.
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).
Allah SWT mencela orang yang menuruti kebodohan dan kezaliman melalui firman-Nya:
"Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya)."
فَإِن لَّمْ يَسْتَجِيبُوا۟ لَكَ فَٱعْلَمْ أَنَّمَا يَتَّبِعُونَ أَهْوَآءَهُمْۚ وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنِ ٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ بِغَيْرِ هُدًى
مِّنَ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّٰلِمِينَ
(Al-Qasas 28:50)
Dan firman-Nya,
"Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka."
"Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka."
إِنْ هِىَ إِلَّآ أَسْمَآءٌ سَمَّيْتُمُوهَآ أَنتُمْ وَءَابَآؤُكُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِهَا مِن سُلْطَٰنٍۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَمَا تَهْوَى ٱلْأَنفُسُۖ وَلَقَدْ جَآءَهُم مِّن رَّبِّهِمُ ٱلْهُدَىٰٓ
(An-Najm 53:23)
Oleh sebab itu, dasar segala kebaikan adalah ilmu dan keadilan, sedangkan dasar segala kejahatan adalah kebodohan dan kezaliman.
Allah telah menjadikan keadilan yang diperintahkan sebagai batasan.
Maka sesiapa yang melampauinya, bererti dia berlaku zalim dan melampaui batas.
Dan kerananya, ia akan mendapatkan celaan dan hukuman sesuai dengan tingkat kezaliman dan permusuhannya.
Oleh itu, Allah berfirman, :
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."
يَٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ وَلَا تُسْرِفُوٓا۟ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْرِفِينَ
(Al-A'raf 7:31)
Dan firman-Nya, :"Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;"
فَمَنِ ٱبْتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٰلِكَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْعَادُونَ
(Al-Mu'minun 23:7)
Kemudian Allah Berfirman Tentang Berjihad Dengan Jiwa Dan Harta Di Jalan Allah SWT
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْأَهِلَّةِۖ قُلْ هِىَ مَوَٰقِيتُ لِلنَّاسِ وَٱلْحَجِّۗ وَلَيْسَ ٱلْبِرُّ بِأَن تَأْتُوا۟ ٱلْبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَٰكِنَّ ٱلْبِرَّ مَنِ ٱتَّقَىٰۗ وَأْتُوا۟ ٱلْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَٰبِهَاۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
(Al-Baqarah 2:189)
"Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh."
وَقَٰتِلُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوٓا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُعْتَدِينَ
(Al-Baqarah 2:190)
Maksudnya, kecintaan kepada kezaliman dan permusuhan adalah kerana rosaknya ilmu, atau rosaknya tujuan, atau kerana kerosakan kedua-duanya.
Ada pula yang berpendapat bahawa rosaknya tujuan disebabkan oleh rosaknya ilmu. Jika tidak, tentu kalau ia mengetahui bahaya tersebut dengan akibatnya, ia tidak akan mengutamakannya.
Justeru itu orang yang mengetahui makanan lazat namun beracun tentu ia tidak akan menyantapnya, sedang ketidakmengertiannya tentang bahaya yang akan mengancam, juga lemahnya keinginan untuk menjauhinya, menjadikannya terjerumus dalam bahaya tersebut.
=======================
Hakikat iman ialah yang membawa pemiliknya untuk melakukan apa yang bermanfaat baginya, dan meninggalkan apa yang membahayakannya.
Jika ia tidak melakukan hal yang bermanfaat, atau tidak meninggalkan yang membahayakannya, maka bererti imannya bukan iman yang sesungguhnya, tetapi ia baru memiliki kadar iman seperti itu.
Seorang mukmin yang hakiki adalah yang seakan-akan ia melihat neraka sehingga ia tidak meniti jalan yang menjerumuskan dirinya ke dalamnya, apa lagi berusaha untuk masuk ke dalamnya.
Seorang mukmin yang hakiki adalah yang ia tidak berpangku tangan untuk berusaha mencari syurga. Hal tersebut sama dengan apa yang dicari manusia di dunia, iaitu berbagai kemanfaatan atau untuk menghindar daripada berbagai bahaya.


