Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa mempelajari, menghafaz dan mengamalkan surah ini, dia mendapat balasan yang besar di sisi Allah سبحانه وتعالى. Di akhirat kelak, surah ini akan berjalan bersama surah Al-Baqarah dengan melayang-layang seperti awan, teduhan atau payung. Ia berjalan di hadapan tuannya. Segala bahaya api neraka yang hendak mendatangi tuannya, ia akan menghalang dan mempertahankannya.”
Imam ad-Dailami dari Imam Makhul mengatakan: “Sesiapa membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka para malaikat memohon keampunan untuknya sehingga ke malam hari.”
Aal-e-Imran 3:26
قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلْمُلْكِ تُؤْتِى ٱلْمُلْكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلْمُلْكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلْخَيْرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
















































