Saturday, March 21, 2020

Israk Mikraj.

Lepas Maghrib ialah malam Israk Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj nabi besar kita Muhammad ﷺ terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12.

Kisah luar biasa "dalam satu malam" ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah bagi Muhammad ﷺ yang tak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Muhammad ﷺ sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah kepada Muhammad ﷺ.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.