Monday, June 24, 2024

ADDENDUM to YT182

(yang telah bermula dengan)

Bahagian 1 - 

YT176 Pendedahan Rahsia Al-Quran yang Menakjubkan! Apakah Mawj (Gelombang Berbahaya)? Bagaimana untuk Mengelakkan nya?

https://www.youtube.com/live/DOdqPNFSvR8?feature=shared


Bahagian 2 - 

YT177 'Mawj' Tersembunyi Di Tempat Yang Tidak Anda Sangka! Keperluan Mawj (Gelombang Berbahaya) dalam Al-Quran! 

https://www.youtube.com/live/DetieJkB_6Q?feature=shared


Bahagian 3 -

YT178 3 Bukti BARU dari Al-Quran bahawa Allahhumma adalah Mawj (Gelombang Tenggelam) yang paling berbahaya dalam al-Quran! 

https://www.youtube.com/live/9km4a41_zX0?feature=shared


Bahagian 4 -

YT179 Mengapa Sotong Menakjubkan Tidak Pernah Disebut Dalam Al-Quran? Siapa yang Mengarang Al-Quran? 

https://www.youtube.com/live/yyiQJVkrJKY?feature=shared


Bahagian 5 -

YT180 Bolehkah Malaa'ikah (Malaikat) Bersalah kerana Maksiat, Sombong? Siapa yang Memberikan Keputusan? Dan bila? 

https://www.youtube.com/live/8EyjODDbpFE?feature=shared


Bahagian 6 -

YT181 Mengejutkan! 3 Doa Al-Quran yang Meragukan dan Bukti Mengapa ANDA Perlu Mengelakkannya? 

https://www.youtube.com/live/svkxaDGySqU?feature=shared


Bahagian 7 -

YT182 Teka-teki Buah Delima dalam Al-Quran! Apakah

وَالْعَصْر dalam Surah 103? 

https://www.youtube.com/live/Ya6IJj5TYD8?feature=shared

***************************

Apakah َالْعَصْر dalam Surah 103?

*********************************************************


  • Kita mengupas ayat Ar-Rahman 55:68 ini dengan teliti dalam YT148 

  • Kemudian kita akan meneliti ayat 6:141 dan 6:99 untuk melihat persamaan dan perbezaan antara dua ayat inisebelum mengakhiri episod ini dengan Surah 103 Al-'Asr 
  • Kena faham Kisah Sulaiman sebelum anda boleh memahami video ini. Dan saya sangat mengesyorkan YT93 dan YT133 yang menganalisis As-Saarh dan beberapa aspek model Akhirat 




  • وَّالنَّخْلَ - kisah-kisah rasul dan Nabi yang ditapis نَّخْلَ، rujukan pada YT64 Mengapa hanya lima jenis buah yang disebut dalam Al-Quran? Apakah Zikir dan apakah yang diwakili oleh buah-buahan? 


  • Rujuk siri tentang Surah Abassa tentang Tafsiran Bersarang :

YT60 Adakah Mohammad Berkerut Dahi dan Menolak Lelaki Buta itu? Surah Abasa (Surah 80): Part 1



YT61 Adakah lelaki yang mengerutkan dahinya adalah lelaki yang sama yang mati selama 100 tahun?Surah Abasa(Surah 80)-2:259: Bahagian 2



YT62 Bukti Baru siapakah lelaki yang berkerut dahi dalam Surah Abasa(bab 80)-Bukan Muhammad! -Bahagian 3



YT63 Apakah janji yang akan datang yang disebut dalam Surah Abasa (bab 80) - Adakah ini tentang anda? - Bahagian 4



YT64 Mengapa hanya lima jenis buah yang disebut dalam Al-Quran? Apakah Zikir dan apakah yang diwakili oleh buah-buahan?


Buah-buahan manakah dan berapa Ayat menyebut buahan tertentu?


زيتون - Zaytūn, Zaitun - 6:99, 6:141, 16:11, 24:35, 80:29, dan 95:1 

   

Rum-man, Delima - 6:99, 6:141, dan 55:68  - رُمَّان


نَخْل - Nakhl, dan juga Nakhil نَخِيل Pokok Kurma 6:99, 6:141, 16:67, 18:32, 19:23, 19:25, 20 :71, 26:148, 50:10, 55:11, 55:68, dan 80:29


Enab  -  عِنَب  dan juga أَعْناب  A’enab - Anggur, 2:226, 6:99, 13:4, 16:11, 16:57, 17:91, 18:32, 23:19, 36:34, 78:32 dan 80:28


Tin, "Figs" 95:1"  -   تِين 




  • Apa ada pada buah-buahan ini? Kesemua buah-buahan ini dalam al -Quran didapati berkait rapat dengan "جَنّة" (yang juga bermaksud jenis Perumpamaan yang mana hanya insan tertentu dapat memahaminya - Pemahaman Tertutup) - yang hanya boleh diakses oleh para Muttaquun, iaitu orang yang secara berdisiplin, menerapkan metodologi al Quran yang Allah SWT berikan didalam al Quran).

Semak beberapa pengetahuan asas mengenai buah-buahan tersebut:


1.    Anggur mengambil masa sekurang-kurangnya 3 tahun untuk berbuah, saiz bebola akar 33 kaki lebar x 15 kaki dalam, dengan jangka hayat kira-kira 100-125 tahun


2.    Pokok kurma mengambil masa kira-kira 5-10 tahun untuk berbuah dengan saiz bebola akar kira-kira 50 kaki lebar x 6 kaki dalam, dengan anggaran jangka hayat 150 tahun


3.    Delima mengambil masa 2 tahun atau lebih sebelum anda melihat buah-buahan saiz bebola akarnya kira-kira 8 kaki lebar x 3 kaki dalam, dan ia boleh bertahan kira-kira 200 tahun


4.    Pokok ara mengambil masa 8-10 tahun sebelum anda melihat buah, bebola akarnya adalah 50 kaki lebar x 20 kaki dalam, dan boleh bertahan 200 tahun


5.    Dan pokok zaitun mengambil masa kira-kira 5 tahun untuk berbuah, saiz bebola akarnya 40 kaki lebar x 20 kaki dalam, dan jangka hayatnya lebih kurang 2,000 tahun


Jadi pokok-pokok ini, jenis buah-buahan ini ditunjukkan dalam al Quran untuk suatu tujuan - bersebab. Sekarang sebaliknya kita melihat Bani Israel (pengikut Nabi Musa) apabila mereka meminta Musa ketika mereka berkeliaran di padang pasir. Allah SWT memberitahu kita:-


Al-Baqarah 2:61

وَإِذْ قُلْتُمْ يَٰمُوسَىٰ لَن نَّصْبِرَ عَلَىٰ طَعَامٍ وَٰحِدٍ فَٱدْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلْأَرْضُ مِنۢ بَقْلِهَا وَقِثَّآئِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَاۖ قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ ٱلَّذِى هُوَ أَدْنَىٰ بِٱلَّذِى هُوَ خَيْرٌۚ ٱهْبِطُوا۟ مِصْرًا فَإِنَّ لَكُم مَّا سَأَلْتُمْۗ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلْمَسْكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٍ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا۟ يَكْفُرُونَ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقْتُلُونَ ٱلنَّبِيِّۦنَ بِغَيْرِ ٱلْحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ يَعْتَدُونَ 


"Dan ketika kaum kamu berkata: Wahai Musa! Kami tidak akan sabar untuk hanya menerima satu jenis makanan sahaja. Maka berdoalah kepada Tuhanmu, supaya Dia mengeluarkan untuk kami dari apa yang ditumbuhkan dari Kitab, dan hasil daripadanya, timunnya, biji-bijian, kekacangnya, dan bawangnya." Dia menjawab: "Adakah kamu menggantikan yang kecil dengan doa yang lebih baik? .... {2:61} 


Maksud Allah SWT sebenarnya "dari apa yang ditumbuhkan oleh Kitab" {"ٱلْأَرْضُ" jelas disini bermaksud Kitab Suci ... bukan Bumi" } telah di salah tafsirkan sebagai "dari apa yang ditumbuhkan oleh Bumi "مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلْأَرْضُ" "dari hasil buahnya, timunnya, biji-bijiannya, kacang-kacangannya, dan bawangnya." 

{Jenis sayuran tersebut itu juga sebenarnya adalah perumpamaan-perumpamaan sahaja)

Beliau (Musa a.s.) menjawab: "Adakah kamu menggantikan doa yang lebih kecil dengan doa yang lebih baik?" .... {2:61}



بَقْلِهَا - adalah semua sayuran-sayuran hijau, jenis salad dan sebagainya itulah semua yang mereka maksudkan sebagai hasil bumi. 


قِثَّآئِهَا selalunya zucchini atau tumbuhan dari keluarga Cucurbitaceae kelihatan seperti timun, dan rasanya seperti labu air tetapi berwarna putih berkrim.


فُومِهَا - bawang putih


عَدَسِهَا kekacang seperti gandum dan jenis bijirin lain


بَصَلِهَاۖ bawang merah


بِغَيْرِ - kalimah ini tidak hanya bermaksud "baik" dari pemahaman generik nya ia bermakna dalam konteks Kitab Suci dalam konteks Lokusi Ibrahim ia bermaksud "penerapan yang betul" "pemahaman yang betul" Kitab Suci.


Oleh itu Allah SWT melaporkan kepada kita bahawa pengikut Musa meminta dia supaya berdo'a untuk pelbagai jenis "طَعَامٍ" = yang juga telah disalah tafsirkan sebagai "makanan", sebenarnya bermaksud  pelbagai jenis "perkara keilmuan" untuk diambil dari Kitab SuciAllah SWT telah memberi mereka pengetahuan yang lebih maju dan ilmu yang mengambil masa untuk diekstrak daripada Kitab Suci tetapi mereka sungguh tidak mahu bersabar berkata -

لَن نَّصْبِرَ عَلَىٰ طَعَامٍ وَٰحِدٍ "kita tidak mahu mengambilkira tempoh yang lama sebegitu, tetapi kita mahu sesuatu yang sangat cepat" dan contoh perumpamaan yang Allah SWT berikan di sini adalah hasil tumbuhan sayur-sayuran iaitu cucurbits, bijirin, kekacang dan bawang. 


Kita perhatikan bahawa semua jenis tumbuhan ini sangat cepat berkembang. Kekal dekat dengan tanah, mudah dipetik dituai kerana ia sangat rendah ke permukaan tanah tetapi juga ia tidak bertahan lama dari segi manfaatnya dan juga sangat cepat mengeluarkan hasil. Mereka mahukan sesuatu yang "cepat" -

لَن نَّصْبِرَ عَلَىٰ طَعَامٍ وَٰحِدٍ


Sedangkan Allah SWT memberi rezeki kepada orang-orang "جَنّة" jenis buah-buahan ini -

زَّيْتُونَرُّمَّانَنَّخْلِأَعْنَابٍتِّينِ jadi kita faham bahawa ahli-ahli "جَنّة" yang menerima semua "buah-buahan" ini mengambil masa yang sangat lama untuk boleh mula menikmati hasil dan manfaat nya yang berkualiti lagi bertahan lama. 

Inilah perbezaan pemahaman tafsir ayat Al-Baqarah 2:61 - "jenis buah-buahan didalam "جَنّة" berbanding jenis "makanan" yang diminta oleh pengikut Musa a.s kerana mereka meminta sesuatu yang lain dengan cara tergesa-gesa.


Perhatikan bagaimana betapa jauhnya maksudnya betapa rakusnya para pentafsir terdahulu memberikan tafsir sewenang-wenangnya tanpa menggunakan pemahaman Lokusi Ibrahim, tanpa "ٱلْءَاخِرَةَ" iaitu kaedah/metodologi penafsiran al-Quran yang tertangguh, sebaliknya mereka telah menggunakan kaedah tergesa-gesa iaitu "ٱلْعَاجِلَةَ"

As-Saffat 37:146

وَأَنۢبَتْنَا عَلَيْهِ شَجَرَةً مِّن يَقْطِينٍ
Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.
{Terjemahan : Abdullah Muhammad Basmeih}

x====================x

Jadi, apakah itu "فاكهة" ? = bermaksud "Contoh/Perumpamaan" buah-buahan dan sayur-sayuran digunakan oleh Allah SWT dalam al-Quran dalam konteks perumpamaan sebagai ganjaran/balasan setimpal/curahan ilmu/sinaran cahaya Il-ma'a hidayah Ilahi {dalam Lokusi Ibrahim} yang terhasil daripada "ٱلْءَاخِرَةَ" = kaedah penafsiran yang tertunda (dengan kerja rajin) - contoh buah-buahan yang mewakili فاكهة di جَنّة iaitu = Zaitun, Anggur, Delima, buah Ara dan buah Tin.

Maka kita melihat ٱلْءَاخِرَةَ = bermaksud kaedah/metodologi penafsiran al-Quran yang tertangguh (dilaksanakan dengan rajin) berbeza dengan ٱلْعَاجِلَةَ kaedah mentafsir al-Quran secara tergesa-gesa. Tetapi Allah SWT sentiasa memberitahu kita bahawa Muttaqun mereka berdisiplin dalam penerapan metodologi, dan mendapat ganjaran جَنّة seolah-olah dipercepatkan bagi mereka di dunia ini. Mereka tidak perlu menunggu hari kiamat, dalam kehidupan semasa kini pun sudah mendapat merasakan sebahagian daripada ganjaran.


Ibrahim a.s digambarkan telah mendapat pahala dalam hidupnya. Jadi ia tidak unik untuk Ibrahim ia juga unik untuk kita, kerana kesemua Muttaqun dijanjikan جَنّة. Oleh itu, apabila anda menggunakan konsep kaedah ٱلْءَاخِرَةَ = bermaksud kaedah pentafsiran Al-Quran yang disengajakan secara tertangguh, anda akan mendapat pemahaman yang betul tentang Al-Quran. Allah SWT menyumbang dengan Il-ma'a hidayah ilahi selepas anda melakukan يَزَكّْا iaitu menaburkan "benih" didalam weltanschauung anda pendirian skema anda dan anda semaikan dengan "biji-bijian benih tanaman" iaitu berupa :-
"pertanyaan/renungan/kemusykilan/soalan" dituju khusus kepada Allah SWT dengan sepenuh harapan Dia nya akan memberkati anda dengan "ذِكْرًا" untuk anda gunakan bagi memperbaiki skema anda pemahaman anda pemandangan anda terhadap dunia anda weltanschauung anda dan qalbu anda. Dengan melalui semua bahagian proses ini, kini anda sampai ke "ٱلْءَاخِرَةَ" melalui penggunaan kaedah tafsiran rajin yang tertangguh. Barulah sekarang anda akan dapat menikmati merasakan "kemanisan" dan "khasiat" yang berbeza-beza dari "buah-buahan" yang berlainan yang telah dihasilkan daripada kerja keras, kerja rajin, kerja berdisiplin dari saat "membuat batasan" di tanah dan "menabur benih" tanaman kemudian "menjaganya" dengan "rapi" dan "bersabar" menunggu "hasilnya" "ganjaran" nya apabila "pokok-pokok" itu mula "berbuah" :- "زَّيْتُونَ" Olive = Zaitun, "رُّمَّانَ" - Pomegranate = Buah Delima, "نَّخْلِ" Nakhl atau Nakhil "نَّخْلِ" - buah Pokok Kurma, "أَعْنَابٍ" atau "عِنَبٍ" = Anggur dan "تِّينِ" Fig = Ara.

Semua buah-buahan yang tersebut dalam al-Quran itu hanyalah perumpamaan belaka, contoh. "فاكهة". Contoh Lokusi Ibrahim untuk buah-buahan. Buah-buahan yang mengambil masa untuk membesar dan matang, Ia manis, berkhasiat, ia bukan perkara cepat yang anda dapat selepas beberapa minggu atau beberapa bulan. Ia mengambil masa yang lebih lama tetapi boleh bertahan lebih lama. Pokok-pokok ini secara amnya lebih berdikari daripada yang anda perlukan untuk menyediakan sayur-sayuran rendah seperti kekacang, bawang dan sebagainya dan sebagainya.

Jadi "فاكهة" = ia adalah istilah perwakilanKata wakil bagi semua ganjaran yang anda dapat di "جَنّة" yang disebut dalam al-Quran. Ia bukan jenis sayuran atau pohon buah-buahan yang dimajukan secara tergesa-gesa. Ia adalah faedah jangka panjang berkaedah yang perlahan yang anda perolehi daripada usaha "ٱلْءَاخِرَةَ" anda, yang merupakan kerja pentafsiran bersungguh-sungguh yang disengajakan. Jadi mari lihat ada beberapa Ayat untuk mengesahkan konsep ini.


Al-Mu'minun 23:19

فَأَنشَأْنَا لَكُم بِهِۦ جَنَّٰتٍ مِّن نَّخِيلٍ وَأَعْنَٰبٍ لَّكُمْ فِيهَا فَوَٰكِهُ كَثِيرَةٌ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ

Allah ta'ala sedang membicarakan tentang Il-ma'a "فَأَنشَأْنَا" yang telah Kami ciptakan untuk kamu "جَنّة" tempat kediaman rahsia atau alam-alam kefahaman yang tertutup ini bahawa kamu diperintahkan sebagai Muttaqun. Ia diperbuat daripada "نَّخْلِ" dan "أَعْنَابٍ" ... yang HANYA CONTOH daripada dua pokok ini. "نَّخْلِ" adalah kurma, A'nab adalah anggur.
"لَّكُمْ فِيهَا فَوَٰكِهُ كَثِيرَةٌ" ini HANYA CONTOH banyak buah yang anda dapat. Mana? Dalam "جَنّة" ini.
"وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ" Ingat kita pernah bercakap tentang
"أْكُلُو ...أْكُلُ" ialah ucapan yang anda gunakan. Oleh itu apabila anda membiasakan diri dengan Lokusi Ibrahim dan kemudian anda mula menjadi pakar dalam menggunakan lokusi tersebut. Anda mula makan dan menikmati semua perkataan ini dengan mendapat manfaat daripada mengucapkan kata-kata ini dalam mulut anda, inti anda "قَلَبَ" dan menghubungkannya dengan Allah secara "جَنّة". Kedua-dua "نَّخْلِ" dan "أَعْنَابٍ" di sini hanyalah contoh daripada "فَوَٰكِهُ كَثِيرَةٌ" - banyak jenis semua jenis buah-buahan, bukan lima ini sahaja !! Ianya tumbuh di atas pokok !!! Dan ianya semua mengambil masa yang lama untuk matang!!.

Az-Zukhruf 43:73
لَكُمْ فِيهَا فَٰكِهَةٌ كَثِيرَةٌ مِّنْهَا تَأْكُلُونَ

perkara yang sama "لَكُمْ فِيهَا فَٰكِهَةٌ كَثِيرَةٌ" - banyak jenis buah-buahan.

Al-Mursalat 77:41
"إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى ظِلَٰلٍ وَعُيُونٍ

bermula dengan "إِنَّ ... وَعُيُونٍ" yang bercakap tentang "جَنّة".

Al-Mursalat 77:42 - Muttaqeen berada dalam teduhan dan pelbagai jenis air pancut "وَفَوَٰكِهَ مِمَّا يَشْتَهُونَ" .... buah-buahan mengikut khayalan mereka yang paling liar, apa sahaja yang mereka impikan boleh mereka dapatkan daripada buah-buahan ini ....

Al-Mursalat 77:43 -
كُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ هَنِيٓـًٔۢا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

"Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan."


Al-Mursalat 77:44 -
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ
"Sesungguhnya demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik"


Jadi lima jenis buah disebut dalam Al-Quran dan lima buah ini hanyalah versi Lokusi Ibrahim dari contoh-contoh yang Allah SWT gunakan. "جَنّة" tidak terhad kepada lima ini. Ini menjawab soalan pertama yang kami mulakan iaitu:

Mengapa Al-Quran tidak menyebut Mangga dan Nenas?