Tuesday, January 28, 2020

UNIT BAHASA ARAB , FALCOM - SATU HARI SATU UNGKAPAN



28.01.2020  :
تعبير اليوم ٦٥ 🗣⁩
"يا تُرَى"
📌Ertinya:
Agak-agaknya
📝Contoh penggunaan:
"يَا تُرَى، مَتَى سَتَبدَأْ بِالْعَمَل فِي الشَّرِكَةِ يَا أَحْمَدْ؟"
Agak-agaknya bila kamu akan mula bekerja, Ahmad? 
"لَمْ يُعَيِّنُوْا اَلتَّارِيْخَ، لَكِن اَلمُؤَكِّد أَنَّ العَمَلَ يَبْدَ ُأ فِي اَلشَّهْرِ اَلقَادِم" 
Mereka tak tentukan tarikh lagi, tapi yang pasti bulan depan akan mula kerja. 

Tuesday, January 21, 2020

SYLLABUS KURSUS BAHASA ARAB UST MOHD SAFWAN - PUBLISHED 21.01.20






20.01.2020  ; Program ini akan berjalan selama :
📕 8 bulan sahaja
📕 1 bulan 4x
📕 1 minggu 1x
📕 1x pertemuan 2 jam

Pendaftaran : RM 30
1. Kad Yuran (ganti kepada resit)
2. Bahan Bantu Belajar :

i. Diagram
ii. Helaian Surah Al-Fatihah
iii. Helaian Surah berwarna
iv. Nota bertulis dan bergambar
v. Rakaman video kelas
v. Sijil tamat kelas

Kelas percubaan (hari pertama) : PERCUMA😇

YURAN PENGAJIAN🗳

Pendaftaran : RM 30

➡- Dewasa🧔🏼👱🏻‍♀ : RM 150 

➡- Pasangan Suami Isteri👫 : RM 250 ( diskaun rm 50)

3- Pelajar👨🏻‍🎓 ( 25tahun kebawah) : RM 80
==============================

Assalamualaikum w.b.t 😁. 

Pembetulan berkenaan yuran malam ini :

1- Malam ini yuran pendaftaran adalah wajib iaitu RM 30 tanpa buku nota. Atau RM 50 berserta buku nota. 

2-Adapun yuran bulanan untuk bulan ini. Oleh kerana 2 minggu sahaja. Maka yuran adalah separuh sahaja dari yuran asal. 

( yuran setengah bulan)

1-individu : RM 75
2-suami isteri : RM 125
3- pelajar : RM 40

Maaf atas kekeliruan 😁🙏🏻

Harap maklum. 😁


20.01.2020  :   Assalam ustaz, bole bg syllabus sepanjang pembelajaran ni tak? Terima kasih

Waalaikumussalam w.b.t puan. 

Manfaat & Faedah
1. Mengenali jenis-jenis kalimah Bahasa Arab; Isim, Fe'el, Haraf.
2. Menguasai ilmu maklumat penting yang terdapat dalam kalimah; Bilangan, Jantina, Ganti Nama Diri.
3. Mengetahui kumpulan-kumpulan kalimah Isim seperti Isim Dhomir, Isim Mausul, Isim Syarat dan lain-lain.
4. Mengetahui kumpulan-kumpulan kalimah Haraf seperti Haraf 'Atof, Haraf Jar, Haraf Taukid dan lain-lain.
5. Mahir pattern-pattern kalimah Fe'el; Madhi, Mudhore', Amar.
6. Memahami formula-formula dan petua-petua khas bagi sesuatu ayat dan kalimah.
7. Menambah vocab sehingga 300 kalimah.
8. Membantu memahami struktur dan susunan ayat Al-Quran.
9. Selingan : Ilmu Tajwid, Tafsir, dan Komunikasi.

===========================


============================

Siapa yang ingin buat bayaran secara online. Boleh melalui akaun kaafah solution. 

Pastikan setiap bayaran yang telah dibuat dimaklumkan kepada saya atau saudara amir. 

Dan pastikan setiap bayaran itu dicop pada kad bayaran. 😊

Harap maklum

Monday, January 20, 2020

UNIT BAHASA ARAB , FALCOM - SATU HARI SATU UNGKAPAN

20.01.2020  :
تعبير اليوم ٥٨🗣⁩
"لا تتدخل في أموري"
📌Ertinya:
Jangan masuk campur urusan saya
📝Contoh penggunaan:
مُوسَى، كَأَنَّكَ حَزِيْنٌ، هَلْ هُنَاكَ شَيْءٌ؟ 
Musa, kamu nampak sedih semacam, ada apa-apa ka?
لَا تَتَدَخَّلْ فِيْ أُمُوْرِي 
Jangan masuk campur urusan saya.
UNIT BAHASA ARAB , FALCOM - SATU HARI SATU UNGKAPAN
31.01.2020  :  
تعبير اليوم ٦٨ 🗣
"ذَوْقُكَ رَائِعٌ"
📌Ertinya:
Cita rasa kamu bagus
📝Contoh pengguna:
"يا مُوسَى، شُكْرًا عَلى مُسَاعَدَتِك. هَذا الثَّوْبُ لك."
“Terima kasih Musa atas bantuan. Nah, aku hadiahkan baju ini untuk kau.”
"مَا أَجْمَلَ هَذَا الثَّوبَ! ذَوْقُكَ رَائِعٌ!"
“Wahh, cantiknya baju ini! Cita rasa kamu bagus."


29.01.2020  :  
تعبير اليوم ٦٤ 🗣⁩
"َّأنا مُرتَاحٌ الآن"
📌Ertinya:
Saya rasa lega sekarang
📝Contoh penggunaan:
"الحَمدُ لِلَّهِ، نَجَحتُ في تِلكَ المُقَابَلَة يا موسى"
Alhamdulillah, saya telah lulus temuduga itu, Musa!
"الحَمدُ لِلَّهِ، أنا مُرتاحٌ الآنَ لِهَذا الخَبَر
Alhamdulillah, saya rasa lega sekarang mendengar khabar ini.

UNIT BAHASA ARAB , FALCOM - SATU HARI SATU UNGKAPAN
01.02.2020  :
تعبير اليوم ٦٩ 🗣
"سفرا آمنا''
📌Ertinya:
Selamat bermusafir
📝Contoh pengguna:
"جَزَاْكَ اللَّهُ خَيْرًا يَاْ أَحْمَدْ عَلَىْ إِرْسَاْلِكَ إِيَّايْ إِلَىْ مَحَطَّةْ اَلْحَافِلَةْ"
Jazakallahu khairan Ahmad, kerana menghantar saya ke stesen bas
"وَإِيَّاكَ يَا أَخِيْ مُوْسَىْ. سَفَرًا آمِنًا!" 
Sama-sama, Musa. Selamat bermusafir!

Sunday, January 19, 2020

UNIT BAHASA ARAB , FALCOM - SATU HARI SATU UNGKAPAN



19.01.2020 :  
Ertinya:
Tidak mengapa
📝Contoh penggunaan:
"ياأخي، لن أدرك معكم موعد الغد للتسلية في" كوالا إيباي"
Kawanku, esok saya tidak berkesempatan bersama kalian, melepak di Kuala Ibai.
"لا عليك يا إخوان، نستطيع الذهاب إليها مرات عديدة" 
Tak mengapa Ikhwan, kita boleh pergi sana banyak kali lagi. 

Saturday, January 18, 2020

UNIT BAHASA ARAB , FALCOM - SATU HARI SATU UNGKAPAN



18.01.2020 :
Ertinya:
Adakah kamu pasti
📝Contoh penggunaan:
"يا شَذْوَان، هَل أَنتَ مُتَأَكِّدٌ أَنَّ الفَصْلَ غَدًا مُلْغَى؟"
Syazwan, adakah kamu pasti kelas pada esok hari dibatalkan?”
" نَعَم، بِالضَّبْطِ!"
Benar!"

Friday, January 17, 2020

UNIT BAHASA ARAB , FALCOM - SATU HARI SATU UNGKAPAN



17.01.2020  : 
تعبير اليوم ٥٤🗣⁩
" أَنَا بِحَاجَةٍ إِلَيْكَ "
📌Ertinya:
Saya perlukan pertolongan kamu
📝Contoh penggunaan
أَصَابَتْنِي النَّوْبَةُ الْقَلْبِيَّةُ يَا طَبِيْبُ، أَنَا بِحَاجَةٍ إِلَيْكَ"
"Saya mengalami sakit jantung doktor, jadi saya perlukan pertolongan kamu"
" حَاضِرٌ"
"Baiklah"

Thursday, January 16, 2020

UNIT BAHASA ARAB , FALCOM - SATU HARI SATU UNGKAPAN


16.01.2020  : SATU HARI SATU UNGKAPAN
  تعبير اليوم ٥٠
اَلْعَفْوُ مِنْكُمْ
Ertinya :
Maaf 
Contoh Penggunaan :
 صَبَاحَ الْخَيْرِ ، اَلْعَفْوُ مِنْكُمْ يا أُسْتَاذُ، تَأَخَّرْتُ قَلِيْلًا🙏🏻😞
Selamat pagi Ustaz, maafkan saya, saya terlewat  🙏🏻😞 
لَا بَأْسَ😉
Tidak mengapa😉

============================




Wednesday, January 15, 2020

NOTA VIDEO : KELAS BAHASA ARAB - INTRO KLASIK

VIDEO INTRO KLASIK :
============================


====================================
====================================





14.01.2020  :  Insyallah saya percaya pada student saya. Student saya adalah orang yang belajar Al-Quran. Jadi orang yang belajar Al-Quran adalah orang yang paling berakhlak. 😊

اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قُلُوْبِناَ، وَنُوْرَ صُدُوْرِناَ، وَجلاَءَ أَحْزَانِناَ، وَذهَابَ هُمُوْمِناَ، وَمِرْآةِ أَخْلَاقِنَا.
Maksudnya:" Ya Allah! Jadikanlah al-Qur’an sebagai penyejuk hati kami, cahaya yang menyinari dada kami, penghibur duka kami dan penghapus kesedihan kami, dan cerminan akhlak kami".

Pertanyaan : Apa beza لَا بَأْسَ dan  لا عليك yg bermakna tidak mengapa
Jawapan Ust Shafwan : Dua dua boleh guna 😁
 لا بأس أن نستخدم كلاهما في كلامنا
Tidak mengapa kita guna kedua2nya dalam percakapan kita 😊

=================================






Monday, January 13, 2020

KELAS BAHASA ARAB - KELAS PERCUBAAN PERCUMA

KELAS PERCUBAAN AS SOBIRIN

KELAS PERCUBAAN TMN CERAS JAYA







13.01.2020  :  Assalamualaikum w.b.t. 

Semoga tuan/puan sihat wal afiah. 😊

Untuk makluman semua :

1- kelas malam ini di jangka kehadiran melebihi 100 orang peserta. Mohon jasa baik tuan/puan untuk parking kenderaan tidak menghalang pintu masuk rumah penduduk sekitar masjid. 

2- Alhamdulillah setakat yang berdaftar dalam group ini ada seramai 100 peserta. Dan kami masih mengalu-alukan peserta yang tidak berdaftar. Kami menerima peserta secara walk in juga. 

3- InsyaAllah kelas malam ini bermula jam 8 malam selepas solat maghrib. Mohon jasa baik semua untuk menepati masa supaya program kita berjalan dengan baik. 

4-Apa-apa persoalan boleh terus kepada saya ustaz safwan di no 0194243216. 

"Ingat Bahasa Arab itu mudah, Cuma Perlu Istiqamah "😊


Wednesday, January 1, 2020

part of kaedah kalimah bidadari

   i) Al-jumlaṯ al-ismiyyaṯ dan al-jumlaṯ al-fi‘liyyaṯ 

      i.a]    al-jumlaṯ al-ismiyyaṯ adalah rangkap ayat/frasa yang dimulai dengan kata nama dan terdiri                     dari 'mubtada' dan 'khabar' sebagai contoh   ز ي د  ق ا ئ م .....  'zaid' adalah 'mubtada'                         dan  'qal'im' adalah 'khabar'.

     iia]    al-jumlaṯ al-fi'liyyaṯ bermula dengan kata kerja dan terdiri daripada fi'lfa'il dan maf'ul sebagai                contoh: -  ي ذ ه بُ  ز ي د  ل الم د ر س ة ........ ‘yazhab’ adalah 'fi’l' dan  'Zaid' adalah 'fa‘il'.

        Kaedah al-jumlaṯ al-ismiyyaṯ dan al-jumlaṯ al-fi‘liyyaṯ mempunyai fungsi dan keistimewaan                    tersendiri seperti yang telah dirumuskan oleh ahli bahasa. 

    ii) Kalam Khabariy dan kalam Insha 

    Kalam khabari adalah perkataan yang mengandungi berita atau berita yang boleh diklasifikasikan         sebagai benar atau tidak. Dalam perbincangan mengenai kalam khabari ada dua perkara yang perlu        dititikberatkan, iaitu:

        (a) Fungsi berita (aghraḍ al-khabar) - membincangkan tujuan ungkapan atau maklumat dinyatakan.

        (b) Gaya penyampaian (aḍrub al-khabar) - membincangkan bagaimana sesuatu berita atau berita                 diungkapkan dan ia bergantung pada kumpulan sasaran sebagai pihak ketiga sama ada                             pendengar atau pembaca. Aḍrub al-khabar boleh dikategorikan menjadi berita afirmatif (al-                    khabar al-mu’akkad) dan tanpa berita afirmatif (al-khabar al-khaliy min al-mua’kkad). Berita                 penegasan ini menggunakan pelbagai kata afirmatif antaranya ialah 'inna, lam al-ibtida:', ḍamir              al-fasl, al-qasam, imma al-sharṭiyyaṯ, ala, ama, an, ma, qad dan lain-lain.

    Kalam insha’iy ialah kata yang tidak boleh boleh diklasifikasi benar atau dusta. Contoh kalam                insha’iy ialah seperti : Jangan makan berdiri! Kata ini tidak dapat dikategorikan sebagai benar atau        dusta kerana ia adalah ayat larangan. Kalam insha’iy terbahagi kepada dua iaitu al-insha:’ al-                ṭalabiy( الانشاء الطلبي) dan al-insha’ ghair alṭalabiy (الانشاء غي الطلبي).

    iii) Al-Taqdim dan al-ta'khir. (التقديم والتأخير).

    Kedua-dua proses ini berkait rapat dengan susunan kata dalam kalimat yang melibatkan subjek,            predikat, fi, fa'il, maf’al dan juga partikel. Al-taqdim adalah mendahului kata dalam susunan ayat,        sementara al-ta'khir adalah kemudian.]

MENDALAMI MAKSUD KALIMAH "BIDADARI" DALAM AL-QURAN AL-KARIM

Pandangan dalam tulisan ini adalah hasil penelitian bahan pembacaan peribadi dari internet, mahupun teks pengkajian ilmiah terbitan resmi universiti atau artikel penulisan para pengkaji bahasa Arab. Setinggi penghargaan dan ucapan berbanyak terima kasih kepada kalian semua. Alhamdulillah, dan in Sya Allah dengan berkat usaha tersebut saya dapat meneruskan usaha perkongsian ilmu kepada mereka yang rajin menjelajah .... Amiiin Ya Rabb.

Harap Maklum.

-------------------------------------------------------------

MENDALAMI MAKSUD KALIMAH "BIDADARI" DALAM AL-QURAN AL-KARIM

------------------------------------------------------------

Kalimah"Bidadari" merujuk kepada mukjizat Allah SWT iaitu salah satu perkara keajaiban yang disebut dalam Al Quran. Perbincangannya melihat keajaiban-keajaibannya itu dari kategori al-i'jaz al-bayaniy iaitu kaedah digunakan untuk merungkai keajaiban / kemukjizatan  al-Qur'an, dan pembahagiannya dari aspek bahasa. Diskusi lughatul al-Quran ini merangkumi definisi dan isi kandungan ayat-ayat Al Quran, komponen-komponen fasahahbalaghahnazamuslub dalam ilmu balaghat yang akan disantuni secara ringkas termasuk pecahannya dengan membawa beberapa contoh sebagai penjelasan.

Balaghah

Balagha (ب لا غ ة) dari kata ‘balagha’ (ب ل غ)  bermaksud "secara spontan telah tiba / telah tercapai" pemahaman maksud sesuatu kalimah sesuai situasi semasa  Dan seseorang tidak dikatakan ahli balaghah jika ia bersedia dari awal untuk menyesuaikan katakatanya dengan situasi dan keadaan dihadapinya. Ilmu balaghah membabitkan komponen ilmu2 ma‘aniyal-bayan dan al-badi. Setiap komponen ini mempunyai bahagiannya sendiri. 

a)    al-Ma‘aniy :

-    Memadankan kata tertentu dengan situasi tertentu, seharusnya ia memberi pemahaman yang paling     tepat berdasarkan konteks penggunaannya. Ianya terbahagi kepada :

    al-jumlaṯ al-ismiyyaṯ dan al-jumlaṯ al-fi‘liyyaṯ;

    kalam Khabariy dan kalam Insha; 

    dan Al-Taqdim dan al-ta'khir. (التقديم والتأخير)

Contoh kaedah القصر digunakan dalam memahami istilah  إِنَّمَا - innama, dalam ayat Fatir 35:28

وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلْأَنْعَٰمِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَٰنُهُۥ كَذَٰلِكَۗ إِنَّمَا يَخْشَى ٱللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ ٱلْعُلَمَٰٓؤُا۟ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. 

Penggunaan istilah  إِنَّمَا  adalah untuk mengkhususkan sesuatu benda dengan suatu benda, iaitu bahawa "hanya golongan ulamaklah" yang takut kepada Allah ta'aala.

Ilmu balaghah ialah ilmu untuk mengetahui al-wasl dan al-fasl - contoh dalam ayat Aal-e-Imran 3:156 

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَكُونُوا۟ كَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَقَالُوا۟ لِإِخْوَٰنِهِمْ إِذَا ضَرَبُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ أَوْ كَانُوا۟ غُزًّى لَّوْ كَانُوا۟ عِندَنَا مَا مَاتُوا۟ وَمَا قُتِلُوا۟ لِيَجْعَلَ ٱللَّهُ ذَٰلِكَ حَسْرَةً فِى قُلُوبِهِمْۗ وَٱللَّهُ يُحْىِۦ وَيُمِيتُۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan.

Penggunaan istilah wau atof  و  yang bermaksud 'dan'  adalah al-wasl dalam ayat ini

.....  وَٱللَّهُ يُحْىِۦ وَيُمِيتُۗ وَٱللَّهُ 

..... Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, ......... 

Al-Infitar 82:13-14   

(13) إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍ
(14) وَإِنَّ ٱلْفُجَّارَ لَفِى جَحِيمٍ

(13) (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
(14) Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.

Kalimah wau atof  و  digunakan untuk menyambung dua rangkap yang sama jenis dalam aspek kalam khabariy atau insya'i

b)    علم البيان al Bayan

    - Bermaksud penjelasan. Dia adalah ilmu yang membincangkan kaedah untuk mengetahui cara menyampaikan sesuatu makna dengan cara yang pelbagai. Menjelaskan maksud yang sama walaupun melalui cara yang berbeza. Penggunaan kata seperti 'seakan-akan'  ك أ  ن  'umpama'  م  ث لُ  

b.1)    teknik al-tashbih

Allah membuat perumpamaan didalam ayat As-Saffat 37:65 iaitu sejenis mayang di dalam neraka dengan kepala-kepala syaitan. Teknik al-tashbih ini menggunakan perumpamaan memerlukan kemampuan manusia berkhayal kerana syaitan sendiri tidak pernah dilihat oleh manusia apatah lagi kepalanya. 

As-Saffat 37:65

طَلْعُهَا كَأَنَّهُۥ رُءُوسُ ٱلشَّيَٰطِينِ

Mayangnya seakan-akan seperti kepala Syaitan;

Para sarjana balaghah memanggil teknik jenis ini sebagai tashbih balaghih mempunyai fungsi dan keistimewaan sendiri dalam al Quran :

a) Sesuai untuk semua zaman, tempat dan kaum
b) Di datangkan sesuai dengan maksud yang dikehendaki oleh al Quran
c) Ketelitian dalam pemilihan perkataan sebagai perumpamaan
d) Merupakan unsur penting dalam ayat al Quran dan bukan sebagai penambahan
e) Berkisar tentang kehidupan manusia

b.2)    teknik al-majaz

Ghafir 40:13
هُوَ ٱلَّذِى يُرِيكُمْ ءَايَٰتِهِۦ وَيُنَزِّلُ لَكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ رِزْقًاۚ وَمَا يَتَذَكَّرُ إِلَّا مَن يُنِيبُ 
Dia lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaanNya dan kekuasaanNya (untuk kehidupan rohani kamu), dan yang menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit. Dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang sentiasa bertumpu (kepada Allah).

Teknik yang digunakan ialah al-majaz al mursal. iaitu penggunaan suatu kata bukan dengan maknanya yang sebenar, kerana ada kaitan, bukan perumpamaan.

Mafhum ayat   مِّنَ ٱلسَّمَآءِ رِزْقًاۚ    Allah menyebut perkataan   رِزْقًاۚ   "rezeki yang diturunkan" sebagai ganti rankap "hujan yang diturunkan". Hujan merupakan punca kepada rezeki bagi manusia. Justeru dengan menyebut perkataan rezeki iaitu musabab atau kesan dari turunnya hujan adalah meningkatkan lagi nilai makna yang ingin disampaikan.


b.3)    teknik al-istia'rat

Al-Fatihah 1:6

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Lafaz  ٱلصِّرَٰطَ  "sirat" bermaksud "jalan". Agama Islam diumpamakan sebagai  ٱلصِّرَٰطَ  kerana dengan agama Islam boleh mencapai semua matlamat. Disini "al-islam" (mushabbah) telah digugurkan dan dikekalkan "al-sirat" (mushabbah bih).

Teknik yang digunakan ialah al-isti'arat , iaitu penggunaan suatu kata bukan pada tempatnya yang asal kerana wujudnya hubungan perumpamaan diantara makna yang asal dan makna yang digunakan. Ia merupakan teknik tashbih dimana digugurkan samaada mushabbah atau mushabbah bih

Al-Isra' 17:24

وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Teknik yang digunakan ialah al-isti'arat al-makniyyah iaitu tashbih yang telah digugurkan oleh musyabbah bih

Kalimah  وَٱخْفِضْ  ..... ال ذ  ل    "dan turunkan/rendahkan" mengumpamakan sifat merendah diri umpama burung (musyabbah bih) yang merendahkan "sayap"nya .... "dirimu' ....  جَنَاحَ  .... "sayap (dirimu)" الج   ن احُ...........  lafaz "sifat lazim burung" menggantikan lafaz "burung"

b.4)    teknik al-kinayat

Ta Ha 20:5
ٱلرَّحْمَٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

Ayat ini memberi isyarat kiasan tentang kesempurnaan kuasa Allah dalam menjalankan segala urusan dan pelaksanaan dalam menguruskan seluruh alam maya.

Teknik yang digunakan ialah  al-kinayat iaitu gaya bahasa yang mengandung makna kiasan dan sindiran , yang tertumpu kepada sifat2 pemurah, baik hati, buruk akhlak menggambarkan sifat2 seseorang. Lafaz yang menghendaki maknanya yang lazim beserta makna lain dimasa yang sama. 

c)    al Badi'
-    Cara memperindahkan kata selepas mengambil kira kesesuaian (selaras atau berlawanan) aspek makna dan aspek lafaz, dan ketepatannya.

i)    menggabungkan dua perkara yang saling bertentangan didalam satu ayat

    Al-Kahf 18:18
وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌۚ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ ٱلْيَمِينِ وَذَاتَ ٱلشِّمَالِۖ وَكَلْبُهُم بَٰسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِٱلْوَصِيدِۚ لَوِ ٱطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا
Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedaerun takut kepada mereka.

Dua kata nama yang bertentangan iaitu  أَيْقَاظًا bermaksud "sedar" dan  رُقُودٌۚ bermaksud "tidur" 

ii)    dua makna atau lebih disusuli lawannya secara berurutan 

 Al-A'raf 7:157

ٱلَّذِينَ يَتَّبِعُونَ ٱلرَّسُولَ ٱلنَّبِىَّ ٱلْأُمِّىَّ ٱلَّذِى يَجِدُونَهُۥ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِى ٱلتَّوْرَىٰةِ وَٱلْإِنجِيلِ يَأْمُرُهُم بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَىٰهُمْ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ ٱلْخَبَٰٓئِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَٱلْأَغْلَٰلَ ٱلَّتِى كَانَتْ عَلَيْهِمْۚ فَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُوا۟ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُۥٓۙ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ

"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.

...... "dan Ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan bagi mereka segala benda yang buruk" .....
Terdapat 3 muqabalah (yang berlawanan) :

i)    وَيُحِلُّ .... "menghalalkan" dan     وَيُحَرِّمُ .. "mengharamkan" ...

ii)     لَهُمُ  ..... "bagi mereka"    dan ....عَنْهُمْ ...... "atas mereka"

iii)   لطَّيِّبَٰتِ ...."yang baik-baik" ..dan .  ٱلْخَبَٰٓئِثَ   .. "yang buruk-buruk"
  

Al-An'am 6:60

وَهُوَ ٱلَّذِى يَتَوَفَّىٰكُم بِٱلَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُم بِٱلنَّهَارِ ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَىٰٓ أَجَلٌ مُّسَمًّىۖ ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.

   يَتَوَفَّىٰكُم   .... "mewafatkan/menidurkan kamu" ..... makna  yang jauh dan tersembunyi iaitu perbuatan melakukan dosa. Maka inilah makna yang tersirat yang memerlukan imaginsi yang tinggi

An-Naba' 78:6-7
(6) أَلَمْ نَجْعَلِ ٱلْأَرْضَ مِهَٰدًا
(7) وَٱلْجِبَالَ أَوْتَادًا

(6) (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
(7) Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

Perkataan   مِهَٰدًا mempunyai rima yang sama dengan  أَوْتَادًا berdasarkan huruf  دًا  di akhir

    





 
AKAN BERSAMBUNG
============