Monday, January 13, 2020
KELAS BAHASA ARAB - KELAS PERCUBAAN PERCUMA
Wednesday, January 1, 2020
part of kaedah kalimah bidadari
i) Al-jumlaṯ al-ismiyyaṯ dan al-jumlaṯ al-fi‘liyyaṯ -
i.a] al-jumlaṯ al-ismiyyaṯ adalah rangkap ayat/frasa yang dimulai dengan kata nama dan terdiri dari 'mubtada' dan 'khabar' sebagai contoh ز ي د ق ا ئ م ..... 'zaid' adalah 'mubtada' dan 'qal'im' adalah 'khabar'.
iia] al-jumlaṯ al-fi'liyyaṯ bermula dengan kata kerja dan terdiri daripada fi'l, fa'il dan maf'ul sebagai contoh: - ي ذ ه بُ ز ي د ل الم د ر س ة ........ ‘yazhab’ adalah 'fi’l' dan 'Zaid' adalah 'fa‘il'.
Kaedah al-jumlaṯ al-ismiyyaṯ dan al-jumlaṯ al-fi‘liyyaṯ mempunyai fungsi dan keistimewaan tersendiri seperti yang telah dirumuskan oleh ahli bahasa.
ii) Kalam Khabariy dan kalam Insha
Kalam khabari adalah perkataan yang mengandungi berita atau berita yang boleh diklasifikasikan sebagai benar atau tidak. Dalam perbincangan mengenai kalam khabari ada dua perkara yang perlu dititikberatkan, iaitu:
(a) Fungsi berita (aghraḍ al-khabar) - membincangkan tujuan ungkapan atau maklumat dinyatakan.
(b) Gaya penyampaian (aḍrub al-khabar) - membincangkan bagaimana sesuatu berita atau berita diungkapkan dan ia bergantung pada kumpulan sasaran sebagai pihak ketiga sama ada pendengar atau pembaca. Aḍrub al-khabar boleh dikategorikan menjadi berita afirmatif (al- khabar al-mu’akkad) dan tanpa berita afirmatif (al-khabar al-khaliy min al-mua’kkad). Berita penegasan ini menggunakan pelbagai kata afirmatif antaranya ialah 'inna, lam al-ibtida:', ḍamir al-fasl, al-qasam, imma al-sharṭiyyaṯ, ala, ama, an, ma, qad dan lain-lain.
Kalam insha’iy ialah kata yang tidak boleh boleh diklasifikasi benar atau dusta. Contoh kalam insha’iy ialah seperti : Jangan makan berdiri! Kata ini tidak dapat dikategorikan sebagai benar atau dusta kerana ia adalah ayat larangan. Kalam insha’iy terbahagi kepada dua iaitu al-insha:’ al- ṭalabiy( الانشاء الطلبي) dan al-insha’ ghair alṭalabiy (الانشاء غي الطلبي).
iii) Al-Taqdim dan al-ta'khir. (التقديم والتأخير).
Kedua-dua proses ini berkait rapat dengan susunan kata dalam kalimat yang melibatkan subjek, predikat, fi, fa'il, maf’al dan juga partikel. Al-taqdim adalah mendahului kata dalam susunan ayat, sementara al-ta'khir adalah kemudian.]
MENDALAMI MAKSUD KALIMAH "BIDADARI" DALAM AL-QURAN AL-KARIM
Pandangan dalam tulisan ini adalah hasil penelitian bahan pembacaan peribadi dari internet, mahupun teks pengkajian ilmiah terbitan resmi universiti atau artikel penulisan para pengkaji bahasa Arab. Setinggi penghargaan dan ucapan berbanyak terima kasih kepada kalian semua. Alhamdulillah, dan in Sya Allah dengan berkat usaha tersebut saya dapat meneruskan usaha perkongsian ilmu kepada mereka yang rajin menjelajah .... Amiiin Ya Rabb.
Harap Maklum.
-------------------------------------------------------------
MENDALAMI MAKSUD KALIMAH "BIDADARI" DALAM AL-QURAN AL-KARIM
------------------------------------------------------------
Kalimah"Bidadari" merujuk kepada mukjizat Allah SWT iaitu salah satu perkara keajaiban yang disebut dalam Al Quran. Perbincangannya melihat keajaiban-keajaibannya itu dari kategori al-i'jaz al-bayaniy iaitu kaedah digunakan untuk merungkai keajaiban / kemukjizatan al-Qur'an, dan pembahagiannya dari aspek bahasa. Diskusi lughatul al-Quran ini merangkumi definisi dan isi kandungan ayat-ayat Al Quran, komponen-komponen fasahah, balaghah, nazam, uslub dalam ilmu balaghat yang akan disantuni secara ringkas termasuk pecahannya dengan membawa beberapa contoh sebagai penjelasan.
Balaghah
Balaghaṯ (ب لا غ ة) dari kata ‘balagha’ (ب ل غ) bermaksud "secara spontan telah tiba / telah tercapai" pemahaman maksud sesuatu kalimah sesuai situasi semasa Dan seseorang tidak dikatakan ahli balaghah jika ia bersedia dari awal untuk menyesuaikan katakatanya dengan situasi dan keadaan dihadapinya. Ilmu balaghah membabitkan komponen ilmu2 ma‘aniy, al-bayan dan al-badi‘. Setiap komponen ini mempunyai bahagiannya sendiri.
a) al-Ma‘aniy :
- Memadankan kata tertentu dengan situasi tertentu, seharusnya ia memberi pemahaman yang paling tepat berdasarkan konteks penggunaannya. Ianya terbahagi kepada :
al-jumlaṯ al-ismiyyaṯ dan al-jumlaṯ al-fi‘liyyaṯ;
kalam Khabariy dan kalam Insha;
dan Al-Taqdim dan al-ta'khir. (التقديم والتأخير).
Contoh kaedah القصر digunakan dalam memahami istilah إِنَّمَا - innama, dalam ayat Fatir 35:28
وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلْأَنْعَٰمِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَٰنُهُۥ كَذَٰلِكَۗ إِنَّمَا يَخْشَى ٱللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ ٱلْعُلَمَٰٓؤُا۟ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
Penggunaan istilah إِنَّمَا adalah untuk mengkhususkan sesuatu benda dengan suatu benda, iaitu bahawa "hanya golongan ulamaklah" yang takut kepada Allah ta'aala.
Ilmu balaghah ialah ilmu untuk mengetahui al-wasl dan al-fasl - contoh dalam ayat Aal-e-Imran 3:156
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan.
Penggunaan istilah wau atof و yang bermaksud 'dan' adalah al-wasl dalam ayat ini
..... وَٱللَّهُ يُحْىِۦ وَيُمِيتُۗ وَٱللَّهُ
..... Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, .........
Al-Infitar 82:13-14
(13) إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍ
(14) وَإِنَّ ٱلْفُجَّارَ لَفِى جَحِيمٍ
(13) (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
(14) Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
Kalimah wau atof و digunakan untuk menyambung dua rangkap yang sama jenis dalam aspek kalam khabariy atau insya'i
b) علم البيان al Bayan- Bermaksud penjelasan. Dia adalah ilmu yang membincangkan kaedah untuk mengetahui cara menyampaikan sesuatu makna dengan cara yang pelbagai. Menjelaskan maksud yang sama walaupun melalui cara yang berbeza. Penggunaan kata seperti 'seakan-akan' ك أ ن , 'umpama' م ث لُ
b.1) teknik al-tashbih
Allah membuat perumpamaan didalam ayat As-Saffat 37:65 iaitu sejenis mayang di dalam neraka dengan kepala-kepala syaitan. Teknik al-tashbih ini menggunakan perumpamaan memerlukan kemampuan manusia berkhayal kerana syaitan sendiri tidak pernah dilihat oleh manusia apatah lagi kepalanya.
As-Saffat 37:65
طَلْعُهَا كَأَنَّهُۥ رُءُوسُ ٱلشَّيَٰطِينِ
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا
"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
(7) Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?
Tuesday, December 31, 2019
Bayyinah Dream Intensive
Bayyinah Dream Intensive 1, Day 1-WPjsDVS_trI
Tuesday, November 5, 2019
LARANGAN MENURUTI AJAKAN KEBODOHAN DAN KEZALIMAN
Sifat seseorang yang bodoh terjadi akibat atau menandakan kecerdasan rendah atau lemah kemampuan belajar. Istilah ini berkonotasi negatif apabila dihamburkan dengan kata-kata memaki hamun seseorang, dengan itu istilah bodoh atau dungu ini amat sensitif kerana ia menghina seseorang.
Salah satu dari 5 hukum asas terhadap kebodohan yang telah di huraikan oleh sejarawan ekonomi terkenal, Carlo Maria Cipolla, iaitu hukum yang ke3:
- Seseorang adalah bodoh jika ia menyebabkan kerosakan kepada orang lain atau kumpulan orang tanpa mengalami keuntungan peribadi, atau menyebabkan kerosakan lebih teruk kepada diri mereka sendiri dalam proses tersebut.
Sombong - Bersinonim dengan
tolol: ~ sangat budak ini; masa ~ Id
a) tidak acuh, tidak menghiraukan: dlm hal ini kita tidak boleh bersikap masa ~;
b) perkara awak (bukan soal saya):
itu masa ~ awak;
~ alang agak bodoh;
~ sepat nampaknya bodoh, tetapi sebenarnya tidak;
~ sombong tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dsb orang lain;
sebodoh-bodoh bagaimana (betapa) bodoh sekalipun: ~ aku, rasanya aku tidak akan menyerah kalah dgn begitu sahaja;
- membodohkan :
1. menjadikan bodoh, membiarkan bodoh: budak itu dibodohkan oleh emak tirinya dgn tidak memasukkannya ke sekolah;
2. menganggap bodoh;
3. mengakali, menipu: aku hendak tahu apa maksudmu ~ aku;
kebodohan
1. perihal bodoh, kebebalan, kedunguan, ketololan;
2. Jk kesalahan, kekeliruan; kebodoh-bodohan agak bodoh.
Bodoh Sombong
Definisi : tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dsb orang lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Allah SWT berfirman mengenai Muhammad SAW mengetahui kisah Musa a.s. menerima Taurat melalui Wahyu-Nya telah diceritakan-Nya melalui :
ii) Al-Qasas 28:45 :
iii) Al-Qasas 28:46 :
Yusuf 12:111
Kekufuran Orang Kafir Terbukti Dengan Pengingkaran, Sekalipun Ianya Didatangkan Rahmat Atas Permintaan Mereka
v) Al-Qasas 28:48:
vi) Al-Qasas 28:49 :
vii) Al-Qasas 28:50 :
"Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka."
Oleh sebab itu, dasar segala kebaikan adalah ilmu dan keadilan, sedangkan dasar segala kejahatan adalah kebodohan dan kezaliman.
Allah telah menjadikan keadilan yang diperintahkan sebagai batasan.
Maka sesiapa yang melampauinya, bererti dia berlaku zalim dan melampaui batas.
Dan kerananya, ia akan mendapatkan celaan dan hukuman sesuai dengan tingkat kezaliman dan permusuhannya.
Oleh itu, Allah berfirman, :
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."
"Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;"
Kemudian Allah Berfirman Tentang Berjihad Dengan Jiwa Dan Harta Di Jalan Allah SWT
"Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh."
Maksudnya, kecintaan kepada kezaliman dan permusuhan adalah kerana rosaknya ilmu, atau rosaknya tujuan, atau kerana kerosakan kedua-duanya.
Ada pula yang berpendapat bahawa rosaknya tujuan disebabkan oleh rosaknya ilmu. Jika tidak, tentu kalau ia mengetahui bahaya tersebut dengan akibatnya, ia tidak akan mengutamakannya.
Justeru itu orang yang mengetahui makanan lazat namun beracun tentu ia tidak akan menyantapnya, sedang ketidakmengertiannya tentang bahaya yang akan mengancam, juga lemahnya keinginan untuk menjauhinya, menjadikannya terjerumus dalam bahaya tersebut.
Hakikat iman ialah yang membawa pemiliknya untuk melakukan apa yang bermanfaat baginya, dan meninggalkan apa yang membahayakannya.
Monday, November 4, 2019
12) SANTAI BERSAMA TUAN HAJI SHAARI YUSOF
a) Pada 8.8.19 Persiaran Taman Permata
https://www.youtube.com/watch?v=8v4OXriPMvw&t=23s
Sunday, October 20, 2019
https://drive.google.com/folderview?id=1oPiAjz2PqCC3lO0Tzn5EHT-XhvpCSHQ8






