Sunday, January 19, 2020

UNIT BAHASA ARAB , FALCOM - SATU HARI SATU UNGKAPAN



19.01.2020 :  
Ertinya:
Tidak mengapa
📝Contoh penggunaan:
"ياأخي، لن أدرك معكم موعد الغد للتسلية في" كوالا إيباي"
Kawanku, esok saya tidak berkesempatan bersama kalian, melepak di Kuala Ibai.
"لا عليك يا إخوان، نستطيع الذهاب إليها مرات عديدة" 
Tak mengapa Ikhwan, kita boleh pergi sana banyak kali lagi. 

Saturday, January 18, 2020

UNIT BAHASA ARAB , FALCOM - SATU HARI SATU UNGKAPAN



18.01.2020 :
Ertinya:
Adakah kamu pasti
📝Contoh penggunaan:
"يا شَذْوَان، هَل أَنتَ مُتَأَكِّدٌ أَنَّ الفَصْلَ غَدًا مُلْغَى؟"
Syazwan, adakah kamu pasti kelas pada esok hari dibatalkan?”
" نَعَم، بِالضَّبْطِ!"
Benar!"

Friday, January 17, 2020

UNIT BAHASA ARAB , FALCOM - SATU HARI SATU UNGKAPAN



17.01.2020  : 
تعبير اليوم ٥٤🗣⁩
" أَنَا بِحَاجَةٍ إِلَيْكَ "
📌Ertinya:
Saya perlukan pertolongan kamu
📝Contoh penggunaan
أَصَابَتْنِي النَّوْبَةُ الْقَلْبِيَّةُ يَا طَبِيْبُ، أَنَا بِحَاجَةٍ إِلَيْكَ"
"Saya mengalami sakit jantung doktor, jadi saya perlukan pertolongan kamu"
" حَاضِرٌ"
"Baiklah"

Thursday, January 16, 2020

UNIT BAHASA ARAB , FALCOM - SATU HARI SATU UNGKAPAN


16.01.2020  : SATU HARI SATU UNGKAPAN
  تعبير اليوم ٥٠
اَلْعَفْوُ مِنْكُمْ
Ertinya :
Maaf 
Contoh Penggunaan :
 صَبَاحَ الْخَيْرِ ، اَلْعَفْوُ مِنْكُمْ يا أُسْتَاذُ، تَأَخَّرْتُ قَلِيْلًا🙏🏻😞
Selamat pagi Ustaz, maafkan saya, saya terlewat  🙏🏻😞 
لَا بَأْسَ😉
Tidak mengapa😉

============================




Wednesday, January 15, 2020

NOTA VIDEO : KELAS BAHASA ARAB - INTRO KLASIK

VIDEO INTRO KLASIK :
============================


====================================
====================================





14.01.2020  :  Insyallah saya percaya pada student saya. Student saya adalah orang yang belajar Al-Quran. Jadi orang yang belajar Al-Quran adalah orang yang paling berakhlak. 😊

اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قُلُوْبِناَ، وَنُوْرَ صُدُوْرِناَ، وَجلاَءَ أَحْزَانِناَ، وَذهَابَ هُمُوْمِناَ، وَمِرْآةِ أَخْلَاقِنَا.
Maksudnya:" Ya Allah! Jadikanlah al-Qur’an sebagai penyejuk hati kami, cahaya yang menyinari dada kami, penghibur duka kami dan penghapus kesedihan kami, dan cerminan akhlak kami".

Pertanyaan : Apa beza لَا بَأْسَ dan  لا عليك yg bermakna tidak mengapa
Jawapan Ust Shafwan : Dua dua boleh guna 😁
 لا بأس أن نستخدم كلاهما في كلامنا
Tidak mengapa kita guna kedua2nya dalam percakapan kita 😊

=================================






Monday, January 13, 2020

KELAS BAHASA ARAB - KELAS PERCUBAAN PERCUMA

KELAS PERCUBAAN AS SOBIRIN

KELAS PERCUBAAN TMN CERAS JAYA







13.01.2020  :  Assalamualaikum w.b.t. 

Semoga tuan/puan sihat wal afiah. 😊

Untuk makluman semua :

1- kelas malam ini di jangka kehadiran melebihi 100 orang peserta. Mohon jasa baik tuan/puan untuk parking kenderaan tidak menghalang pintu masuk rumah penduduk sekitar masjid. 

2- Alhamdulillah setakat yang berdaftar dalam group ini ada seramai 100 peserta. Dan kami masih mengalu-alukan peserta yang tidak berdaftar. Kami menerima peserta secara walk in juga. 

3- InsyaAllah kelas malam ini bermula jam 8 malam selepas solat maghrib. Mohon jasa baik semua untuk menepati masa supaya program kita berjalan dengan baik. 

4-Apa-apa persoalan boleh terus kepada saya ustaz safwan di no 0194243216. 

"Ingat Bahasa Arab itu mudah, Cuma Perlu Istiqamah "😊


Wednesday, January 1, 2020

part of kaedah kalimah bidadari

   i) Al-jumlaṯ al-ismiyyaṯ dan al-jumlaṯ al-fi‘liyyaṯ 

      i.a]    al-jumlaṯ al-ismiyyaṯ adalah rangkap ayat/frasa yang dimulai dengan kata nama dan terdiri                     dari 'mubtada' dan 'khabar' sebagai contoh   ز ي د  ق ا ئ م .....  'zaid' adalah 'mubtada'                         dan  'qal'im' adalah 'khabar'.

     iia]    al-jumlaṯ al-fi'liyyaṯ bermula dengan kata kerja dan terdiri daripada fi'lfa'il dan maf'ul sebagai                contoh: -  ي ذ ه بُ  ز ي د  ل الم د ر س ة ........ ‘yazhab’ adalah 'fi’l' dan  'Zaid' adalah 'fa‘il'.

        Kaedah al-jumlaṯ al-ismiyyaṯ dan al-jumlaṯ al-fi‘liyyaṯ mempunyai fungsi dan keistimewaan                    tersendiri seperti yang telah dirumuskan oleh ahli bahasa. 

    ii) Kalam Khabariy dan kalam Insha 

    Kalam khabari adalah perkataan yang mengandungi berita atau berita yang boleh diklasifikasikan         sebagai benar atau tidak. Dalam perbincangan mengenai kalam khabari ada dua perkara yang perlu        dititikberatkan, iaitu:

        (a) Fungsi berita (aghraḍ al-khabar) - membincangkan tujuan ungkapan atau maklumat dinyatakan.

        (b) Gaya penyampaian (aḍrub al-khabar) - membincangkan bagaimana sesuatu berita atau berita                 diungkapkan dan ia bergantung pada kumpulan sasaran sebagai pihak ketiga sama ada                             pendengar atau pembaca. Aḍrub al-khabar boleh dikategorikan menjadi berita afirmatif (al-                    khabar al-mu’akkad) dan tanpa berita afirmatif (al-khabar al-khaliy min al-mua’kkad). Berita                 penegasan ini menggunakan pelbagai kata afirmatif antaranya ialah 'inna, lam al-ibtida:', ḍamir              al-fasl, al-qasam, imma al-sharṭiyyaṯ, ala, ama, an, ma, qad dan lain-lain.

    Kalam insha’iy ialah kata yang tidak boleh boleh diklasifikasi benar atau dusta. Contoh kalam                insha’iy ialah seperti : Jangan makan berdiri! Kata ini tidak dapat dikategorikan sebagai benar atau        dusta kerana ia adalah ayat larangan. Kalam insha’iy terbahagi kepada dua iaitu al-insha:’ al-                ṭalabiy( الانشاء الطلبي) dan al-insha’ ghair alṭalabiy (الانشاء غي الطلبي).

    iii) Al-Taqdim dan al-ta'khir. (التقديم والتأخير).

    Kedua-dua proses ini berkait rapat dengan susunan kata dalam kalimat yang melibatkan subjek,            predikat, fi, fa'il, maf’al dan juga partikel. Al-taqdim adalah mendahului kata dalam susunan ayat,        sementara al-ta'khir adalah kemudian.]