BUKAN HANYA SATU
Maksud sebenar
Al-Qadr 97:1
إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ
Kami telah mendedahkan petunjuk Ilahi,
dalam ukuran yang betul, [ kepada orang-orang yang
mempersekutukan Allah kemuliaan
yang layak baginya ] pada
malam-malam yang dipenuhi
komitmen
dalam menghayati maksud
Al-Qur'an yang
sebenar,
(97:1)
Abdullah Muhammad Basmeih :
Sesungguhnya Kami telah
menurunkan (Al-Quran) ini
pada Malam Lailatul-Qadar,
Maksud sebenar
Al-Qadr 97:2
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ
Dan apakah yang kamu
(Muḥammad) ketahui
(al-QurꜤān sebelum ini?) tentang
petunjuk Ilahi
dizahirkan oleh Allah [ kepada orang-orang yang
mempersekutukan Allah kebesaran
yang layak baginya? ] dengan ukuran yang sepatutnya, pada malam-malam komitmen
dalam memahami maksud
Al-Qur'an yang betul,
(97:2)
Abdullah Muhammad Basmeih :
Dan apa jalannya engkau dapat
mengetahui apa dia kebesaran
Malam Lailatul-Qadar itu?
Maksud sebenar
Al-Qadr 97:3
لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Hidayah Ilahi yang dizahirkan oleh Allah [ kepada orang-orang yang
mempersekutukan Allah kemuliaan
yang layak baginya ] dalam ukuran yang betul, pada malam-malam komitmen
dalam memahami maksud
Al-Qur'an yang betul, adalah lebih baik (bagi kamu)
daripada seribu pengumuman
(oleh yang lain) (97:3)
Abdullah Muhammad Basmeih :
Malam Lailatul-Qadar lebih baik
daripada seribu bulan.
Maksud sebenar
Al-Qadr 97:4
تَنَزَّلُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
Ini adalah malam-malam di mana
para malaikat dan
mesej Ilahi turun, dengan kehendak Tuan mereka,
berkenaan setiap isu (atau
konsep) (berkaitan)
(97:4)
Abdullah Muhammad Basmeih :
Pada Malam itu, turun malaikat dan
Jibril dengan izin Tuhan mereka,
kerana membawa segala perkara
(yang ditakdirkan berlakunya pada
tahun yang berikut);
Maksud sebenar
Al-Qadr 97:5
سَلَٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ
Kepada mereka yang mengamalkan
penghayatan Al-QurꜤān yang
betul, hidayah Ilahi disertakan
dengan ucapan selamat dari
Allah, (sepanjang malam)
hingga awal matahari terbit. (97:5)
Abdullah Muhammad Basmeih :
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu
hingga terbit fajar!
—-------------------------------------------------------------------------
Maksud Qadr :
At-Talaq 65:3
قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْرًا
Allah telahpun menentukan
kadar dan masa
bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Al-An'am 6:91
وَمَا قَدَرُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِۦٓ
Dan tiadalah mereka (kaum Yahudi)
menghormati Allah sesuai dengan
penghormatan yang sebenarnya
Al-Hajj 22:74
مَا قَدَرُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِۦٓۗ
Mereka (yang kafir musyrik) itu
tidak menghormati Allah
menurutpenghormatan yang
selayaknya (sebagaimana yang
ditetapkanNya);
Az-Zumar 39:67
وَمَا قَدَرُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِۦ
Dan mereka (yang musyrik) tidak
menghormati Allah dengan
penghormatan yang
sewajibnya diberikan kepadaNya,
—---------------------------------------------------------------------------------
Ad-Dukhan 44:3
إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةٍ مُّبَٰرَكَةٍۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ
Sesungguhnya Kami telah
menurunkan Al-Quran itu pada
malam yang berkat;
(Kami berbuat demikian) kerana
sesungguhnya Kami sentiasa
memberi peringatan dan amaran
(jangan hamba-hamba Kami
ditimpa azab).
Lailatul Qadar
bukanlah tentang malam itu
sendiri tetapi tentang apa yang
berlaku pada malam itu bagaimana
sebagai seorang mukmin
menafaatkan malam itu
sepenuhnya.
Ia nya merupakan satu jenis
malam istimewa.
Bukan hanya salah satu malam
dalam 10 malam terakhir
Ramadhan.Allah menetapkan malam tertentu
untuk kamu melakukan aktiviti
tertentu pada malam Lailatul
Qadarini. Malam ini menjadi sangat
penting jika anda memilih untuk
menjadikannya penting.
Yang penting bukanlah masa
tepat nya bila ia berlaku,
yang akan membuat anda sibuk
mencari dan apa fenomena alam
yang akan berlaku konon boleh
dijadikan tanda sepertimana
sejak zaman kecil hingga sekarang
kita didedahkan dengan
perkara-perkara seperti - keadaan
suhu berubah dingin; cahaya langit
muram keesokan hari nya;
daun2/dahan pohon bertafakur
tanda sujud dan sebagainya.
Dan juga cerita didatangi malaikat
memberi Salam untuk menemui
anda seorang sahaja yang mana
ketika itu diberi pedoman apa perlu
anda lakukan sebagainya.
Timbul pula budaya masyarakat
Melayu dikenali Malam Tujuh Likur
mungkin ada kaitan pasang pelita
minyak tanah keliling rumah
konon hendak menerangi kawasan
laman bagi menyambut
Tetamu Khas berkenaan.
MasyaAllah.
Akan tetapi sebenarnya yang amat
penting ialah perkara amal ibadat
yang telah anda lakukan
pada malam Lailatul Qadar ini
apa amalan banyak mana amalan
dan keikhlasan nya bagaimana.
Malah terdapat 365
hari kemungkinan malam
untuk Lailatul Qadar
itu boleh terjadi bukan hanya
Satu malam tersebut sahaja.
Jadi bagaimana jika berlaku pada
diri anda tidak bertemu apa pun
ciri-ciri fenomena ajaib tersebut
diatas? Bersedih? Menyesal?
Memanglah sedikit sebanyak
mesti ada kalau benda-benda
begitu yang kita harapkan.
Maklumlah apabila telah
didedahkan pendidikan sebegitu
sejak dari dahulu.
Yang pasti kita mesti yakin bahawa
Allah tidak sewenang ya menolak
amalan anda dengan sebab
dilakukan pada
“Malam yang Salah”
bagi tahun ini !!
PETUNJUK ILAHI
Allah mewahyukan terus kepada
sesiapa yang menghayati Al-Quran
dan melalui penghayatan itu
memuliakan-Nya;
Menghormati firman-Nya,
risalah Nya.
Jadi apa yang berlaku malam itu
apa keajaiban nya ialah
anda sepenuhnya menghayati
al Quran
(yang berbeza caranya berbanding
kefamanan masing-masing).
Menghayati sehingga tahap
mengenalpasti apa dia Mesej Ilahi
yang hendak disampaikan
sebenarnya, yang mana
kebanyakan Tafsir tidak sampai
ka tahap itu dia hanya membantu
dalam perkara penterjemahan
bahasa ayat-ayat sahaja.
Bagaimana hendak menghayati
nya?
Iaitu dengan menolak jenis
tafsiran al-Quran yang tidak
relevan atau chauvinis atau
berat sebelah budaya,
yang lazim ditemui melalui
ayat2 tafsiran yang salah yang
jauh berbeza daripada
maksud sebenar ayat-ayat
dalam Surah itu.
Allah tidak menyekutukan orang yang syirik :
An-Nisa' 4:48
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِۦ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشْرِكْ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفْتَرَىٰٓ إِثْمًا عَظِيمًا
Abdullah Muhammad Basmeih
Sesungguhnya Allah tidak akan
mengampunkan dosa syirik
mempersekutukanNya
(dengan sesuatu apa jua), dan
akan mengampunkan dosa yang
lain dari itu bagi sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut aturan
SyariatNya). Dan sesiapa yang
mempersekutukan Allah (dengan
sesuatu yang lain), maka
sesungguhnya ia telah melakukan
dosa yang besar.
Jadi dengan hubungan ikhlas
bersungguh Allah janjikan akan
memberikan akses terus kepada
kamu pada malam Lailatul Qadar
yang berkenaan itu.
Adakah mereka cuba katakan
bahawa Allah hanya ada
berdekatan pada satu Malam itu
sahaja? Kalau anda bernasib baik.
Mengapa harus di hadkan kuasa
Rahmat Allah?
Allah Dia sentiasa dekat.
Bagi yang mengetahui caranya.
Bila bila masa sahaja pada 365
malam sepanjang tahun anda boleh
menghubungi Nya dan memperolehi
akses terus tanpa halangan
memohon dariNya secara eksklusif.
Maha Mendengar. Maha Mengetahui.
Maha Penyayang. Maha Pemurah.
Jika anda rasa kesal kerana
“terlepas cabutan loteri"
pada malam Lailatul Qadar
tahun ini adakah anda rasa Allah
akan meminta anda menunggu
“cabutan bertuah Ramadhan”
akan datang untuk mencuba lagi?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.