Wednesday, March 19, 2025

YT195 MASALAH DENGAN AGAMA TERSUSUN BAHAGIAN 1

 

Fahami Semua Kisah Al-Quran Hanya Dalam 30 Minit. 







Peringkat Evolusi Rohani Umat Manusia


- Mesej utama al-Quran kepada manusia: 

 

Nuh dalam al-Quran cuba menyapa cuba mengajak manusia, tetapi misi utama Nuh ialah mempelajari terminologi yang betul untuk berkomunikasi dengan Ilahi. 

 

Nuh 


  • Dia belajar istilah yang betul untuk "bercakap/berinteraksi" dengan Ilahi 

  • Masyarakat mengejeknya 

  • Yang mendustakannya tenggelam dalam lautan kekeliruan (buatan manusia). 

  • Tiada banjir besar tiada kapal dan tiada haiwan! 

 

Terdapat bahasa khas lokusi istimewa (bukan bahasa Arab atau Inggeris). Ia meliputi istilah dan pemahaman dan imejan dan bahasa metafora yang unik .

Nuh memohon maka Allah berikan istilah yang tepat. Allah dan dan Malaikat menolongnya dengan itu.


Dia menyedari bahawa komunitinya mula mengejeknya apabila dia menjemput untuk mengikuti cara yang sama. Mereka yang menolak akhirnya tenggelam dalam lautan kekeliruan (sistem ciptaan manusia) dan mereka lemas.


Hanya cerita tradisional dongeng kapal besar membawa haiwan. al-Quran tidak menyebut apa tentang itu.


Ibrahim 


Ibrahim Haneef: - seseorang yang menyimpang dari kumpulan. Menolak sebarang pertalian dengan kerajaan atau apa-apa kuasa dominan yang mengawal minda. Dia menentang indoktrinasi massa, mengikuti membuta tuli amalan warisan nenek moyang. Itulah pesanan sangat mudah Ibrahim.


  • Dia menolak agama yang teratur  

  • Dia hadapi bapanya dan komunitinya tentang agama yang teratur 

  • Dia yakin bahawa Ilahi akan membimbingnya 

  • Dia adalah "Ummah" (masyarakat yang) 1 

  • Dia adalah "Imam" (Pemimpin) untuk ummah beriman masa depan! 

 

Dia berkata "saya tiada kaitan dengan konsep agama tersusun amalan komuniti". "Kamu semua menyembah berhala". Berhala yang Ibrahim maksudkan adalah amalan perkauman yang biasanya tidak dapat dielakkan.

Dia yakin ada Ilahi dia boleh cari jalan untuk berhubung dengan Ilahi dan akhirnya Allah menyifatkan dia dalam Al-Quran sebagai Umat seluruh masyarakat yang mempunyai satu ilmu yang indah. Pengetahuan tahap tertinggi. Dia Imam dia pemimpin untuk semua Mukmin masa depan. Inilah pesanan indah Ibrahim.


Yusof: 

Sewaktu kecil bercita-cita memproelitisasi monoteisme secara borong - Satu Tuhan 

Bapanya, Yaakub memberi amaran kepadanya supaya tidak meneruskan cara itu! 

Selepas beberapa siri peristiwa di Mesir, dia menemui seorang raja yang menerima! 

Dia meminta raja mengupahnya untuk menjaga "maklumat": Pertama kali Agama diletak bawah jabatan pentadbiran Raja! 

Surah 12 memberitahu kita bahawa kemudian dia menyesali beberapa tindakannya  


Bapanya Yaakob memberi amaran supaya tidak meneruskan cara berfikir begitu, selepas beberapa siri peristiwa malang yang menyebabkan dia menjadi hamba dia mendapati dirinya kerap dipenjarakan. Yusuf 12:55  َالَ اجْعَلْنِيْ عَلٰي خَزَآئِنِ الْاَرْضِ ۚ اِنِّيْ حَفِيْظٌ عَلِيْمٌ Dia meminta raja mengupahnya untuk menjaga maklumat negara . Tindakan begini ganjil bagi seorang nabi atau Ambia. Gudang ilmu Ilahi yang diwarisinya dari Yaakob dan Ibrahim kini diletakkan di bawah perkhidmatan Raja. 


Ini adalah perubahan ketara dalam sejarah Ummah. Al-Quran merakamkan sesuatu yang besar baru sahaja berlaku. Muhammad SAW yang menerima Wahyu ini dinasihatkan supaya tidak terkesan dengan kisah ini. 


Firaun: 

Firaun sedar apa yang telah dimulakan oleh Yussof yang memperkenalkan agama di bawah kawalan negeri 

Dia merekrut seorang ahli ideologi dan pemidato agama, yang berpengetahuan sempurna tentang tauhid dan sisa-sisa apa yang diajarkan oleh Yusuf - Harun aka Karun akhirnya menggunakan agama untuk mengindoktrinasi orang ramai dan ini adalah anjakan dalam sejarah agama umat manusia ! 

Dia mendakwa dirinya Firaun. Dia mendakwa dirinya sumber ilmu 

Akhirnya dia menindas semua suara sumbang terutama orang-orang Mukmin dengan cara Ibrahim yang asli 


Musa: 

Dia dibesarkan dirumah ibunya secara rahsia (bukan dalam rumah tangga Firaun) 

Akhirnya dia ditemui oleh Firaun dan Legiun nya! 

Kakak Musa mengatur perjanjian untuk menyelamatkan nyawanya untuk Musa menyertai abangnya Haron yang berkhidmat kepada Firaun 

(Firaun telah pun mengupah Haron sebagai pemidato idealog yang bercakap agama tetapi menyokong Firaun) 

Dia akhirnya tersedar dengan kesilapan ngeri yang dia lakukan 

Dia melarikan diri untuk mempelajari semula cara Ibrahim! Dia faham orang telah menyimpang dari cara asal Ibrahim (untuk memisahkan agama daripada sebarang jenis kawalan besar-besaran atau untuk disalahgunakan oleh pemerintah)  

Musa berjaya menarik perhatian umum Bani Israel di Mesir. Mereka keluar dari cara berfikir begitu. Allah memberi ganjaran kepada Musa dan orang-orang yang mengikutinya, dengan kitab yang baru. 


Taurat :

Musa memikirkan untuk mewujudkan sistem ketua negara (jika perlu) sistem politik tidak berisiko, yang boleh disalahgunakan oleh pemimpin tidak bertanggungjawab. 

Model Raja diciptakan dengan bimbingan Ilahi. Raja berfalsafah dalam bidang falsafah dan sains politik. Musa mohon pertolongan Allah. Allah memberinya petunjuk bagaimana tatacaranya - petunjuk melalui Taurat. 

Raja bimbingan Ilahi bukan dipilih dari kalangan pemimpin politik tetapi dari kalangan pemimpin agama yang bertanggungjawab ke atas negeri. 

Taurat datang untuk menginstitusikan cara berfikir. Dalam Quran disebut النبي yang diterjemah nabi (berbeza para أمبيا sebelum zaman Musa) di zaman Taurat. Taurat menjadi manual sistem kerja untuk النبي berfungsi, meliputi beberapa syarat padanya. 

Pertama perlu memahami ada perjanjian (Ark of the Covenant - PerjanjianTabut - "kapal" Tabut yang menyelamatkan manusia dari lemas di lautan kekeliruan) bersama Musa dan pengikutnya - Perjanjian Tabut meliputi satu demi satu النبي, dalam rantaian berterusan dibimbing Malaikat dengan sokongan Jibril (Jibril menjadi aka Musa di akhiratnya). 

Jibril menjadi mentor pendamping untuk semua النبي ini satu demi satu. Alangkah buruknya jika mereka ingkar perintah - mereka dibinasakan, itu adalah sebahagian dari hukuman Pihak Berkuasa yang diberikan kepada Jibril. 

Manusia harus berkomitmen pada kehidupan bertuhan dengan ketaatan mutlak kepada النبي langsung semestinya mereka berhutang ketaatan . 

Bani Israel pengikut Musa adalah komited, komuniti diutamakan tidak mementing diri sendiri malah memberi manfaat pada semua manusia terutama yang boleh dijangkau di sekeliling mereka.


Bani Israel waktu itu dibawa keluar sebagai umat yang terbaik untuk manusia. Ya, mereka sepatutnya menyebarkan semua ilmu ketuhanan ini di kalangan manusia. Tetapi apa yang mereka lakukan? 

 

Terdapat lokusi, bahasa kod rahsia yang hanya boleh difahami oleh النبي dan segelintir pemimpin agama {kumpulan Terhad Penjaga Pintu yang menyimpan rahsia}. Jadi apabila seorang النبي baru mendakwa dia diutus oleh Allah maka dia perlu memberikan kod kunci, bukti yang membuktikan dia benar-benar dipilih oleh Allah dengan menunjukkan kepada mereka untuk dipersetujui supaya seluruh masyarakat faham mereka telah diberi Raja baru.

Kesilapan besar yang berlaku: tidak pernah dimaksudkan oleh Musa pada mulanya - mereka mengaku sebagai Etnik pilihan Tuhan, 

Dengan golongan pendeta kelas Elit yang proklamirkan diri (kecenderungan manusia menyelinap ke dalam tingkah laku mereka ratusan ribu tahun lebih sehingga mereka mengawal siapa yang menjadi atau tidak menjadi raja) - jadi apa yang mula menjadi hamba / guru kepada seluruh umat manusia berubah kepada pemikiran Ketuanan etnik hingga ke hari ini. Siapa melawan akan dituduh anti-semitik (bermaksud kumpulan etnik ini) terhadap mereka. 

Mereka merahsiakan ilmu ketuhanan bagi diri sendiri - terdapat buku-buku rujukan ilmu rahsia tulisan tangan tidak dikongsi paling lama dalam sejarah Bani Israel 

Golongan paderi berkembang tetapi terjebak gejala rasuah 

Sudah beberapa kali Allah menghukum mereka untuk mengingatkan cuba membawa mereka kembali. Banyak cerita dalam Quran tentang orang-orang ini kerana Al-Quran mengambil berat menangani mereka dengan menunjukkan segala sejarah mereka dan apa yang telah mereka lakukan.  

Mereka tetap degil (seperti yang kita diberitahu dalam Al-Quran) dan mereka tidak berubah! 

 

Zakaria: 

Dia sedar bahawa rasuah itu berakar umbi dan tidak dapat dibaiki 

Dia diberitahu oleh Malaikat bahawa rancangan baru sedang dalam usaha 

Dia mendoakan keturunan yang terlatih dengan betul untuk menjadi golongan Salihin (ikut cara asal Ibrahim) 

Maryam berada di bawah perlindungannya 

Dia diarahkan untuk mengambil Maryam sebagai ibu kepada anak-anaknya 

Dia keluar secara terbuka menentang komunitinya dan akhirnya dibunuh 


Surah 19 Maryam dan Surah 3 Aali Imran, dan juga dalam Surah 31 Luqman merujuk kepada Zakaria dan anaknya Yahya.

Korupsi dalam masyarakat Bani Israel sudah terlalu berakar umbi berlaku lama selepas Musa dan mereka tidak lagi mempunyai akses kepada Taurat dan tidak lagi mengikuti ajaran asal berdasarkan Tabut Perjanjian 

Zakaria diperlihatkan bagaimana Allah dan Malaikat mengajar Maryam secara langsung tanpa memerlukan perantara النبي atau sebaliknya 

Sistem baru pun dah bermula ada rancangan berubah dari dulu dia diarahkan oleh Malaikat untuk mengambil Mariam sebagai زوجي isteri jika mahu (mereka tidak memanggilnya isteri pada masa itu) dia bersetuju dan dia menjadi ibu bukan hanya seorang anak tetapi dua orang anak. Dia keluar menentang komunitinya secara terbuka kerana dia memberitahu mereka ada rancangan baharu dalam kerja-kerja, jadi dia keluar menentang komunitinya akhirnya kita tahu dia telah dibunuh. Maryam digalakkan melarikan diri.  


Eissa ibn Maryam (Yesus): 

Selepas Zakaria, Maryam melarikan diri untuk melindungi Eissa ibn Maryam jauh dari Bani Israel 

Dia membesarkan Eissa Ibn Maryam dengan semua pengetahuan daripada Zakaria dan Taurat 

Pada masa yang tepat, dia kembali ke Bani Israel sebagai contoh balasan kepada mereka 

Dia menunjukkan kepada mereka, dengan cara yang menghasut, bagaimana amalan mereka telah menyimpang daripada ajaran Taurat yang asal 

Dia ditolak, dan Bani Israel diazab (lagi) 


Mungkin 20 30 40 tahun kita tidak tahu selepas Zakaria, Maryam melarikan diri untuk membesarkan Isa Ibn Maryam jauh dari Bani Israel dia membesarkan Isa Ibn Maryam dengan semua ilmu yang dia pelajari daripada Zakaria dan (dia menerima ilmu bebas tentang Taurat daripada Zakaria dan terus dari Allah dia mengajar semua ini kepada Isa Ibn Maryam). Pada masa yang tepat Isa kembali kepada Bani Israel sebagai contoh balas kepada mereka, dia menunjukkan kepada mereka mungkin dengan cara menghasut yang menjengkelkan bagaimana amalan mereka telah menyimpang daripada ajaran Taurat yang asal. Jelas sangat dia ditolak oleh Bani Israel seperti dijangkakan. Dan Bani Israel selepasnya dihukum lagi. 


 

Muhammad 

 

Lama selepas Isa a.s. (600 tahun 500 tahun) selepas Isa a.s. (النبي terakhir ). Isa a.s tidak memberitahu mereka "Saya seorang nabi" dia datang terus memberitahu sistem mereka salah. Dia tidak berusaha mencuba menukar sistem, sebaliknya hanya membuktikan sistem mereka tidak dapat dibaiki. Dia membawa bersamanya lokusi kod rahsia النبي membingungkan mereka. Mereka berkata sesama sendiri, “Dari mana kamu belajar ini, tidak mungkin, kami pun tidak kenal kamu, tidak tahu bapa kamu, kamu tidak mendakwa ayah kamu Zakaria oleh itu kami tidak tahu siapa kamu dari mana kamu mendapat semua ini?”


Allah beri lebih masa. Muhammad datang di tempat kejadian dia terakhir yang mengetahui kod rahsia. Dia memberitahu mereka bahawa Quran penuh dengan kod rahsia. Di situlah kita mentafsir kod rahsia Lokusi Ibrahim kita mendapatnya daripada Quran. Quran menerangkannya supaya mereka tidak boleh mengatakan Muhammad bukan نبي.


Tetapi bagaimanapun mereka tidak menerimanya. Kebanyakan mereka masih menobatkan النبي Raja yang dibimbing Ilahi berdasarkan definisi النبي mereka di bawah undang-undang Taurat. Muhammad menerapkan hukum Taurat kepada mereka dan kepada dirinya sendiri, ada yang menerimanya ada yang menolaknya, dan dia menerapkan hukum Taurat kepada mereka yang memeranginya.


Akhirnya Muhammad mengisytiharkan secara rasmi tamatnya sistem Raja yang dipandu Ilahi bermaksud tamatnya sistem النبي, jadi kita (semua pembaca al-Quran) tidak sepatutnya merujuk pada Muhammad sebagai نبي (sebakiknya kita merujuk Muhammad sebagai Rasulullah). Dia sendiri adalah نبي yang terakhir bagi Bani Israel dan dia menutup sistem النبي bermakna keseluruhan sistem Taurat tidak lagi digunakan dipupuskan terus.


Sistem baru ialah Al-Quran. Al-Quran menggantikan Taurat kerana Taurat tidak pernah dimaksudkan untuk dipelihara, yang akhirnya hilang dan ditulis semula dari ingatan, dan anda semua tahu bahawa 600 tahun ia telah hilang. Apabila Al-Quran datang ia adalah kitab kekal ia adalah sistem terakhir selepas manusia mencuba sistem Musa a.s. yang jelas gagal.

Muhammad waktu itu cuba membetulkan komuniti Bani Israel nya tetapi mereka tidak mahu mendengar. Sebenarnya Muhammad tidak dimaksudkan untuk mengubahnya, dia hanya menunjukkan kepada mereka (umpama mengangkat cermin pada muka mereka) untuk memperlihatkan betapa seriusnya kesan dari penyakit qalbu mereka mencerminkan amalan buruk mereka dan betapa tidak dapat diganti, tidak dapat diperbaiki lagi sistem kenabian النبي.

Al-Quran datang sebagai kitab terakhir yang berulang kali menggalakkan setiap orang untuk menganggap dirinya sebagai orang yang pertama beriman, apakah maksudnya orang yang beriman pertama? - seperti Ibrahim. Jangan risau tentang apa kata orang lain apa maksudnya - hubungan satu-satu secara langsung dengan Allah, komunikasi 2-hala secara langsung dengan Allah itulah Perjanjian lama yang merupakan Perjanjian pertama antara Allah dan Ibrahim apabila Dia berjanji kepadanya untuk dijadikan Imam apabila Dia berjanji untuk menjadi Ummah yang satu.

Sekarang setiap daripada kita adalah seperti Ibrahim - Ummah yang Satu dan juga sebagai Imam - Khalifah JIKALAU KITA MENGIKUTI AL-QURAN DENGAN BETUL .
Kita akan mendengarnya dan kita akan melihatnya terus dari Al-Quran, kitab terakhir ialah Al-Quran yang dipelihara oleh Malaikat . . . . oleh Malaikat bukan oleh manusia. dalam Al-Quran Malaikat bertanggungjawab memelihara kitab suci.

Jika anda mula mendengar orang mengatakan sahabat awal adalah mereka yang memelihara kitab suci Al-Quran, mereka yang berkata begitu sebenarnya tidak memahami apa-apa tentang Al-Quran dan mereka melanggar beberapa ajaran utama Al-Quran.


Masa pemulihan.  

يَوْمُ الْقِيَامَةِ (secara harfiah bermaksud Masa pemulihan) adalah apabila al-Quran akhirnya mempunyai peluang untuk diterapkan tanpa penguasaan negara yang menindas.

Mereka yang memahaminya dan ikhlas mendapat hidayah terus dari Ilahi - SEPERTI IBRAHIM

Mereka yang mendapat bimbingan langsung dipanggil الساعة rujuk pada mereka sebagai sistem "pengairan" yang menerima ilmu air Ilahi yang ditebarkannya ke atas Al-Quran untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan menjelaskan Al-Quran dengan cara yang diilhamkan oleh Tuhan.


  • Mereka yang menerima bukti pendedahan informasi ini tetapi menolaknya - mereka tidak akan diberi peluang lagi untuk pemulihan
  • Mereka yang tidak menerima bukti akan diberi peluang kedua semasa "حساب" (masa akhirat masa pemulihan) tetapi ia jauh lebih sukar pada waktu itu.


Pemulihan secara literal bermaksud memulihkan untuk membaiki. يَوْمُ الْقِيَامَةِ secara literal bermaksud "masa pemulihan" "aqamah = memulihkan = membaiki". Ketika itulah Al-Quran akhirnya mempunyai peluang untuk diterapkan tanpa penguasaan menindas pihak mana-mana kuasa negeri yang zalim.

Harap anda faham betapa indahnya masa ini dan mengapa dahulu tidak mempunyai peluang. Sehingga kini kita benar-benar mempunyai alat mempunyai instrumen komunikasi massa instrumen penyelidikan semua perkara ini kini tersedia. 

Masuk akal mungkin Allah tahu tetapi inilah definisi mereka yang faham dan ikhlas mendapat hidayah terus dari Ilahi sepertimana Ibrahim dijanjikan sebagai Imam seorang pemimpin tidak semestinya pemimpin politik atau ketua kumpulan pemimpin sebagai Teladan.

Mereka yang percaya petunjuk langsung dari Allah, merujuk kepada mereka sebagai alat الساعة sistem pengairan yang menerima air Ilahi dan menyalurkan menyebarkan untuk berkongsi ilmu Al-Quran dengan orang lain dan untuk menerangkan Al-Quran dengan cara yang diilhamkan oleh Tuhan.

Tetapi masih ada mereka yang menerima bukti tetapi menolaknya. Mereka rela melepaskan peluang proses pemulihan (sebelum berlaku proses حساب pada hari يَوْمُ الْقِيَامَةِ mereka di waktu الآخرة mereka nanti) yang dibentangkan hari ini.

Mereka tidak akan diberi peluang lagi untuk proses pemulihan yang harus dilakukan semasa hayat didunia masakini. Anda melihat bukti di hadapan anda tetapi anda menolaknya. Anda tidak berpeluang didedahkan dengan bukti ini lagi. Ia hanya akan diberi peluang yang mana tempoh selepas hayat iaitu dipanggil tempoh حساب iaitu masa pemulihan mereka di الآخرة akan diberi peluang lagi untuk belajar. Tetapi proses nya ia jauh lebih sukar pada waktu itu. 







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.