Saturday, May 18, 2024

KAAFAH-X 02/10 - DALALAH صيغ المبالغة (SIGHAH MUBALAGHAH)

 


A.Dalalah صيغ المبالغة wazan فَعُوْل 


 



  • merupakan wazan صيغ المبالغة dalam al-Qur’an yang فَعُوُْلُ  wazan memberikan makna berlebih pada perbuatan Allah dan selain Allah. Jika berlaku pada selain Allah, wazan ini menujukkan sifat yang berlebih hingga seakan ia sudah menjadi bahagian dari sifat tersebut
  • Ketika wazan ini masuk kepada sifat Allah ini menunjukkan makna kelebihan. Contoh kalimah غَفُوْرٌ dalam Surah Aal-e-Imran 3:89 - فَاِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ maka sungguh, Allah Maha Pengampun.  

    غَفُوْرٌ berasal dari غَافِرُ (pengampun / yang mengampuni) tetapi apabila dia berubah menjadi غَفُوْر maknanya berubah menjadi Maha Pengampun. 



Contoh dalam ayat al-Qur’an:  



رَّحِيْمٌ = Maha Penyayang

Aal-e-Imran 3:89  

اِلَّا الَّذِيْنَ تَابُوْا مِنْۢ بَعْدِ ذٰلِكَ وَاَصْلَحُوْا ۟ فَاِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ 

kecuali orang-orang yang bertobat setelah itu, dan melakukan perbaikan, maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.  

 

  • Pada ayat ini menujukkan Allah Maha Mengampuni segala dosa hambanya walau sebanyak apa pun dosa yang mereka lakukan 


  • Kalau wazan فَعُوُْلُ ini merujuk kepada sifat selain daripada Allah SWT, yaitu manusiaini menunjukkan makna sifat yang berlebih. Tetapi sifat berlebihan itu seakan akan dia sudah menjadi bahagian dari sifat itu. Sudah melekat sifat itu dalam dirinya.  

  • Contoh: Ayat dalam Surah At-Tahrim 66:8, تُوْبُوْۤا اِلَي اللّٰهِ تَوْبَةً نَّصُوْحًا ؕ kalimah mana yang ikut wazan فَعُوُْلُ ?


kalimah نَّصُوْحًا


At-Tahrim 66:8 

يٰۤاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا تُوْبُوْۤا اِلَي اللّٰهِ تَوْبَةً نَّصُوْحًا ؕ 

Wahai orang-orang yang beriman! Bertobatlah kepada Allah dengan tobat yang semurni-murninya.  



  • Pada ayat ini kalimah yang memiliki wazan فَعُوْلٌ adalah نَّصُوْحًا yang berasal dari kata نَصَحَ yang bermaknatulus” (gabungan antara jujur dan Ikhlas).

  • Kalimah نَّصُوْحًا - taubat yang semurni-murninya, menujukkankan sifat tulus dan Ikhlas yang benar-benar ditampakkan oleh oleh shahibnya (pelakunya) dan dilazimkan melalui sifat sehingga seakan-akan ia sudah merupakan bahagian dari sifat tulus dan ikhlas tersebut. Sehingga jika sudah demikian, sangat kecil kemungkinan pelakunya akan kembali ke jalan yang salah. 
  • Ketika wazan فَعْلَانُ merujuk kepada keluasan sifat Allah دَالَُّ عَلَ السَّةَ :

  • dan kata sifat yang selalu digunakan dalam al-Quran yang mengikut wazan فَعْلَانُ merujuk kepada Allah SWT ialah : ٱلرَّحْمَانِ = Maha Pemurah
فَعْلَانُ - رَّحْمَانِ - فَعْلَانُ - رَّحْمَانِ


الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

  • Bahawasanya sifat ٱلرَّحْمَانِ Allah SWT adalah maha luas. Sifat Maha Pemurah ini adalah sangat sangat luas hingga mencakupi orang yang tidak beriman, selain dari manusia yang beriman itu yang disebut dengan دَالَُّ عَلَ السَّةَ ia nak menunjukkan keluasan tak terhad bukan untuk golongan tertentu sahaja.


  • الرَّحِيْمِ = Maha Mengasihi hanya berlaku kepada Muslim yang Beriman sahaja jadi orang beriman dapat 2 – satu ٱلرَّحْمَان satu الرَّحِيْمِ berbeza dengan orang Kuffar hanya dapat 1 sahaja. الرَّحِيْمِ ini sangat sangat kita perlukan nanti di بِيَوْمِ الْقِيٰمَةِ ۙ.
  • Jadi رَّحْمَان , فَعْلَانُ menunjukkan دَالَُّ عَلَ السَّةَ menunjukkan keluasan Rahmat untuk semua ummat. 


  • Bagaimana ketika merujuk kepada selain Allah. Manusia? Ketika merujuk kepada wazan فَعْلَانُ ? Ketika wazan فَعْلَانُ merujuk kepada sifat selain Allah itu menunjukkan sifat kepada pemilik sifat itu. Cuma sifat ini memenuhi pemilik sifat tersebut . 

  • Contoh : عَطَشَ (haus) ketika merujuk kepada wazan فَعْلَانُ ia menjadi عَطَْشَانُ (ia sifat haus) yang mana orang tersebit dalam diri dia memang dalam keadaan haus tidak terasa sifat yang lain dia hanya dipenuhi kehausan.  

  • Ta Ha 20:86 

فَرَجَعَ مُوْسٰۤي اِلٰي قَوْمِهٖ غَضْبَانَ اَسِفًا ۚ 

Kemudian Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan bersedih hati.  

Pada ayat ini menujukkan keadaan musa dalam keadaan penuh amarah dan juga murka bercampur sedih disebabkan kaumnya menyembah patung anak sapi.  



Mana perkataan yang merujuk kepada wazan فَعْلَانُ ? 
= غَضْبَانَ
  • Diambil dari perkataan غَضِبَ = marah. Ketika dia ikiut wazan فَعْلَانُ maka salah seorang Mufassir yang menafsirkan ayat ini menjelaskan sifat Nabi Musa a.s yang “amat marahketika itu. غَضْبَانَ itu bukan sekadar marah sahaja, malah teramat marah memang dipenuhi perasaan begitu sebab kaum nya kini menjadikan patung lembu dijadikan persembahan tetapi bercampur sedih . Ini menunjukkan sifat Musa a.s. ketika itu dipenuhi kemarahan. 
  • Kalau Allah SWT menunjukkan sifatkeluasanmenunjukkan maknaberlebih”. Kalau manusia menunjukkan keadaan berlebih tetapi seolah olah sifat tersebut sudah menjadi sebahagian daripada tubuh badan nya. 
  • Maknamya wazan فَعْلَانُ ini merujuk kepada Allah SWT dan juga merujuk kepada manusia. 




Al-Ahzab 33:72 

  اِنَّهٗ كَانَ ظَلُوْمًا جَهُوْلًا ۙ 

Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh 

  • Pada ayat ini menujukkan sifat manusia yang amat zalim dan bodoh ketika memikul beban yang Allah tanggungkan kepada mereka setelah ditolak oleh langit, bumi dan gunung-gunung
  • Salah satu sifat Zalim dan Jahil manusia ialah merasa tidak puas dengan takdir Allah, padahal mereka mengetahui bahawa Dialah yang memegang kekuasaan langit dan bumi, dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana., Yang Maha Mengetahui, sedangkan mereka tidak bersedih atas kekurangan dan kelakuan buruknya, dan tidak pula menyalahkan diri sendiri kerananya. 


Contoh صيغ المبالغة pada ayat yang lain: 

Al-Isra' 17:3 

ذُرِّيَّةَ مَنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوْحٍ ؕ اِنَّهٗ كَانَ عَبْدًا شَكُوْرًا 

Al-Baqarah 2:225 

لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللّٰهُ بِاللَّغْوِ فِيْۤ اَيْمَانِكُمْ وَلٰكِنْ يُّؤَاخِذُكُمْ بِمَا كَسَبَتْ قُلُوْبُكُمْ ؕ وَاللّٰهُ غَفُوْرٌ حَلِيْمٌ

Al-Mujadila 58:2 

اَلَّذِيْنَ يُظٰهِرُوْنَ مِنْكُمْ مِّنْ نِّسَآئِهِمْ مَّا هُنَّ اُمَّهٰتِهِمْ ؕ اِنْ اُمَّهٰتُهُمْ اِلَّا الّٰٓيِٴْ وَلَدْنَهُمْ ؕ وَاِنَّهُمْ لَيَقُوْلُوْنَ مُنْكَرًا مِّنَ الْقَوْلِ وَزُوْرًا ؕ وَاِنَّ اللّٰهَ لَعَفُوٌّ غَفُوْرٌ 

An-Nur 24:20 

وَلَوْلَا فَضْلُ اللّٰهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهٗ وَاَنَّ اللّٰهَ رَءُوْفٌ رَّحِيْمٌ



B. Kalimah  فَعْلَانُ Dalalah Wazan صيغ المبالغة  

 

Al-Fatihah 1:4 

مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ ؕ 

Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani 

Pada ayat ini menujukkan keluasan Sifat Pemurah Allah yang meliputi seluruh makhluknya bahkan juga diberikan kepada hambanya yang tidak beriman. 

 

Al-Baqarah 2:168 

وَّلَا تَتَّبِعُوْا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِ ؕ 

dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah شَطَنَْ

Pada ayat ini menujukkan شَّيْطٰن kata sifat yang berasal dari kalimah شَطَنَْ bermakna menentang, yang mana kalimah yang menujukkan makna penuh penentangan. 


Contoh صيغ المبالغة pada ayat yang lain: 


Al-Baqarah 2:163 

وَاِلٰـهُكُمْ اِلٰهٌ وَّاحِدٌ ۚ  لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ الرَّحْمٰنُ الرَّحِيْمُ 

 yang Maha Pemurah


Al-A'raf 7:150 

وَلَمَّا رَجَعَ مُوْسٰۤي اِلٰي قَوْمِهٖ غَضْبَانَ اَسِفًا ۙ

teramat marah 

 


C. Wazan kalimah فَاعلَةُُ dan فَُاعلُ  - Dalalah صيغ المبالغة 


wazan فَُاعلُ

Untuk wazan فَُاعلُ tidak semua perkataan yang mengikut صيغ المبالغة . 

  • Hanya beberapa perkataan dalam al Quran yang mengikut wazan فَُاعلُ yang menunjukkan صيغ المبالغة sifat Allah. Contohnya :
  • An-Nisa' 4:147 

مَا يَفْعَلُ اللّٰهُ بِعَذَابِكُمْ اِنْ شَكَرْتُمْ وَاٰمَنْتُمْ ؕ وَكَانَ اللّٰهُ شَاكِرًا عَلِيْمًا 

شَاكِرًا Maha Bersyukur

  • Fatir 35:38 
اِنَّ اللّٰهَ عٰلِمُ غَيْبِ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ ؕ اِنَّهٗ عَلِيْمٌۢ بِذَاتِ الصُّدُوْرِ

عٰلِمُ Maha Mengetahui 

walaupun terjemahan dalam Fatir 35:38 عٰلِم = mengetahui sahaja, tapi ketahuilah bahawa عٰلِمُ bermaksud Maha Mengetahui 

  • Al-Baqarah 2:282

     فَاكْتُبُوْهُ ؕ وَلْيَكْتُبْ بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌۢ بِالْعَدْلِ
kemudian tulislah dan hendaklah ditulis di antara kamu seorang jurutulis yang adil 
كَاتِبٌۢ ikut ikut wazan فَُاعلُ tetapi tidak ikut صيغ المبالغة
  • Fatir 35:38

اِنَّ اللّٰهَ عٰلِمُ غَيْبِ السَّمٰوٰتِ

  • عٰلِمُ Sesungguhnya Allah mengetahui عٰلِمُ Allah Amat Sangat Mengetahui perkara yang ghaib غَيْبِ (apa yang ada di langit dan bumi

wazan فَاعلَةُُ


  • Wazan فَاعلَةُُ ini menunjukkan apa - بُلُوغُ اْلغَايَةُ بِتخْصِيْص السِفَةِ sampainya suatu matlamat yang diinginkan dengan sifat sifat tertentu . 


    Contoh : اَلْقَارِعَةُ dalam Surah Al-Qari'ah 101:1 maksudnyahempasan”;benturan” yang teramat dasyat sehingga tak ada yang melebihi benturan ini 

  • Jadi بُلُوغُ اْلغَايَةُ بِتخْصِيْص السِفَةِ bermaksud sampainya satu matlamat tujuan dengan sifat yang tertentu" iaitu benturan - goncangan yang teramat dasyat itu اَلْقَارِعَةُ itulah puncaknya benturan yang se keras itu yang se dasyat tiada tandingan baginya  

    بُلُوغُ اْلغَايَةُ - sampainya sifat-sifat yang ditentukan.  Wazan فَاعلَةُُ ini iaitu اَلْقَارِعَةُ ini menunjukkan بِيَوْمِ الْقِيٰمَةِ - akhiran kepada segala galanya. Tidak ada lagi hempasan; goncangan; benturan yang sangat dasyat melebihi اَلْقَارِعَةُ ۙ

  • Al-Qari'ah 101:1

اَلْقَارِعَةُ ۙ 
  • Musibah yang Kuat


wazan فَاعلَةُُ



  • Al-Haqqah 69:5 
  • فَاَمَّا ثَمُوْدُ فَاُهْلِكُوْا بِالطَّاغِيَةِ 

Maka adapun kaum Samud, mereka telah dibinasakan dengan suara yang sangat keras 

Pada ayat ini menjelaskan sifat keras daripada suara yang teramat sangat memekikkan sehingga sampai kepada tahap membinasakan kepada semua yang mendengarnya. Pada ayat ini juga menjelaskan sampainya satu tujuan yaitu dengan suara tersebut Allah binasakan kaum yang ingkar lagi Zolim yaitu Tsamud. 
  • طَّاغِيَةِ ini menunjukkan apa. Bunyi suara yang teramat sangat keras serta kuat hingga membinasakan. 


Contoh صيغ المبالغة dalam ayat al- Qur’an yang mengikut wazan : فَاعلَةُ dan فَُاعل 

 An-Nisa' 4:147

مَا يَفْعَلُ اللّٰهُ بِعَذَابِكُمْ اِنْ شَكَرْتُمْ وَاٰمَنْتُمْ ؕ وَكَانَ اللّٰهُ شَاكِرًا عَلِيْمًا

Ar-Ra'd 13:9

عٰلِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْكَبِيْرُ الْمُتَعَالِ

Ghafir 40:3

غَافِرِ الذَّنْۢبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيْدِ الْعِقَابِ ۙ ذِي الطَّوْلِ ؕ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ ؕ اِلَيْهِ الْمَصِيْرُ

Al-Haqqah 69:6 

وَاَمَّا عَادٌ فَاُهْلِكُوْا بِرِيْحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ ۙ 

Al-Waqi'ah 56:3 

خَافِضَةٌ رَّافِعَةٌ ۙ 

 




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.